Geng Aku

Sabtu, 14 November 2009

Nizar V'8! Bahrain Intai Tiket Piala Dunia 2010



MACALA berazam membimbing Bahrain mara ke pusingan akhir Piala Dunia di Afrika Selatan tahun depan.




Bahrain kini mengintai peluang melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Dunia 2010.

Selepas mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan dengan New Zealand pada aksi playoff pertama Piala Dunia 2010 di Manama bulan lalu, Bahrain berazam menempah tiket ke Afrika Selatan tahun depan.


Hari ini, Bahrain berpeluang merealisasikan impian mereka jika berjaya menundukkan New Zealand pada aksi playoff kedua di Stadium Westpac, Wellington.



 Jurulatih Bahrain, Milan Macala berkata, anak-anak buahnya telah mendapat pengajaran berguna selepas berentap pada aksi playoff pertama bulan lalu.

"Pada separuh masa pertama kami bermain cukup berhati-hati kerana kami tiada pengalaman bertemu mereka. Babak kedua, kami main cukup baik dan saya rasa kami lebih baik berbanding mereka.




"Kami mencipta lima peluang terbaik dan sepatutnya dapat menjaringkan dua gol. Jika kami dapat bawa bekal dua gol ke sini, kami boleh berada pada situasi lebih selesa," kata Macala.
Beliau turut menamakan penyerang New Zealand, Chris Killen dan Shane Smeltz sebagai pemain berbahaya yang perlu dikawal oleh anak-anak buahnya.




Jurulatih New Zealand, Ricki Herbert berkata, beliau kini runsing memikirkan nasib tonggak barisan tengahnya, Simon Elliott yang masih bergelut untuk pulih daripada kecederaan pinggul.

Michael McGlinchey yang masuk sebagai pemain gantian pada aksi di Mana- ma berkemungkinan besar bakal menggantikan tempat Elliott.

"Sasaran kami memang jelas, kami perlu menang perlawanan ini dan menjaringkan gol adalah keutamaan kami.

"Tetapi saya tak kisah jika kami terpaksa beraksi sehingga 120 minit sean- dainya kedudukan masih terikat.

"Semua pemain berada dalam keadaan terbaik dan mereka sedia untuk mengambil pendekatan positif dengan apa juga yang mereka lakukan," kata Herbert. - Reuters

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails