Geng Aku

Jumaat, 13 November 2009

Nizar V'8! PKR Semakin Kukuh Di Pahang.



Pakatan Rakyat terutamanya Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Pahang semakin kukuh dan kuat dibawah pimpinan Pengerusi Negeri, Dato' Fauzi Abd Rahman. Terbaru, beberapa orang pemimpin UMNO Bahagian dan cawangan dekat sini telah menyertai parti itu.

Satu pertemuan khas telah diadakan di Restoran Saika, Jalan Ibrahim dekat sini dan bakal membawa perubahan yang cukup besar terhadap UMNO Bahagian Temerloh khasnya dan Pahang amnya selepas ini. Beberapa buah ranting baru PKR akan ditubuhkan pada pertengahan bulan Disember 2009 ini, yang meliputi kampung-kampung sekitar DUN Lanchang, Kuala Semantan dan Mentakab.

Salah seorang bekas Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Temerloh yang turut mengisi borang menyertai PKR iaitu Saudara Rosli Ismail berkata, beliau dan rakan-rakannya akan menubuhkan 4 buah ranting PKR dalam jangka terdekat ini, dan beliau dan rakan-rakannya sedang mengumpulkan rakan-rakan mereka dari UMNO dibeberapa buah taman perumahan di Taman Rimba, Bukit Bendera, Taman Saga dan Batu Kapur.

Gerak gempur sedang dilakukan oleh PKR sekarang untuk menawan hati rakyat Pahang. Adalah dijangkakan, sekurang-kurangnya dua buah cawangan UMNO di DUN Lanchang akan dibubarkan. Manakala itu, Cikgu Jalaludin bin Johan, Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Temerloh yang menyerahkan borang penyertaannya kedalam PKR menyatakan bahawa beliau dan rakan-rakannya akan menubuhkan beberapa buah Ranting di DUN Lanchang, dan beliau menyatakan bahawa penduduk DUN Lanchang sudah hilang keyakinan terhadap UMNO dan BN.


Cikgu Jalaludin menyerahkan borang sertai PKR. Dari kiri Sdr Omarudin Md Baki, Cikgu Mazlan, Cikgu Jalaludin, Dato' Fauzi dan Sdr Rosli Ismail

Sementara itu pula, Saudara Budri Nipah, Ketua UMNO Cawangan Teris meminta Dato' Fauzi supaya dapat mengaturkan suatu Majlis Perjumpaan diantara penduduk Lanchang khasnya dan Temerloh amnya untuk dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim secara tertutup.

 "Kami penduduk Lanchang akan menyertai Parti Keadilan Rakyat beramai-ramai setelah perjumpaan itu nanti," katanya. Dato' Fauzi didalam ucapan ringkasnya menerangkan kedudukan kewangan Negeri Pahang yang begitu lemah dan keperluan rakyat menggantikan Kerajaan Barisan Nasional di Pahang ini demi kepentingan rakyat. Kerajaan Pahang, katanya, bukan sahaja lemah dari segi kewangan dan pentadbiran, tetapi juga menyeleweng dari segi dasar khususnya dasar pemberian tanah kepada rakyat. "Rakyat yang memohon tanah seekar dua terpaksa menunggu hingga 60 tahun untuk kelulusan, sedangkan golongan korporat hanya menunggu beberapa bulan sahaja untuk mendapat kelulusan," tegas Dato' Fauzi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails