Geng Aku

Ahad, 6 Disember 2009

Tiga Gelaran Dalam Tangan Malaysia



TIGA gelaran pada Kejohanan Badminton Final Masters di Stadium Bandaraya Johor Bahru hari ini hampir pasti milik pemain negara, lapor RADIAH SAORI.

Semalam, tiga wakil termasuk dua juara bertahan mara ke perlawanan akhir, sementara wakil tunggal beregu lelaki, Mohd. Zakry Abdul Latif- Mohd. Fairuzizuan Mohd. Tazari terkandas pada separuh akhir.



Jaguh negara, Datuk Lee Chong Wei selaku juara bertahan, mara ke perlawanan akhir selepas menundukkan pemain Denmark, Peter Gade 21-17, 21-16.

Menurut Chong Wei, ia merupakan perlawanan paling sengit yang dihadapinya selepas menang mudah pada semua tiga perlawanan peringkat kumpulan.

Begitupun, dia harus lebih berhati-hati apabila menentang pemain Korea Selatan, Park Sung-hwan pada perlawa- nan akhir hari ini.

Sung-hwan pula mara selepas menewaskan pemain China, Bao Chun- lai 21-14, 21-14 pada satu lagi aksi separuh akhir semalam.

"Secara keseluruhannya saya bermain dengan baik meskipun perlawanan ini paling sengit berbanding perlawanan peringkat kumpulan," kata Chong Wei yang mahu mene- ruskan rentak cemerlang itu.



Turut mara, ratu badminton negara, Wong Mew Choo yang menang mudah ke atas pemain Belanda, Yao Jie 21-10, 21-10 dalam permainan yang hanya mengambil masa 31 minit.

Mew Choo yang masih memburu kejuaraan antarabangsa pertamanya selepas kali terakhir menjuarai Terbuka China 2007, mengakui berpuas hati dengan corak permainan yang ditunjukkannya semalam.

Pada perlawanan akhir, Mew Choo akan bertemu pemain Jerman, Julia- ne Schenk yang mara selepas menundukkan pemain pilihan pertama, Saina Nehwal dari India 21-18, 21-18.
Selain Mew Choo, beregu wanita negara, Wong Pei Tty-Chin Eei Hui turut menepati ramalan apabila melangkah ke perlawanan akhir.



Pei Tty-Eei Hui yang turun selaku juara bertahan, menewaskan beregu Thailand, Duang Anong Aroonkesorn- Kunchala Voravichit- chaikul 21-15, 21-18 dan akan bertemu pasangan dari Denmark, Kamilla Rytter Juhl-Lena Frier Kristiansen hari ini.

Begitupun, impian untuk menyaksikan pemain negara mempertahankan gelaran dalam acara beregu lelaki tidak kesampaian.

Selepas juara bertahan, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong tersingkir pada peringkat kumpulan, harapan disandarkan kepada Zakry-Fairuzizuan tetapi mereka gagal mengatasi kehebatan beregu Korea Selatan, Jung Jae Sung-Lee Yong Dae apabila tewas 14-21, 11-21.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails