Geng Aku

Isnin, 23 November 2009

Nizar V'8! Facebook Najib Naik Mendadak.





Populariti Datuk Seri Najib Tun Razak di laman sosial Internet Facebook terus melonjak apabila sehingga pukul 4 petang ini seramai 24,052 pengguna mendaftar sebagai peminat.
 
Berbanding sejak Perdana Menteri mengumumkan penyertaan beliau dalam laman itu pada 16 November lalu, hanya menarik 804 peminat dan ia meningkat kepada 6,287 peminat dua hari selepas itu.

Tinjauan di laman www.facebook.com/najibrazak menunjukkan rata-rata peminat beliau menggelarkannya sebagai Perdana Menteri 1Malaysia selaras dengan gagasan Najib untuk menyatukan rakyat negara ini di bawah gagasan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.'



Majoriti daripada peminat beliau menyuarakan perasaan bangga dan berbesar hati kerana diberikan peluang untuk 'bercakap' terus dengan pemimpin negara tanpa sekatan protokol dan birokrasi, sesuatu yang terlalu jarang dilakukan oleh pemimpin lain sebelum ini.

Peminat pula jelas amat teruja apabila Najib sebagai orang nombor satu negara menjawab sendiri setiap mesej yang disampaikan termasuk memasukkan aktiviti terkini beliau yang kini sedang dalam percutian.

Antara catatan terkini Najib pada pukul 4.04 pagi dalam Facebook itu adalah beliau sedang berada di kokpit kapal terbang semasa mendarat di London.

"NajibRazak: Berada dalam kokpit semasa mendarat di London yang amat berkabus, cuaca normal British. Banjir di Utara (London) adalah petanda buruk. Perubahan cuaca: dunia perlu bertindak dengan tegas."



Antara gambar dimuat naik Perdana Menteri yang menjadi perhatian peminat adalah gambar beliau sedang minum bersama Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di bilik rehat bangunan Parlimen Rabu lalu.

Sementara itu, selain laman web www.1Malaysia.com.my, laman sosial facebook Najib terus menjadi wadah kepada rakyat menyuarakan secara terus aduan, penghargaan dan perangsang kepada Perdana Menteri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails