Geng Aku

Isnin, 23 November 2009

Nizar V'8! Hasan Karim Dipersila Sertai PAS.

Oleh: khairulfaizi 

"Saya kenali Hasan Karim sebagai seorang pejuang rakyat di Johor sejak dari awal pembabitan saya di dalam PAS. Beliau seorang pejuang yang cukup konsisten dengan perjuangan rakyat.  

Keputusan beliau bersama rakan-rakan untuk terus mempertahankan kewujudan Parti Rakyat Malaysia (PRM) setelah Dr Syed Hussin dan yang lain-lainnya membubarkan PRM untuk bergabung dengan Parti keadilan Nasional (PKN) dan seterusnya mewujudkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menunjukkan betapa beliau cukup konsisten dengan perjuangan.

PRM telah meletakkan beberapa calon dalam PRU ke 12 dalam Hasan Karim sendiri telah bertanding di Parlimen Johor Bahru menentang Datuk Shahrir Samad. Walaupun tewas namun beliau tetap juga meneruskan perjuangan. Sebelum itu, Hasan Karim juga pernah bertanding di Kerusi Parlimen Pontian pada tahun 2004 dengan menggunakan lambang PKR. Walaupun PRM tidak bersama dengan PR namun semangat perjuangannya adalah sehaluan. PRM juga dilihat bersama-sama memberikan sokongan kepada calon PR yang bertanding di dalam siri PRK selepas daripada PRU 12 termasuklah PRK di Bagan Pinang.


Namun, pastinya keputusan beliau meletakkan jawatan sebagai Presiden PRM menjadi satu kejutan di kalangan rakan-rakan seperjuangan. Hasrat Hasan Karim untuk membawa PRM bersama PR telah ditolak oleh perwakilan Kongres Nasional PRM ke 41 baru-baru ini dan ia bukanlah satu keputusan yang mengejutkan kerana kumpulan yang masih lagi bersama dengan PRM adalah mereka yang tidak mahu bergabung dengan PKN dahulu.

Saya menghormati kehendak perwakilan PRM ini dan ecara peribadi saya mengalu-alukan sekiranya PRM dapat bersama di dalam PR kerana sudah tentu ia akan memperkukuhkan lagi PR khususnya di Johor namun setakat ini PRM masih belum bersedia untuk bersama. 



 Apapun, Hasan Karim perlu meletakkan dirinya di dalam mana-mana parti di dalam PR sekiranya berhasrat untuk menyokong PR. Oleh itu, saya memperlawa beliau untuk menyertai PAS dan kita bekerja bersama untuk menumbangkan UMNO/BN khususnya di Johor.

Salam perjuangan!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails