Geng Aku

Ahad, 15 November 2009

Nizar V'8! Layanan sama rata-Latheefa



Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Latheefa Koya menafikan dakwaan ramai pemimpin tertinggi akan meninggalkan parti itu kerana dengan sikap pilih kasih penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 



“Soal pilih kasih tidak pernah wujud. PKR berlainan sama sekali dengan Barisan Nasional (BN) di mana parti tidak akan menyimpan pemimpin yang tidak mengikut resolusi dan isu pilih kasih yang dikaitkan tidak timbul sama sekali.

“Sekiranya kepimpinan parti gagal menjalankan tanggungjawab dan memikul tugas, mereka akan dilucutkan jawatan oleh kepimpinan tertinggi parti

“Soal tercalon atau tidak, dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang, kepimpinan tertinggi yang akan menentukan dengan melihat reputasi dan kriteria yang ditetapkan, dan bukannya soal pilih kasih,” katanya, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan bekas Exco Pemuda PKR Pusat, Zamil Ibrahim dalam sebuah akhbar kelmarin yang mendakwa ramai kepimpinan parti itu akan bertindak keluar parti.

Zamil mendakwa sikap pilih kasih parti menyebabkan ramai di kalangan pemimpin tidak disenaraikan sebagai calon bertanding dalam PRU akan datang.

Latheefa berkata, ahli parti yang bertindak keluar lantaran kecewa dengan perjuangan parti hanyalah sebagai alasan dan parti sentiasa menerima sokongan melihatkan jumlah kemasukan keahlian baru yang meningkat. 




“PKR sentiasa menerima kemasukan anggota baru setiap bulan dan ini jelas membuktikan desas desus adalah tidak benar.

“Setiap bulan parti menerima kemasukan hampir 10,000 keahlian parti terdiri daripada golongan muda dan pertengahan. Ini jelas menunjukkan PKR masih lagi utuh dan mendapat sokongan rakyat,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails