Geng Aku

Ahad, 15 November 2009

Nizar V'8! NZ Ke Piala Dunia.



Jaringan Rory Fallon sebelum berakhir separuh masa pertama dan aksi hebat penjaga gol, Mark Paston memastikan New Zealand mara ke pusingan akhir Piala Dunia tahun depan selepas menang 1-0 ke atas Bahrain, semalam.

Dalam perlawanan yang dilabel sebagai acara terbesar pernah diadakan di New Zealand itu, jaringan tunggal Fallon meleraikan segalanya selepas pertemuan pertama antara Asia-Oceania itu di Manama seri tanpa jaringan.



Peluang terbaik Bahrain untuk menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti pada separuh masa kedua, bagaimanapun sepakan Sayed Adnan dinafikan Paston.

Seramai 35,100 memenuhi Stadium Westpac, rekod penonton terbanyak di negara yang terkenal dengan sukan ragbi, menyaksikan New Zealand mara ke Piala Dunia buat kali kedua, selepas melakukannya di Sepanyol 28 tahun lalu.


Jurulatih New Zealand, Ricki Herbert, bekas pemain yang beraksi dalam skuad Piala Dunia 1972 terlalu gembira.

"Kami sudah kembali. Kami akan ke sana. Afrika Selatan nantikan kehadiran kami. Kami telah melakukan latihan dan Pastie menunjukkan prestasi yang baik.

"Dia telah melakukan sesuatu yang besar buat kami. Kami fikir kami akan layak tanpa melepaskan sebarang gol. Kami fikir jika berjaya melakukannya dan kami akan layak," katanya selepas memberikan ciuman tahniah kepada Paston, sambil menambah pasukannya itu telah membuat persediaan jika berlaku penentuan penalti.

Paston yang memberitahu mungkin mengambil beberapa hari untuk meraikan kejayaan New Zealand, menjelaskan, sepakan penalti yang berjaya diselamatkannya menakjubkan.
"Saya hanya meneka ke mana arah bola tersebut dan ia ke dakapan saya dan bangun untuk meneruskan permainan," ujarnya.

Selepas mendominasi perlawanan pada pusingan pertama, yang mana mereka melepaskan dua peluang keemasan untuk menjaringkan gol, Bahrain memulakan perlawanan kedua dengan menyangkakan keputusan seri sudah cukup untuk mereka mara dan mereka menyerang sejak dari awal.

Rembatan deras penyerang, Jaycee John memerlukan Paston merebahkan badan, serta pantas menyambar bola.


Bagaimanapun, selepas mengharungi serangan awal, Ryan Nelsen mengetuai New Zealand untuk kembali dalam saingan.

Leo Bertos dan pemain Celtic, Chris Killen melakukan percubaan yang mengenai palang sebelum Fallon menanduk masuk sepakan sudut Bertos pada minit ke-44. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails