Geng Aku

Ahad, 15 November 2009

Nizar V'8! Anggota PAS Mesti Hormat Dan Patuh Amalan Parti, Kata Nasaruddin



 
Ketua Pemuda PAS, Nasaruddin Hassan Tantawi menasihati anggota parti supaya menghormati dan mematuhi sistem atau amalan parti bagi memastikan nama baik parti sentiasa terjaga.

"Satu sistem telah dibuat, maka ahli kena ikut keputusan parti yang telah ditetapkan," katanya pada sidang media di ibu pejabat parti itu di sini pada Sabtu.

Beliau mengulas kenyataan Setiusaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali semalam bahawa parti itu tidak pernah mengamalkan bai'ah talak seperti yang didedahkan anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.



Nasaruddin berpendapat isu bai'ah merupakan satu percubaan pihak tertentu yang ingin menjejaskan kredibiliti PAS sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam dan kononnya ia menindas golongan wanita.

"Kononnya ada yang mengatakan bahawa PAS tidak memberi peluang yang adil kepada golongan wanita dalam parti. Ia sengaja dicipta sejak dari dahulu lagi. Tapi kita dah jawab dengan menunjukkan bukti kepada mereka bahawa wujud kepimpinan wanita dalam parti malah ada yang telah dilantik sebagai senator," katanya.




Isu bai'ah talak tiga tercetus awal bulan ini apabila Khalid mengesahkan wujudnya amalan itu di kalangan wakil rakyat PAS bahawa akan jatuh talak tiga kepada isteri masing-masing jika mereka keluar parti.

-- BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails