Geng Aku

Sabtu, 7 November 2009

Juara Milik Siapa?


SKUAD Wira Merah di bawah pimpinan B. Sathianathan (kiri) terus menjadi pilihan untuk menjuarai Piala Malaysia edisi ke-43 malam ini namun di atas kertas, skuad Hoben Jang Hoben diterajui Wan Jamak Wan Hassan lebih menyerlah dan berjaya dengan rekod tanpa kalah sepanjang 10 perlawanan Piala Malaysia. Apa pun, aksi sepanjang 90 minit malam ini menjadi penentu siapa juara sebenar. - ILUSTRASI/NOR KAMARO MOHD. NOR


Bagi jurulatih Negeri Sembilan, Wan Jamak Wan Hassan, pasukannya itu tidak akan turun dalam keadaan tertekan malam ini lagipun mereka dilabelkan sebagai underdog berbanding Kelantan.

"Kami akan tampil dengan lebih tenang. Kita tahu, jika pemain dalam keadaan teka- nan, mereka mudah untuk melakukan kesilapan. Biarlah Negeri Sembilan jadi underdog kerana itu tidak membuatkan kami tertekan.

"Biarpun rekod empat kali bertemu Kelantan musim ini, tiga da- ripadanya kami menang, keputu- san lepas tidak boleh dikira dalam final. Pasukan mana yang bermain dengan baik dan memanfaatkan peluang, dia akan menang," katanya pada sidang media di Stadium Nasional petang semalam.

Jurulatih Kelantan, B. Sathianathan pula tidak menganggap pasukannya sebagai pilihan kerana baginya Negeri Sembilan lebih memiliki reputasi tinggi kerana menang semua 10 perlawanan Piala Malaysia musim ini berbanding Kelantan yang menang lapan, seri sekali dan tewas sekali.

"Dalam bola sepak, semua mahu menang. Tanyalah Selangor, mereka pun nak menang Piala Malaysia walaupun dah banyak kali memenanginya. Jadi pasukan Kelantan juga mahu memenanginya untuk pertama kali.

"Jika tiada sebarang pemain yang cedera petang ini (semalam), kami bakal turunkan kesebelasan terkuat. Jika perlawanan berlanju- tan sehingga sepakan penalti, kami memang sudah bersedia sejak saingan suku akhir lagi," kata Sathiana- than pada sidang media yang sama.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad memberitahu, kesemua 85,000 keping tiket bagi final malam ini telah habis dijual pada pukul 12 tengah hari semalam setelah sejam kaunter di Stadium Nasional dibuka.

"Nasihat saya, hanya mereka yang ada tiket saja hadir ke stadium esok (hari ini). Tiada skrin besar disediakan di luar stadium. Mereka yang gagal mendapatkan tiket bolehlah menonton siaran langsung di RTM1," kata Azzuddin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails