Geng Aku

Ahad, 15 November 2009

Nizar V'8! Anggota PAS Mesti Hormat Dan Patuh Amalan Parti, Kata Nasaruddin



 
Ketua Pemuda PAS, Nasaruddin Hassan Tantawi menasihati anggota parti supaya menghormati dan mematuhi sistem atau amalan parti bagi memastikan nama baik parti sentiasa terjaga.

"Satu sistem telah dibuat, maka ahli kena ikut keputusan parti yang telah ditetapkan," katanya pada sidang media di ibu pejabat parti itu di sini pada Sabtu.

Beliau mengulas kenyataan Setiusaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali semalam bahawa parti itu tidak pernah mengamalkan bai'ah talak seperti yang didedahkan anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.



Nasaruddin berpendapat isu bai'ah merupakan satu percubaan pihak tertentu yang ingin menjejaskan kredibiliti PAS sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam dan kononnya ia menindas golongan wanita.

"Kononnya ada yang mengatakan bahawa PAS tidak memberi peluang yang adil kepada golongan wanita dalam parti. Ia sengaja dicipta sejak dari dahulu lagi. Tapi kita dah jawab dengan menunjukkan bukti kepada mereka bahawa wujud kepimpinan wanita dalam parti malah ada yang telah dilantik sebagai senator," katanya.




Isu bai'ah talak tiga tercetus awal bulan ini apabila Khalid mengesahkan wujudnya amalan itu di kalangan wakil rakyat PAS bahawa akan jatuh talak tiga kepada isteri masing-masing jika mereka keluar parti.

-- BERNAMA

Nizar V'8! Generasi Muda Sokong Umno Tapi Hadapi Halangan Sertai Parti - Dr Mahathir

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata adalah tidak benar bahawa generasi muda sekarang tidak menyokong Umno, tetapi mereka sebenarnya menghadapi halangan untuk menyertai parti.


Mahathir

Beliau berkata ini berikutan ada sesetengah pimpinan peringkat cawangan parti enggan menerima kemasukan generasi muda yang kebanyakannya terdiri daripada mereka yang berkelulusan tinggi kerana bimbang kedudukan mereka tergugat.

"Sekarang ini ramai orang Melayu memiliki ijazah dan inilah cabaran kepada ketua-ketua cawangan, mereka takut disingkir dan diganti dengan mereka yang punyai pelajaran lebih tinggi.



"Apabila sudah dapat tempat sebagai ketua cawangan, mereka enggan lepaskan. Sebab itu, kalau ada yang ada kelebihan sedikit dari segi kelulusan atau berijazah, tidak dibenar masuk dalam cawangan," katanya pada Majlis Wacana Ilmu anjuran pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno Sabah di sini pada hari Sabtu.

Dr Mahathir berkata jika dilihat dalam parti pembangkang PAS, dulu mereka hanya diwakili oleh golongan ulama saja tapi hari ini ada jurutera, doktor dan orang yang berkelulusan tinggi.



Katanya sehubungan itu pengganti pimpinan cawangan Umno juga akan menjadi semakin kurang berkebolehan kerana mereka enggan menerima muka baru yang lebih berkebolehan.

Ketika menjawab soalan dalam sesi dialog, bekas Perdana Menteri berkata ada generasi muda yang datang berjumpa dengan beliau dan menyuarakan minat menyertai Umno tapi tidak boleh sebab ada sekatan seperti yang dikatakannya itu.

"Jika mereka kita dampingi, kita dapat terangkan perjuangan Umno. Saya pasti mereka tidak akan jadi pengkritik tidak berasas terhadap Umno.

"Bila mereka (golongan muda) tengok keputusan pilihan raya (umum) 2008, Umno nampak kurang relevan, jadi macam mana nak menyokong. Tapi kalau kita betulkan kesalahan ini, percayalah mereka akan sokong kita semula," tegas beliau.

Dr Mahathir berkata dilema sekarang adalah penyertaan dalam parti Umno dilihat bukan lagi sebagai perjuangan untuk bangsa dan negara seperti pemimpin terdahulu yang memperjuangkan kemerdekaan negara, tetapi kini lebih kepada untuk menjamin kedudukan mereka dan mendapat kuasa.

Katanya ini juga menyebabkan bermulanya politik wang setiap kali pilihan raya dan pemilihan Umno.

Dr Mahathir berkata jikalau ada ahli atau pemimpin yang tidak menjalankan tugas dengan baik, maka menjadi tanggungjawabnya untuk menegur mereka.

"Jangan sokong orang yang berjuang hanya untuk mengisi periuk nasi mereka.

"Kita perlu jaga parti keramat ini, Umno telah bertahan lebih lama daripada lain-lain parti yang berjuang untuk kemerdekaan (negara masing-masing), kalau sayang Umno pastikan ia tidak dibawa ke arah lain dan tidak diguna oleh para pemimpin untuk kepentingan sendiri," tegas beliau.

Beliau memberi contoh parti-parti politik yang berjuang untuk memerdekakan negara mereka seperti di India, Indonesia, Pakistan dan Afrika yang banyak daripadanya tidak wujud lagi atau sudah lemah sekarang, kerana rakyat negara mereka sudah tidak lagi menyokong mereka.

"Mereka lupa janji mereka kepada rakyat, iaitu pemerintahan yang dipimpin mereka akan lebih adil dan lebih bertimbang rasa daripada pemerintahan penjajah. Pada mulanya rakyat masih menyokong, tapi lama-kelamaan rakyat akan sedar mereka tidak lagi memperdulikan nasib rakyat tapi utamakan kedudukan dan kekayaan.

"Maka rakyat akan mula kecewa dan semakin lama semakin kurang sokongan mereka kepada parti yang memperjuangkan kemerdekaan. Akhirnya parti seperti ini akan jadi lumpuh, lemah dan seterusnya hilang," katanya.

-- BERNAMA

Nizar V'8! PR akan bebaskan sistem maklumat.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad  berkata, pendekatan dan tawaran yang perlu dibuat oleh Pakatan Rakyat adalah membebaskan maklumat sepenuhnya apabila berjaya memerintah negara nanti.



Ini kerana, dengan cara inilah sistem demokrasi akan dapat berjalan dengan baik dan rakyat mendapat peluang untuk memilih dengan tepat berdasarkan maklumat di masa depan.

Beliau berkata demikian dalam seminar anjuran Parti Sosialis Malaysia petang tadi.

Dalam forum itu juga, Khalid melahirkan keyakinan, sistem dua parti adalah yang terbaik untuk negara ini dalam suasana sekarang.
"Walaupun (dari) segi ideologi kita mungkin dari sumber yang berbeza, tapi akhirnya akan perjuang pada matlamat yang sama iaitu menggantikan Umno BN...dengan syarat perlu liberalisasi pendekatan agar sesuai dengan keperluan politik semasa.

"Apa yang kita nak buat sekali pun, kita perlu lihat realiti politik. Saya rasa sistem dua parti (sistem) penyelesaian terbaik di Malaysia, tidak ada retorik (dan) tidak lagi ideal. Ia lebih praktikal," jelas Khalid dalam Seminar Sosialisme 2009 anjuran Parti Sosialis Malaysia (PSM).




Beliau yang juga AJK Lajnah Politik PAS Pusat berpendapat usaha meliberalisasikan pendekatan parti-parti pembangkang tersebut termasuk saling kerjasama dalam memperbetulkan semula beberapa persepsi salah rakyat terhadap perjuangan Pakatan Rakyat.

"Kalau nak laksana ia (sistem dua parti) secara realistik, saya sebagai ahli PAS perlu bersedia jelaskan pada Melayu (bahawa) DAP bukan cauvenis Cina dan DAP juga kena cakap pada orang Cina yang PAS ini bukan parti pelampau Islam seperti yang dipropaganda BN dalam media."

Baginya, propaganda perkauman yang dilakukan Umno mengakibatkan rakyat berpegang pada persepsi yang salah terhadap Pakatan Rakyat sendiri.

"Masalah utama orang Melayu adalah terlalu percaya pada propagada Umno lebih 52 tahun, isu kedudukan Melayu, bahasa, tanah dan sebagainya, persepsi orang Melayu masih anggap Umno segalanya. Walaupun Umno rasuah, orang Melayu masih jauh dari kita (Pakatan)," jelasnya.

"Segelintir orang Cina dan India pula percaya PAS adalah parti ekstrem Islam disebabkan propaganda televisyen (dan) radio (yang dikatakan milik) Umno masuk ke setiap rumah, setiap hari."

Beliau berharap Pakatan Rakyat tidak memandang remeh isu persepsi tersebut.

"Ini (isu perkauman) bukan saja persepsi (rakyat) yang tidak boleh PR tolak (abaikan), tapi ia sudah jadi sensitiviti yang menyebabkan rakyat (khususnya) undi Melayu kian berkurang pada PR, begitu juga yang lain," jelasnya.

Menurutnya lagi, Pakatan Rakyat juga perlu meliberalisasikan maklumat serta media dalam sistem dua parti tersebut.

"Liberalisasi dari segi maklumat supaya media ini lebih bebas, akta-akta seperti OSA (Akta Rahsia Rasmi) dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) perlu dimansuhkan supaya masyarakat lebih tahu apa yang berlaku dan boleh buat keputusan paling bijaksana dalam sistem ini (sistem dua parti)."

Selain Khalid, dua panel lain yang membincangkan sistem dua parti tersebut adalah saintis politik, Wong Chee Huat dan pengganti kepada Pengarah Pilihanraya PKR Saifuddin Nasution, Wong Phean Yow.



Terdahulu, PAS, DAP dan PKR mendaftarkan Pakatan Rakyat sebagai parti yang sah demi memastikan ketiga-tiga parti boleh saling bekerjasama dalam satu-satu pilihanraya, sama seperti Barisan Nasional.

Pendaftaran tersebut dibuat setelah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menghalang PKR dan DAP berkempen secara terbuka dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang beberapa bula lepas, kerana hanya parti bertanding iaitu PAS sahaja dibenarkan berbuat demikian.

Sabtu, 14 November 2009

Nizar V'8! Kemiskinan tidak selesai selagi Umno jadikan mereka umpan

 Masalah  kemiskinan yang berlaku dalam negara ini tidak mungkin dapat diselesaikan kerana pemimpin Umno mahu  menjadikan golongan ini sebagai umpan pilihanraya bagi mengekalkan sokongan kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.. 




Berucap pada ceramah anjuran PAS Kawasan Bentong, di Markaz PAS Bentong, dekat sini, baru-baru ini Abdul Hadi kesal walau pun negara mempunyai sumber kekayaan yang banyak tetapi  ianya berlegar di kalangan orang kaya dan orang politik yang berkuasa.

“Harta negara ada  berbilion-bilion tetapi harta negara berpusing di kalangan orang kaya dan orang politik. Tetapi apa yang berlaku  hari ini orang yang sudah lama miskin tidak dapat dibebaskan dari kemiskinan, maka datang pula miskin yang baru, tak selesai. 




“Umno suka orang miskin kerana senang mereka nak beli undi.  Mereka beri bantuan kepada orang miskin cara subsidi ini tak betul, sepatutnya mereka ada perancangan untuk membebaskan rakyat dari kemiskinan,” katanya.

Presiden PAS  itu turut menyatakan kekesalan atas penyelewengan dan rasuah  yang berlaku  yang menyebabkan negara kehilangan  kewangan  dalam jumlah yang besar sehingga menjejaskan kehidupan rakyat.

“Apa yang berlaku kepada PKFZ, KWSP, Petronas  adalah penyelewengan yang besar. Apa yang berlaku keatas isu ini kekayaan negara berpusing di kalangan orang kaya dan orang politik,” katanya.

Nizar V'8! Amy Search Mahu Tubuh Sekolah Tahfiz

Amy, atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, bercadang membina sekolah Tahfiz di Johor. -Foto THE STAR oleh BRIAN MOH
 
IKON penyanyi rock negara tahun 80-an, Amy Search berhasrat menubuhkan sebuah sekolah tahfiz tidak lama lagi.

Amy, atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, bercadang membina sekolah itu di Johor.

Hasrat itu timbul semasa beliau menziarahi sebuah bukit ketika menunaikan ibadat haji tahun lalu.

"Ketika mendaki bukit, saya bertanya-tanya arah mana tujuan saya nanti dan siapa diri saya serta untuk apa Allah kurniakan saya dengan bakat yang ada ini.

"Ketika itu juga, telinga saya terdengar-dengar lagu Cahaya Merah Dari Ufuk Timur lagu yang menginsafkan hati saya tentang matlamat kejadian insan," katanya semasa berucap pada majlis pelancaran buku Koleksi Terbaik Cerita Dari Mekah di Bangi semalam.

Sambil mengucapkan terima kasih kepada Utusan Malaysia kerana memilih beliau untuk melancarkan buku berunsurkan keagamaan, Amy berkata buku kecil itu mampu mendidik dan menyedarkan masyarakat Islam mengenai hukum hakam dalam agama.

"Membaca cerita-cerita dalam buku ini bukan sekadar untuk memenuhi masa lapang, tetapi ia boleh dijadikan iktibar penting dalam kehidupan harian kita.

"Buku ini besar ertinya dan saya yakin ia boleh membentuk jiwa orang Islam supaya lebih mendekati Allah dan menjauhi perkara yang dilarang," katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran itu.

Vokalis, Amy Search (kiri) dan Nasir ketika beraksi di konsert 'Search Di Awan Biru' di Bukit Kiara Equestrian & Country Resort, Kuala Lumpur pada 2 Ogos 2009.
 
Buku setebal 189 halaman berharga RM7.50 senaskah merupakan kompilasi cerita yang tersiar dalam majalah MASTIKA sejak tahun 1996.

Ia mengisahkan pengalaman jemaah haji dan umrah semasa di Mekah.

Sementara itu pengumpul cerita berkenaan, Zulkarnain Zakaria berkata sebanyak 27 cerita dimuatkan dalam edisi pertama buku itu.

"Buku koleksi ini adalah wadah kami di Utusan dalam menyampaikan dakwah, memperingati mereka yang lupa dan memberi khabar gembira dari Tanah Suci kepada masyarakat Islam di seluruh negara.

"Untuk permulaan, sebanyak 100,000 buku dicetak dan saya yakin selepas ini akan ada ulang cetak berikutan permintaan yang memberangsangkan daripada syarikat pengendali umrah dan haji," katanya. BERNAMA

Nizar V'8! Prof Agus Tegur Golongan Tabsub


"aAhli akademik terkenal Prof Dr Mohammad Agus Yusoff berkata, beliau akan berterus-terang mengenai kelemahan PAS apabila Dewan Pemudanya menemui beliau minggu depan.

"Saya berterus-terang selama-lamanya. Kita sedang berada dalam politik baru," kata Dr Mohamad Agus - pengacara bual bicara politik mingguan - Hujah - di sebuah stesen TV.

Kelmarin, ketua dewan itu, Nasrudin Hassan memberitahu Malaysiakini, pihaknya akan menemui Dr Mohammad Agus Rabu depan bagi mendapatkan pandangan lanjut beliau mengenai perkembangan politik semasa yang membabitkan parti.

Petang semalam, dewan itu mengadakan pertemuan dengan penyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Dr Abdul Aziz Bari bagi mendapatkan butiran lanjut mengenai pembentangan ahli akdemik itu yang mengkritik keras PAS menjelang seminar politik parti itu Sabtu lalu.

Pemuda PAS juga dilaporkan berhasrat menemui pensyarah Universiti Malaya Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah yang turut membentangkan kertas kerja dalam seminar tersebut.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Dr Mohammad Agus berkata, beliau tidak bimbang terhadap gelaran tertentu - seperti "ejen Umno" - yang mungkin dilemparkan kepadanya kerana mengamalkan sikap berterus-terang.
 

 

"Saya bukan ejen PAS. Saya bukan ejen Umno. Saya aktivis politik. Saya boleh tegur sesiapa sahaja dan saya tidak mendapat apa-apa ganjaran (untuk itu)," katanya.

Ketaksuban ahli

Sehari sebelum seminar Sabtu lalu, dalam wawancara dengan Malaysiakini, Dr Abdul Aziz mengkritik keras kepimpinan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang didakwanya sebagai "Pak Lah versi PAS" dan "sudah hilang stim".

Ekoran itu, Nasrudin dalam kenyataan selepas itu menyifatkan pakar perlembagaan itu "ejen UMNO", keterlaluan dan tidak sabar.
 

 

Dr Mohamad Agus juga berkata, beliau bersetuju dengan kritikan Dr Abdul Aziz sebelum ini kerana menurutnya "jika tidak ada angin, masakan pohon bergoyang".

Dr Mohamad Agus tidak menolak bahawa masalah PAS, antaranya disebabkan faktor kepimpinan. Bagaimanapun, tambahnya, parti itu juga mengalami masalah ketaksuban ahli-ahlinya.

"Masalahnya ahli-ahli yang taksub. Pemimpin di peringkat pertengahan pula gagal membetulkan persepsi terhadap parti itu. Ini termasuklah Dewan Pemudanya," kata Dr Mohamad Agus.

Mengulas penerimaan terhadap kritikan ahli akademik, beliau menyifatkan sikap sesetengah pemimpinnya sebagai paradoks dan ironi.

"Mereka mendesak kerajaan supaya lebih terbuka. Tetapi sikapnya pada hari itu ironi sekali (dengan apa yang dituntut)," katanya. -malaysiakini

Nizar V'8! AZMIN JAWAB TUDUHAN VICKNESWARAN BERKAITAN SAHAM RM8.5 JUTA



 Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali menegaskan laporan yang mengaitkan beliau dan isterinya memiliki aset dalam bentuk saham bernilai RM8.5 juta adalah tidak berasas sama sekali dan juga satu fitnah untuk merosakkan reputasinya sebagai seorang wakil rakyat.


Kata beliau lagi, dakwaan ini juga satu fitnah jahat untuk mengaibkan dirinya dan juga keluarganya.

“Sejak tahun 1998 saya dan keluarga sering menjadi sasaran fitnah bertujuan untuk mengaibkan saya dan keluarga. Saya diburu oleh pihak berkuasa seperti polis, Badan Pencegah Rasuah dan juga Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk menjalankan siasatan mengenai perolehan harta saya.



 “Malahan alasan yang sama digunakan untuk menangkap dan menahan saya pada 16 sehingga 22 September 1998 (dan) saya telah memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa termasuk butiran lengkap aset kami,” kata Azmin dalam satu kenyataan petang Sabtu.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab kenyataan Pengerusi Yayasan Pembangunan Belia India Malaysia, S.A. Vickneswaran semalam (Jumaat) yang mendakwa beliau telah menerima satu kiriman yang mengandungi dokumen berkaitan dengan pembelian saham melibatkan tiga individu termasuk Azmin, isterinya Shamsidar Tahrin dan Jamal Tahrin bernilai RM8.5 juta dari tahun 1992 sehingga 1994.




Antara tahun 1992 hingga 1994, Azmin berkhidmat sebagai setiausaha sulit kepada Menteri Kewangan Malaysia yang disandang oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Vickneswaran mendakwa dokumen tersebut diserahkan kepada pengawal keselamatan kediamannya di Kota Kemuning pada lebih kurang jam 3 pagi.



 Azmin dalam reaksi balasnya petang ini berkata, beliau telah mengarahkan peguamnya untuk menyegerakan prosiding perundangan yang sewajarnya terhadap pihak yang membuat kenyataan fitnah tersebut.

“Saya percaya dokumen yang didedahkan oleh Vickeswaran itu dimanipulasikan oleh pihak-pihak tertentu untuk mengaitkannya (salah laku) dengan saya dan isteri saya,” katanya lagi.

Beliau juga menyatakan rasa kesalnya kerana apa yang berlaku ini menunjukkan usaha untuk melancarkan fitnah ini tidak henti-henti demi untuk menganggu keamanan, ketenteraman, mengaibkan dan mencemarkan nama baiknya dan juga keluarganya.

“Malah kenyataan berunsur fitnah dan berniat jahat itu jelas mempunyai motif politik bertujuan merosakkan reputasi saya selaku ahli Parlimen Gombak dan naib presiden PKR. Maka Saya dengan ini menafikan sekeras-kerasnya tuduhan yang dilemparkan oleh Vickneswaran ke atas saya,” tegas beliau.

Nizar V'8! Adun Sri Serdang Perlu Mohon Maaf : MB




Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kesal dengan tindakan yang dibuat Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Serdang , Datuk Satim Diman yang mengatakan beliau tidak boleh dipercayai.

Ini berikutan dakwaan yang dibuat beliau bahawa Menteri Besar tidak menjelaskan pembayaran balik hutang pinjaman Bank Islam.

Sebaliknya menurut Tan Sri Khalid beliau telah diarahkan oleh mahkamah agar menyaman pihak pengurusan Bank Islam setelah menolak permohonan saman dari Bank Islam itu.



 “Sri Serdang telah membuat kenyataan dalam dewan mengatakan oleh kerana saya tidak membayar bank hutang lepas itu dia mengatakan saya tidak boleh dipercayai dalam pengurusan ini sebenarnya perkara itu tidak benar kerana saya masih lagi dalam perbicaraan di mahkamah.

“Malah mahkamah telah membenarkan saya menyaman Bank Islam, bukan Bank Islam dulu saman saya tetapi ditolak tetapi membenarkan saya menyaman Bank Islam.

“Jadi bila saya menyaman Bank Islam macamane saya nak bayar ,jadi dia punya kenyataan yang berasaskan kepada itu dia telah membuat cerca kepada saya,” katanya.




Tan Sri Khalid berkata demikian dalam sidang media selepas Sidang Dewan Negeri ditangguhkan ,petang tadi.

Menurut Tan Sri Khalid lagi beliau telah meminta Adun Sri Serdang,Satim Diman agar memohon maaf kepadanya dengan kenyataan bertulis.

“Jadi berasaskan peraturan 70 Menteri Besar meminta beliau meminta maaf jika tidak Menteri Besar  akan membuat satu usul bahawa membawa kepada dewan mengenai hak dan keistimewaan,” katanya.

Nizar V'8! Bajet Perak: Bentang 20 minit, jangan terkejut habispun 20 minit

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mengingatkan rakyat Perak agar jangan terkejut jika kerajaan negeri yang ada menghabiskan Bajet Perak 2010 dalam masa 20 minit sahaja.

"Jika Umno mampu meluluskan bajet dalam masa 20 minit, maka mereka juga mampu untuk menghabiskannya dalam masa 20 saat sahaja," katanya.

Mahfuz berkata demikian ketika berucap dalam satu majlis ceramah dekat sini.

Beliau mengulas perbentangan Bajet Perak 2010 dalam masa 20 minit sahaja dalam sidang yang kecoh baru-baru ini.

Bagi beliau, kerajaan negeri Perak yang ada adalah penyamun yang mana ia sama sepertimana ketika mereka mahu merampas Negeri Perak dahulu.

"Umno ini sebuah parti politik yang idak bertamadun apabila corak pentadbiran mereka itu seolah-olah membawa dan menjadikan rakyat yang ada semakin mundur dan kurang cerdik.




"Mereka juga menonjolkan satu pemikiran yang kuno dengan menyatakan bahawa kekuatan fizikal itu adalah yang sewajarnya. Sedangkan pada zaman yang semakin maju ini kreativiti dan pemikiran secara inovasi itu sepatutnya yang diberikan kepada rakyat dalam menjadikan mereka golongan yang mampu berfikir dalam soal pentadbiran negara," katanya.

Beliau juga menyatakan bahawa Umno sebenarnya berpolitik berasaskan kepada kepentingan diri dan imej mereka semata-mata tanpa memikirkan nasib dan masa depan Rakyat di Negara ini," katanya.



Dalam majlis itu, Ketua Penerangan PAS Perak, Khalil Idham Lim menyatakan,  selepas sahaja Zambry membentangkan Budjet Negeri Perak,Beliau telah diundang oleh Astro Awani untuk berdebat dengan Zambry dalam isu Budjet Negeri Perak.




Namun beliau menyifatkan ia sebagai perangkap kepada PR yang mana sekiranya beliau menerima pelawaan tersebut ia membuktikan bahawa Budjet Coca-Cola Zambry telahpun diterima oleh Adun-Adun PR yang lain dan ia sememangnya sesuatu yang ditunggu oleh pihak Umno bagi mengaburi mata Rakyat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails