Geng Aku

Isnin, 5 April 2010

AF8 Anum Tersingkir.



Pujian pertama dari pengkritik tetap Akademi Fantasia 8 (AF8), Adlin Aman Ramli kepada Dayang Nor Anum Arjuan Aharun, 19 atau Anum berubah menjadi pujian dan kritikan terakhir apabila Anum menjadi pelajar yang tersingkir, di sini, malam tadi.

Keputusan yang diumumkan hos, Sarimah Ibrahim pada Debaran yang diadakan di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil dan dipancarkan secara langsung di Astro Ria (Saluran 104) mengejutkan ramai pihak memandangkan Anum adalah satu-satunya pelajar wanita yang mendapat pujian dari pengkritik di konsert ketiga AF8.

Pada sidang media malam tadi, Anum yang mendapat undian sebanyak 8.73% redha dengan keputusan penyingkiran tersebut. Bagaimanapun, Anum menjelaskan insiden dia jatuh sewaktu menari Menuju Puncak di awal Debaran membuatkannya sesak nafas. Oleh itu, dia terpaksa berlari ke belakang pentas. 


"Sedih memanglah sedih. Namun, nak buat macam mana. Inilah AF yang penuh dengan kejutan. Sedikit pun saya tak rasa kecewa dan saya rasa semua pelajar yang lain ada keistimewaan tersendiri. Mereka tak ada lebih tak ada kurang,” kata Anum.

Menyokong pendapat Anum, Pengetua AF8, Norman Abdul Halim sekali lagi melahirkan rasa terkilan dengan keputusan kali ini. Malah, beliau menyatakan Anum menampilkan persembahan menarik malam tadi dan tidak layak tersingkir.

"Saya terkilan sangat. Sepatutnya, ada pelajar lain yang patut tersingkir sebab mereka tak berikan komitmen walaupun telah diajar dengan sebaik mungkin. Secara jujur, saya tak suka AFUNDI masuk. Yang dah keluar biarlah keluar. Pun begitu, itu semua terpulang kepada keputusan Astro," ujar Norman.

Dengan penyingkiran itu, kini hanya tinggal 9 pelajar bakal meneruskan perjuangan pada minggu depan untuk merebut gelaran juara.

Berikut ialah keputusan kedudukan Afundi malam tadi. 

1. Adira 12.68%
2. Maulana 11.36%
3. Shahir 10.05%
4. Alif 10.05%
5. Ain 9.87%
6. Nad 9.83%
7. Iwan 9.37%
8. Farina 9.12%
9. Daus 8.93%
10. Anum 8.73%

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails