Geng Aku

Isnin, 17 Mei 2010

Ain Tersingkir Di Saat Akhir.


Lima Ke Konsert Akhir
Nadiawati Ainul Basir, atau Ain 24 menjadi pelajar terakhir yang diumumkan tersingkir daripada persaingan Akademi Fantasia 8. Ini bermakna dia memberi laluan kepada lima pelajar lain untuk beraksi di Konsert Akhir minggu depan. Lima pelajar, Adira, Daus, Iwan, Maulana dan Shahir telah diumumkan berjaya ke Konsert Akhir, di Stadium Putra Bukit Jalil 22 Mei 2010 ini

Ain gagal meraih sokongan peminat menerusi persembahannya semalam menerusi lagu madley Luka Dilukai (Shima)dan Falling For You (Colbie Caillat). Malah, Aznil selaku pengkritik tetap telah memilih Ain untuk tidak berakhir di Konsert Akhir. Pun begitu, keputusan malam ini memang mendebarkan kerana saingan sengit untuk lima ini. Persembahan cemerlang Ain pada Konsert Tirai menerusi lagu The Climb masih diingati namun tidak cukup untuk melayakkannya ke Konsert Akhir

Shahir mengungguli kedudukan pelajar setelah undian ditutup dengan 31.58 peratus diikuti Adira 14.62 peratus, Daus (14.28), Iwan (13.30) Maulana (13.28) dan Ain berada di kedudukan terakhir dengan 12.94 peratus. Seperti yang dijanjikan sebelum ini, hanya lima tempat untuk konsert akhir AF8. Ini bermakna, Ain sebagai pelajar yang mendapat undian terendah terpaksa meninggalkan Akademi Fantasia 8

Buat pertama kali dalam sejarah Akademi Fantasia, Konsert Akhir nanti boleh ditonton dalam visual berdefinisi tinggi (HD) di saluran 124. Untuk melanggan, layarilah laman web www.astro.com.my/byond. Untuk yang ingin menonton secara langsung di Stadium Putra, tiket konsert akhir juga sudah mula dijual. Dapatkan di www.axcess.com.my atau telefon di talian Hotline: 03-77115000

Mulai malam ini, kedudukan undian pelajar tidak akan dapat dilihat menerusi Butang R mahupun di laman web rasmi Akademi Fantasia. Kedudukan undian hanya dapat diketahui sewaktu Diari AF8 pada hari Selasa dan Khamis, jam 7.30 malam di Astro Ria (saluran 104). Jadi, segalanya terlatak di tangan anda sekarang.

Teruskan mengundi untuk menentukan juara pilihan anda

Tiada ulasan:

Catat Komen

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails