Gelaran ratu cantik Miss Universe Malaysia 2010 akhirnya telah  menjadi milik peserta 'favorite' Nadine Ann Thomas, 23 yang telah  diumumkan di Hotel Royale Chulan, di sini, malam tadi.
  Bersandarkan paras rupa eksotik serta berbekalkan jawapannya yang  bernas dan meyakinkan, Nadine memiliki kriteria Hip, Urban, Real and  Relevant sebagaimana yang dicari oleh penganjuran pencarian ratu cantik  itu kali ini.
  Beliau membawa pulang wang tunai bernilai RM50,000, tajaan selama  setahun bersama Parkson selain berpeluang menjayakan kempen bersama  pusat beli-belah berkenaan dan juga set hiasan bernilai RM30,000  daripada Elegance Club.
  Nadine turut menerima produk penjagaan rambut selama setahun dari  L'Oreal Paris, perkhidmatan penggayaan rambut dari A Cut Above selama  setahun, 5 tahun keahlian bersama True Fitness dan True Yoga serta tidak  ketinggalan kontrak selama setahun bersama AndrewsModels.
  "Saya bersyukur, akhirnya hasil kerja keras saya berhadapan dengan  pelbagai cabaran bermula sesi uji bakat sehinggalah ke peringkat akhir  pertandingan ini, nampaknya telah membuahkan hasil.
  "Kemenangan ini merupakan tanggungjawab berat yang perlu saya pikul  untuk mewakili negara ke pertandingan peringkat dunia di Las Vegas,  Amerika Syarikat pada 22 Ogos nanti.
  "Walaupun begitu saya sedar bahawa masih banyak lagi kelemahan yang  perlu saya perbaiki sebelum pergi ke peringkat," katanya yang telah  menumpaskan 17 peserta akhir yang lain.
  Kejayaan Nadile itu telah diraikan bersama pemegang takhta Miss  Universe Malaysia 2009, Joannabelle Ng bersama-sama Pengarah Nasional  Miss Universe Malaysia Organisation, Andrea Fonseka.
  Tempat ke-2 telah dimenangi graduan undang-undang, Mourhna Anetha  Reddy,25 manakala tempat ke-3 menjadi milik bekas pramugari Vera Hui,  25.
  Bagaimanapun 2 lagi finalis Charlene Wong, 25 dan bekas finalis model  Ford Model's Malaysia Gail Marianne James, 22 terpaksa berpuas hati  apabila hanya ditempatkan di tangga 5 teratas.
  Peringkat akhir pertandingan akan diadili bekas Ratu Cantik  Malaysia/Universe, Datin Josephine Fonseka, Maggie Loo, Dato' Yasmin  Yusuff, Dato' Anna Lin, Nancie Foo, Elaine Daly, Hans Isaac dan juga  Andrew Tan.
  Hanya 20 peratus penjurian telah berpandukan daripada jawapan bernas  pada malam akhir, manakala selebihnya diambil daripada beberapa aktiviti  sepanjang berlangsungnya peringkat penilaian termasuk 50 peratus  daripadanya diambil daripada pemerhatian hari sebelumnya.
  Sementara itu, Andrea berkata, sudah pasti pelbagai perancangan dan  persiapan rapi telah disediakan kepada pemegang ratu cantik tahun ini  itu sebelum diterbangkan ke AS bagi berhadapan dengan saingan lebuh  hebat di sana.
  "Sebagai penganjur, kami tentunya akan memberikan sokongan seratus  peratus dan berterusan buat Nadine sebelum dia dihantar ke pertandingan  di AS nanti.
  "Malah saya juga amat berpuas hati dengan keputusan malam ini. Bukan  sekadar 5 teratas, tetapi pilihan terbaik saya adalah pada peserta 10  teratas.
  "Nadine nampaknya telah membuktikan kemampuannya dan saya percaya dia  memiliki kriteria yang kami inginkan iaitu Hip, Urban, Real dan  Relevant.
  "Cuma, banyak lagi yang perlu diperbaiki. Nadine perlu mengurangkan  berat badannya dan kami akan memberikan lebih banyak pengetahuan  kepadanya tentang tata-tertib sebagai seorang ratu cantik yang sebenar,"  katanya sambil menaikkan dagu Nadine yang tak sepatutnya ditundukkan  kala ditemuramah.
  Miss Universe Malaysia 2010 turut mengiktiraf beberapa kategori lain  iaitu Anugerah Blogger Terbaik yang dimenangi Chow Xiang Yee, Anugerah  Fabulous (Gail Marianne James), 
Anugerah Rambut Terbaik ( Sarah Yap),  Bentuk Badan Terbaik (Mourhrna Anetha Reddy), Miss Photogenic (Vera Hui)  dan Anugerah Feel Good NTV7 menjadi milik Sarah Yap.
.jpg)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan