Geng Aku

Jumaat, 26 Mac 2010

Alex RL4 Jadi Pengacara Warung Kita?


Semalam, Murai Batu sempat duduk berbual  dengan si Jalak Lenteng yang bekerja dengan saluran Astro Prima.

Amboi, macam-macam cerita yang sampai kat telinga Murai Batu. Lebih-lebih lagi tentang pemenang tempat ketiga  Raja Lawak Musim ke-4 (RL4).

Siapa lagi kalau bukan si Alex tu. Khabarnya si Alex bakal mengacarakan program travelogue, Warung Kita bersama Farouk Hussein untuk musim baru ketiga yang akan datang.

Yang menariknya, untuk musim baru yang ketiga ini, Warung Kita akan menjengah pula makanan-makanan enak yang terdapat di negeri Sabah. Ha, memang sesuailah tu kalau Alex yang jadi pengacaranya.

Bolehlah nanti dia tunjukkan Farouk segala tempat makan yang menarik yang boleh didapati di negeri Sabah khususnya di Kota Kinabalu.

Jadi, untuk peminat Alex, jangan ketinggalan untuk menyaksikan penampilan Alex sebagai pengacara bersama dalam Warung Kita musim baru yang ketiga nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails