Geng Aku

Jumaat, 27 November 2009

Nizar V'8! Wira Kedah Dapat Tanah Banglo


TUANKU ABDUL HALIM (dua, kanan) bersalam dengan
pegawai dan para pemain Kedah pada Malam KFA 2009 di Dewan Seri Negeri, Wisma Darul Aman, Alor Setar malam kelmarin.



BARISAN pegawai dan pemain Kedah yang merangkul gelaran treble pada musim 2007 dan 2008 menerima durian runtuh.

Ini kerana, kerajaan negeri Kedah telah menghadiahkan mereka sebidang tanah lot banglo sebagai menghargai kejayaan bersejarah itu.


Pemberian tanah itu diumumkan Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Azizan Abdul Razak pada Malam KFA 2009 di Dewan Seri Negeri, Wisma Darul Aman, Alor Setar malam kelmarin.

Menurut Azizan, kejayaan yang diraih skuad Hijau Kuning itu adalah amat luar biasa dan menyifatkan barisan pemain sebagai wira Kedah.

"Atas kejayaan mengharumkan nama baik Kedah, suka saya umumkan bahawa kerajaan negeri bersetuju menganugerahkan lot tanah kepada semua pemain dan pegawai pasukan Hijau Kuning 2007 dan 2008," kata Azizan ketika berucap pada majlis itu.

Berkenan berangkat ke majlis tersebut ialah Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Sultanah Kedah, Tuanku Haminah Hamidun.

Hadir sama Timbalan Presiden KFA, Datuk Paduka Syed Unan Mashri Syed Abdullah dan Setiausaha KFA, Hamdan Mohamed Khalib.



 Azizan memberitahu, lot banglo itu dianggarkan seluas 550 hingga 745 meter persegi di dua daerah yang dikenal pasti iaitu Pokok Sena dan Kuala Muda.

"Semua pegawai dan pemain yang menjulang piala itu bakal mendapat lot tersebut termasuk pemain yang sudah berhijrah. Pemain import juga kita akan beri, itupun sekiranya mereka mahu tinggal di Kedah," katanya.

Azizan yang juga Menteri Besar Kedah turut mengumumkan penajaan RM3 juta daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) serta RM1 juta sumbangan korporat dan sektor swasta bagi skuad Hijau Kuning musim depan.



Dalam pada itu, Malam KFA turut menganugerahkan Tuanku Abdul Halim sebagai peminat No. 1 bola sepak.

Turut menerima pengiktiran ialah Azizan yang meraih anugerah Penggerak Utama KFA.
Anugerah tokoh pembangunan bola sepak Kedah diberikan kepada allahyarham Datuk Paduka Ahmad Basri Mohd. Akil manakala anugerah kelab penyokong diberikan kepada Kelab Penyokong Hijau Kuning.

Skuad Kedah yang meranggul juara treble pula dianugerahkan sebagai pasukan legenda Kedah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails