Geng Aku

Jumaat, 27 November 2009

Nizar V'8! Muhyiddin Amal Politik Primitif:-Mahfuz


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dituduh mengamalkan politik ‘zaman batu’ apabila menyarankan Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaliegh Hamzah berfikir dahulu sebelum bersetuju dilantik Pengerusi Kaukus Petroleum bagi menuntut royalti minyak Kelantan.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, permintaan Muhyiddin itu menggambarkan sikapnya yang terikat dengan stigma kepartian berbanding sikap memperjuangkan kepentingan rakyat.

“Sikap Muhyiddin tidak memperlihatkan mahu memperjuang kepentingan rakyat sebaliknya masih terikat dengan stigma sempit kepartian. Dia amalkan politik zaman batu, di mana tidak boleh menerima pandangan orang lain untuk kepentingan rakyat dan negara,” katanya yang dipetik dalam laman blognya semalam. 



Kelmarin, Muhyidin membuat gesaan kepada Ahli Parlimen Gua Musang, itu supaya berfikir dan menjaga kepentingan parti sebelum menyertai kaukus tajaan PR itu.Gesaan itu dibuat setelah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan Tengku Razaliegh bersedia untuk mempengerusikan kaukus di Parlimen.:

Mahfuz juga menasihati Muhyiddin agar meninggalkan amalan politik primitif kerana cuba mengkhianati prinsip persekutuan-negeri, seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

”Muhyiddin cuba mengkhianati prinsip persekutuan-negeri, seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan... dia patut tinggallah politik primitif itu sebab negara sekarang sedang menuju politik baru yang berasaskan maklumat, keadilan perlembagaan dan mengutamakan kepentingan rakyat,” katanya. 



Sebelum ini, Tengku Razaliegh antara nama yang disebut PR selain bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas yang layak bagi mengetuai kaukus di Parlimen.

Kedudukannya sebagai bekas Menteri Kewangan era 1970-an dan pernah mengikuti siri perjanjian persefahaman (MoU) Akta Pembangunan Petronas menyebabkan beliau layak memimpin badan bebas terbabit di bawah kuasa Parlimen.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails