Geng Aku

Sabtu, 28 November 2009

Nizar V'8! Johari Abdul Sokong Saranan Teo Nie Ching



Parti Keadilan Rakyat menyambut baik cadangan DAP untuk warganegara yang telah mencecah umur 21 tahun secara automatik didaftarkan sebagai pengundi.

Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul berkata cadangan Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching itu bertepatan sekali kerana ia memudahkan proses pendaftaran pengundi-pengundi baru, terutamanya bagi mereka yang berada di kawasan pedalaman.

“ Saya amat setuju supaya semua rakyat mereka ada hak untuk mengundi. Walaupun sistem yang akan kita kita gunakan ialah sistem sukarela, tetapi rakyat kita ini kadang-kadang ia ambil mudah perkara ini. Khususnya yang berada di kampung-kampung dan di kawasan pedalaman” ujarnya.



Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz sidang Dewan Rakyat berkata sehingga 20 Oktober lepas,seramai 4,300,542 orang belia yang telah mencapai umur 21 tahun tetapi tidak mendaftar sebagai pemilih.

Nie Ching dalam sidang media di lobi parlimen sebelum ini menegaskan, sistem pendaftaran automatic digunapakai di Eropah dan Taiwan.

Johari berkata urusan Suruhanjaya Pilihan Raya akan lebih mudah dan tersusun sekiranya kerajaan akur dengan cadangan ini.  

Kerajaan cuma perlu mewujudkan jaringan antara pengkalan data SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara bagi melicinkan proses ini.  

“ Boleh-boleh. Oleh yang demikian, jika adanya sistem alternatif ini kita sudah boleh perkecilkan masalah pemilih berganda ini. Saya setuju. Saya tidak nampak perkara ini akan mendatangkan masalah” katanya.  

“ In fact kita bawa kad bank pun kita boleh kita boleh keluarkan duit di MEPS, berbagai-bagai bank. Contohnya kita menggunakan maybank, boleh ambil di bank-bank lain. Maknanya zaman elektronik. Tidak mungkin perkara seperti ini tidak boleh dibuat”


Nizar V'8! Lebih 1,000 Hadiri Taklimat Liow




Lebih 1,000 menghadiri sesi taklimat oleh naib presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai di Dewan Lee San Choon, Wisma MCA di Jalan Ampang Pagi ini.

Tema taklimat tersebut adalah '1128, satu permulaan baru'.

Kerusi yang disediakan tidak mencukupi dan kerusi tambahan terpaksa dibawa masuk ke dalam dewan tersebut untuk menampung jumlah hadirin.

Tetapi tidak diketahui berapa ramai perwakilan yang hadir kerana sesi taklimat itu bukan perhimpunan agung, maka para hadirin tidak perlu mendaftar.

Selain pemimpin yang menyokong Liow dan serta tiga pemimpin yang meminta EGM diadakan, turut kelihatan ialah beberapa pemimpin lain termasuk naib presiden, Tan Kok Hong yang dilihat mengambil bersikap 'atas pagar' dalam krisis MCA, serta bekas setiausaha agung, Datuk Seri Ong Ka Chuan.

Malah, Ong turut menyediakan ucapan bertulis dalam bahasa Cina yang bertemakan "MCA melangkah ke hadapan'.

Kandungannya sepeti manifesto pemilihan. Sebelum ini tercetus spekulasi beliau akan bertanding jawatan tinggi parti dalam pemilihan baru yang akan diadakan nanti, dan perhimpunan hari ini menjadi gelanggang yang paling sesuai untuk beliau melancarkan "kempennya".

Risalah yang mengandungi komentari khas dalam akhbar Sin Chew Daily, turut diedarkan kepada pada hadirin. Komentari itu menyifatkan Datuk Seri Ong Tee Keat sebagai "presiden paling teruk dalam sejarah MCA".

Sesi taklimat bermula jam 10.30 pagi.

Nizar V'8! Pengganti Tuan Guru: Hentikan Berbalas Kenyataan Dalam Media


Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak sepatutnya ditekan untuk menamakan penggantinya dan semua kenyataan pemimpin PAS mengenai perkara itu mesti dihentikan, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

"Jangan paksa Tuan Guru mencadangkan penggantinya. Beliau tentu mempunyai perkiraan, perhitungan dan kebijaksanaan sendiri untuk memilih masa yang sesuai untuk mencadangkan siapa penggantinya," kata beliau.

Mahfuz menyifatkan tindakan berbalas-balas kenyataan mengenai perkara itu secara terbuka di dalam media memberi tekanan kepada Tuan Guru menamakan penggantinya sebagai Menteri Besar Kelantan.

Walaupun tindakan menyuarakan pandangan mengenai perkara itu adalah hak demokratik masing-masing, kata beliau, tetapi berbalas-balas kenyataan sesama sendiri mengenai perkara itu secara terbuka di dalam media boleh mengakibatkan implikasi yang lain.



"Lebih dari itu, semua pihak jangan membelakangi tertib organisasi di dalam PAS.

"Dari segi peraturan berorganisasi di dalam PAS, Tuan Guru atas sifatnya sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan boleh mencadangkan nama penggantinya kepada dan di dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat untuk dipertimbangkan.

"Begitu juga, ahli-ahli mesyuarat yang lain di dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat juga boleh mengemukakan cadangan untuk dipertimbangkan.

"Tetapi, dari segi kaedah berjemaah di dalam PAS, keputusan mengenai perkara itu hanya boleh dibuat di dalam dan dengan persetujuan mesyuarat Ahli Jawatankuasa PAS Pusat sebagai badan eksekutif yang dipilih oleh muktamar," katanya.

Bagaimanapun, kata Mahfuz, pandangan dan hasrat Tuan Guru sebagai pemegang jawatan itu kini dan lebih dari itu sebagai Mursyidul Am biasanya diberi keutamaan untuk dipertimbangkan oleh mesyuarat tersebut.

Mahfuz juga menjelaskan, setiap kali PAS mendapat kerusi majoriti di mana-mana negeri selepas pilihan raya, nama orang yang mendapat kepercayaan parti untuk menjadi Menteri Besar di kemukakan oleh Presiden PAS kepada Sultan negeri yang berkenaan.

"Presiden PAS pula mengemukakan nama tersebut kepada Sultan yang berkenaan setelah dipersetujui oleh mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat,"kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mahfuz meminta semua pihak agar memberikan kepercayaan kepada Tuan Guru untuk memilih masa yang sesuai bagi mencadangkan penggantinya sebagai Menteri Besar Kelantan dan juga kepada mesyuarat Ahli Jawatankuasa PAS Pusat untuk mempertimbangkan cadangan beliau dan membuat keputusan mengenainya.

"Saya yakin semuanya akan berjalan dengan lancar mengikut tertib berjemaah dan berorganisasi di dalam PAS," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

BN-Umno Dalang Perpecahan Kaum India Di Malaysia


Exco Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata Umno dan parti suruhan MIC mendalangi perpecahan kaum India di Malaysia.

Ketika dihubungi Tv Selangor, Xavier melahirkan kekesalan dengan isu ini dan berkata kaum India bukan sahaja berpecah sama sendiri, bahkan terpisah daripada kaum lain.

Statistik menunjukkan kadar kemiskinan dan belia bermasalah dalam masyarakat India amat tinggi. Dipinggirkan sekian lama, tidak mengejutkan jika elemen-elemen ekstrem lahir dari ketidakpedulian kerajaan sebelum ini.




Sehubungan itu, Xavier berkata kerajaan negeri hari ini mengambil pelbagai langkah membantu masalah kemiskinan masyarakat India melalui pendidikan dan bantuan sewajarnya agar kaum minoriti ini tidak terputus dari arus perdana.

“Kita beberapa kali telahpun nyatakan bahawa seorang pemimpin India memang kena belajar dan dia kena tolong dan bantu semua orang, bukan sahaja kaum India, begitu juga dengan pemimpin Cina dan Melayu”, jelasnya.




Xavier berkata kewujudan Badan Bertindak Hak Hindu, Parti Makkal Sakhti dan Parti Hak Asasi Manusia menunjukkan perpecahan kaum India semakin serius.

Beliau berpendapatan perpecahan ini didalangi oleh Umno-BN, bagi memastikan kaum India tidak terikut dengan arus perubahan menyeluruh yang dibawa Pakatan Rakyat.

“Saya nampak sekarang ialah Makhal Sakhti ini yang telah didaftarkan macam itu cepat sangat satu permainan oleh Najib dengan Umno dan Barisan Nasional untuk pecah belahkan orang-orang India dalam kalangan rakyat di Malaysia. Dan ini adalah satu-satu caranya macam mana orang British gunakan pecah dan perintah ini ditunjukkan dan dipermainkan oleh Najib”, kata Xavier lagi.





Mengulas kemungkinan penyertaan Parti Makkal Sakhti menyertai Pakatan Rakyat Selangor, Xavier berkata ia tidak memberi impak besar kerana masyarakat India di negeri ini sedia maklum bahawa perubahan hanya akan berlaku jika semua kaum berganding-bahu.

“Parti Makhal Sakhti ini tidak akan ada banyak kesan atas Pakatan Rakyat sebab orang India sudah faham sekarang macam mana keadaan situasi sekarang”, tegasnya.

BN Jejas Belanjawan Pulau Pinang



Bajet 2010 Pulau Pinang terjejas akibat amalan rasuah dan sikap tidak bertanggungjawab yang diamalkan oleh Barisan Nasional semasa mentadbir negeri itu.

Pembentangan belanjawan mendapati kerajaan negeri menanggung kerugian jutaan ringgit akibat penyelewengan dan penjualan tanah-tanah negeri kepada kelompok tertentu.



Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang, kerajaan lalu telah menjual tanah seluas 4.3 hektar di Seberang Perai Tengah kepada seorang individu bernama Tan Hak Ju. Penjualan ini menimbulkan kecurigaan kerana tanah tersebut adalah milik persatuan masyarakat setempat, iaitu Persatuan Hokkien Hoay Kuan Wellesley.

Disebabkan tidak berpuas hati dengan pembatalan hak milik keatas tanah masyarakat ini, Tan Hak Ju bertindak menyaman kerajaan negeri. Mahkamah Tinggi mengarahkan Pulau Pinang membayar gantirugi RM40 juta kepada Tan termasuk kadar bunga 8 peratus mulai 24 Januari 2005.
 

Nizar V'8! BNM Siasat Pemindahan RM10 Juta Oleh MB NS



Bank Negara (BNM) sedang menyiasat seorang pengurup wang tempatan yang didakwa terbabit dalam pemindahan RM10 juta ke London oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan pada 2008.

BNM mengesahkannya semalam tetapi enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih berjalan.


MB Negeri Sembilan

"Sebagai sebahagian daripada prosedur siasatan, pihak bank akan memaklumkan kepada pihak berkuasa yang berkenaan hasil siasatanya yang di luar bidangkuasa Bank Negara untuk tindakan mereka selanjutnya.

"Sebaik sahaja siasatan siap, BNM akan merujuk perkara itu kepada pejabat Peguam Negara," katanya dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.



Sebelum ini, pengarah strategi PKR, Tian Chua mendakwa Mohamad mungkin telah melanggar undang-undang pembankan negara kerana didakwa memindahkan RM10 juta melalui seorang pengurup wang.

Tian Chua juga mendedahkan bahawa Mohamad telah menggunakan perkhidmatan Salamath Ali Money Changer Sdn Bhd untuk memindahkan wang tersebut ke London.

Semalam, BNM berkata Salamath Ali telah melanggar Seksyen 30 Akta Pengurupan Wang 1998 dan lesennya telah dibatalkan pada 26 Oktober.

Mohamad yang juga ADUN Rantau, menjadi sasaran pembangkang sewaktu sidang dewan undangan negeri yang sedang berjalan.

Bagaimanapun, beliau enggan memberi penjelasan berhubung perkara itu.

Wakil rakyat pembangkang juga menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat perkara itu.

Semoga Yang Dipertuan Agong Cepat Sembuh.

Yang diPertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini berangkat ke Munich, Jerman bagi menjalani pembedahan lutut di Pusat Perubatan Klinikum Rechts Der Isar, Isnin ini, demikian menurut kenyataan Istana Negara.




Keberangkatan baginda turut diiringi Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah dan dua anakanda baginda serta dua pakar perubatan iaitu Pakar Ortopedik Kanan Hospital Selayang Dr Ramli Baba serta Pakar Ortopedik Hospital Besar Kuala Lumpur Dr Mohd Asri Ghapar.

Kenyataan itu juga menyebut pembedahan itu akan dilakukan oleh sekumpulan pakar perubatan di pusat berkenaan yang diketuai Prof Andreas B.Imhoff.



Baginda dijangka menjalani pemulihan selama satu minggu di pusat perubatan berkenaan setelah menjalani pembedahan.

"Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong juga meminta seluruh rakyat agar tidak berasa gusar dan mendoakan pembedahan baginda berjalan lancar dan berjaya serta sentiasa dipelihara oleh Allah S.W.T agar segera pulih bagi menjalankan tugas seperti biasa," menurut kenyataan itu. - BERNAMA

Jumaat, 27 November 2009

Nizar V'8! Konsep Kepimpinan Pas

Oleh Mohd Sayuti Omar



Apa bila membicarakan Pas dan kawarakannya (keIslaman) aspek paling penting ialah mengenai kepimpinan. Apakah Pas benar-benar mengamalkan konsep dan prinsip kepimpinan Islam di dalam parti dan juga kerajaannya di Kelantan dan Terangganu empat tahun lalu - (1990 - 2004)? Dalam kontek bernegeri (Kelantan) apakah pemimpinnya ampuh mempertahankan konsep atau istiqamah berpegang kepada prinsip ad-din itu.


Dan apabila kita sebut konsep kepimpinan Islam tentulah mengambil falsafah dan juga ajaran Rasulullah. Kerana baginda adalah model dan juga contoh yang ideal. Hakikat ini bukan satu pemujaan buta tetapi diiktiraf oleh seluruh dunia.



Setiap mereka yang menerima kalimah syahadat sebagai pegangan dan akidah, harus menerima hakikat kehebatan Muhammad ini. Dan sebagai merealisasikan keyakinan hamba-Nya kita kena patuh dan akur kepada setiap ajaran-Nya. Mengikuti Muhammad bukan saja mengakui akan kenabian dan kerasululannya atau mengkagumi mukjizatnya, tetapi melaksanakan dan mengamal apa yang diseru olehnya. Malahan itulah yang lebih afdal dalam hubungan keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Itulah baru dikatakan mukmin dan manusia sebenarnya dalam hubungan dengan Pencipta.

Apakah prinsip atau dasar kepimpinan Islam atau Muhammad itu? Dengan mudah ia dapat disimnpulkan konsep atau kerangka kepimpinan Islam (Muhammad) itu ialah berpandukan kepada sifat dan prinsip terpuji, seperti siddik, amanah, fatanah, dan tabligh. Sifat-sifat inilah yang menjadi pendoman dan juga rangka falsafah dan dasar kepimpinan yang menjadi asas kepimpinan serta pemerintahan khalifah Islam.

Itulah empat sifat yang ada kepada Rasulullah dan menjadi prinsip atau dasar kepimpinan baginda. Cubalah kita sama-sama menghayati apakah erti atau falsafah di sebalik empat sifat berkenaan. Dan cuba pula lihat dan cari sejauh manakah sifat berkenaan menjadi 'makan minum' atau ikutan dan anutan kepada para pemimpin di negara ini yang mengaku memperjuangkan Islam?

1. Siddik - Ialah benar, boleh dipercayai dan diyakini. Apa-apa yang lahir dari mulut pemimpin ini adalah kebenaran di dunia dan di akhirat. Sesuatu yang hendak dilaksanakan adalah menempati kehendak Allah dan keRasululannya. Kerajaan atau pemimpin yang siddik akan membawa kesejahtraan rakyatnya di dunia dan di akhirat - tempat yang tidak terjangkau oleh sekalian manusia di mana di sanalah manusia hidup kekal dan abadi.



Rasulullah dengan mukjizat dan wahyunya dapat mencapai sesuatu yang ghaib itu. Maka dia membaca berita dan juga perkhabaran ghaib itu agar direbut dan diamalkan oleh manusia. Pemimpin ini (baginda) mengajar kebaikan dan tidak sesekali keburukan. Itulah sebabnya beliau maksum. Apa juga yang terkandung dalam siddik ini jujur dan ikhlas. Baginda seorang pemimpin yang tidak mengejar pangkat dan kebendaan. Menjaga harta negeri dan membahagikan kepada rakyat secara adil dan saksama. Apa yang dikejarkan hanya keredhaan Allah (mardthatillah) semata-mata. Baginda juga tidak takut kepada kuasa lain selain daripada kuasa Rabuljalil, Penciptanya dan seluruh isi alam ini.

2. Amanah - Ialah sifat bertanggungjawab kepada tugas dan perintah yang dimandatkan. Menjalankannya dengan penuh ketanggungjawaban dan tidak merasa ianya suatu bebanan. Berlaku adil kepada semua pihak. Meletakkan sesuatu itu ditempatnya berpandukan sumber hukum dan bukan logik akal manusia. Tidak ada diskriminasi atau beza membeza antara seseseorang dengan seorang yang lain seperti mana penegasan Rasulullah bahawa tidak ada beza antara orang ajam dengan orang Arab. Tidak sesekali mengutama anak beranak, kroni dan sahabat handainya. Sebaliknya paling diutamakan rakyat jelata.

3. Fatanah - ialah bijaksana (intelektualisme) dalam memikul tugas dan juga menyelesaikan apa-apa yang berlaku. Berpandangan jauh dan bersikap terbuka. Memberi kesenangan dan kemudahan kepada rakyat atau kelompok yang dipimpinnya. Bijak mengatur perdamaian dengan dunia bukan saja sesama sendiri tetapi dengan puak dan orang luar juga termasuk musuh. Kebijaksanaan inilah yang akan menentukan apakah kebenaran dan amanah tadi terlaksana dengan jaya atau tidak. Bersifat membawa kesejahtraan sejagat (universal) dan bukan sesuatu kelompok sahaja.

4. Tabligh - ialah menyebar dan mendakwah dan menyampaikan ilmu. Bersifat menjadi sumber ilmu kepada rakyat untuk bertakwa dan beriman kepada Allah. Seumpama sebatang sungai yang memberi manfaat kepada setiap yang memerlukannya, alam, manusia dan sebagainya. Pandai berkomunikasi dengan seluruh alam dan seluruh spesis manusia. Itulah sifat dan fungsi seorang pemimpin agung.

Sesungguhnya apa yang ditunjuki Rasulullah tidak ada keraguan kerana keagungannya diiktiraf oleh semua bangsa di dunia ini.

Kewajiban Pemimpin Pas

Dalam hal ini para pemimpin Pas bukan lagi harus malahan wajib melengkapkan diri mereka dengan sifat dan syaksiah berkenaan. Ini kerana Pas sebagai parti yang mewarisi perjuangan daripada Rasulullah. Pemuka Pas sering mendakwa perjuangan mereka adalah tali rantai dengan perjuangan Muhammad s.a.w. Justeru mereka harus memastikan setiap daripada mereka mempunyai sifat-sifat demikian.

Hari ini Pas selaku harakah Islam adalah satu organisasi yang memegang perintah dan amanah Allah secara langsung. Menerima pengakuan itu Pas tidak boleh main-main. Dalam senarai pertubuhan Islam di Malaysia, Pas berada di tempat paling hadapan berbanding dengan Umno. Justeru dalam hisab Tuhan besok, Paslah yang pertama yang disoal oleh-Nya. Justeru bagi pemimpin Pas mereka lebih bertanggungjawab kepada Allah berbanding pemimpin Umno.

Kita tidak mahu mencari kesilapan dan kesalahan pemimpin Pas khususnya di Kelantan. Apakah mereka sudah berpegang dan mengamalkan prinsip dan sifat berkenaan? Ia terpulang di atas pandangan dan juga pemerhatian masing-masing. Tetapi apa yang hendak diperkatakan di sini, bahawa sifat berkenaan harus ada kepada diri setiap daripada pemimpin Pas. Pemimpin Pas harus mempunyai sifat demikian, barulah falsafah atau konsep kepimpinan Rasulullah (Islam) yang dilaungkan menjadi kenyataan.




Kalau diri mereka juga bakhil atau naif dengan sifat dan keperibadian (syaksiah itu) maka tidak ada maknalah mereka melaungkan diri mereka sebagai pejuang Islam. Apa lagi di era kepimpinan ulama yang dipelopori Nik Abdul Aziz Nik Mat (Tok Guru) yang sudah berada di hujung waktu ia menjadi semakin penting dan terdesak, dan bukan sesuatu yang diretorikan semata-mata.

Siapakah Pemimpin?

Siapakah yang dikatakan pemimpin Pas (kerajaan Kelantan?). Secara mudah ia boleh dipecah kepada tiga kategori pemimpin. Pemimpin parti, pemimpin kerajaan dan kakitangan kerajaan. Tapi secara umumnya semua pihak yang bertanggungjawab membentuk dasar dan polisi kerajaan negeri adalah pemimpin. Dilihat dari sudut ini mereka itu ialah terdiri daripada Menteri Besar, anggota Exco, pegawai kerajaan. Jika diturunkan lagi, wakil rakyat, ahli parlimen dan jentera kerajaan negeri seluruhnya termasuk unit khalaqah, penghulu, penggawa, penyelia Dun/Parlimen dan sebagainya adalah pemimpin.

Inilah entiti bertanggungjawab atas apa-apa bebanan dan juga risiko ke atas kerajaan Kelantan hari ini. Jadi mereka ini semua perlu melengkapkan diri dan dilengkapkan dengan prinsip kepimpinan Rasulullah atau Islam tadi.

Kalau mereka ini tidak mempunyai syaksiah itu, maka laungan untuk menegakkan Islam akan menjadi sia-sia saja. Di dalam hal ini Pas tidak boleh main-main atau munafik. Mereka tidak boleh melaungkan slogan kepimpinan ulama atau Islam. Apa yang penting mengamal dan mempraktikkannya. Setiap sendi kumpulan yang bergelar pemimpin harus mempunyai sifat, sikap dan syaksiah berkenaan.

Jika mereka tidak memilikinya apa yang dilaungkan itu ianya tidak memberi apa-apa kesan. Lebih penting dari itu mereka bukan setakat kena pamerkan syaksiah kepimpinan demikian tetapi menghayati dan mempraktikkannya. Mereka perlu menjadi contoh dan teladan kepada rakyat. Bukan saja dimulut tetapi kena praktikan di dalam kehidupan seharian. Dengan cara itu sajalah baru kepimpinan Islam (ulama) itu membawa makna dan erti dan seterusnya penegasan Allah bahawa Muhammad diutuskan ke dunia ini untuk membawa "rahmantalialamin" benar-benar menjadi kenyataan

Nizar V'8! Muhyiddin Amal Politik Primitif:-Mahfuz


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dituduh mengamalkan politik ‘zaman batu’ apabila menyarankan Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaliegh Hamzah berfikir dahulu sebelum bersetuju dilantik Pengerusi Kaukus Petroleum bagi menuntut royalti minyak Kelantan.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, permintaan Muhyiddin itu menggambarkan sikapnya yang terikat dengan stigma kepartian berbanding sikap memperjuangkan kepentingan rakyat.

“Sikap Muhyiddin tidak memperlihatkan mahu memperjuang kepentingan rakyat sebaliknya masih terikat dengan stigma sempit kepartian. Dia amalkan politik zaman batu, di mana tidak boleh menerima pandangan orang lain untuk kepentingan rakyat dan negara,” katanya yang dipetik dalam laman blognya semalam. 



Kelmarin, Muhyidin membuat gesaan kepada Ahli Parlimen Gua Musang, itu supaya berfikir dan menjaga kepentingan parti sebelum menyertai kaukus tajaan PR itu.Gesaan itu dibuat setelah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan Tengku Razaliegh bersedia untuk mempengerusikan kaukus di Parlimen.:

Mahfuz juga menasihati Muhyiddin agar meninggalkan amalan politik primitif kerana cuba mengkhianati prinsip persekutuan-negeri, seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

”Muhyiddin cuba mengkhianati prinsip persekutuan-negeri, seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan... dia patut tinggallah politik primitif itu sebab negara sekarang sedang menuju politik baru yang berasaskan maklumat, keadilan perlembagaan dan mengutamakan kepentingan rakyat,” katanya. 



Sebelum ini, Tengku Razaliegh antara nama yang disebut PR selain bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas yang layak bagi mengetuai kaukus di Parlimen.

Kedudukannya sebagai bekas Menteri Kewangan era 1970-an dan pernah mengikuti siri perjanjian persefahaman (MoU) Akta Pembangunan Petronas menyebabkan beliau layak memimpin badan bebas terbabit di bawah kuasa Parlimen.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails