Geng Aku

Sabtu, 17 April 2010

Zaid Yakin Menang Undi Melayu.


Di sebalik imej 'liberal' yang sering dikaitkan padanya, calon PKR bagi pilihan raya kecil Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim yakin dapat memenangi hati pengundi di kawasan parlimen tersebut, termasuk masyarakat Melayu.

Katanya, walaupun terdapat tinjauan bahawa orang Melayu selesa dengan pendekatan seperti Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) - yang lantang bersuara dalam isu-isu Melayu - beliau "tidak akan menggadaikan prinsip demi populariti".

"Apa pun (keputusan) tinjauan, saya yakin, saya faham orang Melayu, saya faham orang Islam. Dan saya akan buktikan pada (hari pengundian) 25 haribulan (April) ini," kata Zaid.

Sebuah badan peninjau bebas Merdeka Centre sebelum ini pernah mengadakan tinjauan tentang penerimaan orang Melayu terhadap pendekatan PERKASA, di mana mendapati lebih separuh daripada mereka menyokongnya.

Zaid pula yang terkenal sebagai 'gergasi firma guaman' di Malaysia dilihat pelbagai pihak sebagai lebih 'liberal', 'urban' dan kononnya tidak cocok dengan imej Melayu tradisional.

Ketika diwawancara Malaysiakini di kediaman mewahnya di Petaling Jaya kelmarin, Zaid menolak keras label itu dan menyifatkannya sebagai hanya "propaganda".

"Liberal itu ertinya apa? Itu Umno punya propaganda," katanya sambil mendakwa perkataan yang digunakan itu mempunya konotasi negatif.

"Apa yang liberal sangat, yang ditakuti sangat itu? Hak rakyat tak kira bangsa kita kena bela."

Zaid yang juga bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, beliau yakin cukup faham dengan masalah orang Melayu di Hulu Selangor.

"Saya lebih faham masalah Felda (Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan) daripada orang BN. Kalau orang BN faham pun dia takut hendak bersuara. Itu bezanya," katanya.

Review Filem Hooperz.


Hooperz mengisahkan tentang sekumpulan pelajar yang bermain dalam sebuah pasukan bola jaring. Variasi karekter dan latar belakang dalam pasukan ini di himpunkan menjadikan sebuah kisah yang menarik.

Gelangang bola jaring menjadi tempat bagi mereka untuk lari dari kehidupan rutin mereka yang membosankan.
Kesemua mereka ini kemudiannya membentuk sebuah pasukan bola jarring yang di namakan Hooperz. Walaupun pelbagai rintangan yang berlaku terhadap karekter-karekter ni, namun mereka tidak menjejaskan semangat mereka untuk ke pertandingan akhir Kejohanan Bola Jaring Tahunan.

Filem ini akan ke pawagam berhampiran anda pada 22 april ini.
Para pelakon yang menjayakan filem ini terdiri daripada,

:
Wan Zulaikha (Pelakon Utama)
:
AJ (Pelakon Utama)
:
Nino (Pelakon Utama)
:
Sue Wei (Pelakon Utama)
:
Atylia (Pelakon Utama)
:
Saidatul (Pelakon Utama)
:
Prof Iqbal (Pelakon Pembantu)
:
Coach D (Pelakon Pembantu)
:
Coach Q (Pelakon Pembantu)
:
Nik (Pelakon Pembantu)
:
Wan Shamsuri (Pelakon Pembantu)
:
Wan Zurina (Pelakon Tambahan)
:
Emak Saidatul (Pelakon Tambahan)
:
Dato Azimin / Ayah Azwar (Pelakon Tambahan)
:
Datin Raudah / Emak Azwar (Pelakon Tambahan)

Mugilan Dakwa Ditawar Wang, Tanah Kempen Untuk PKR???


Timbalan ketua Pemuda MIC pusat, V Mugilan mendakwa telah ditawarkan wang dan tanah untuk berkempen bagi PKR setelah namanya 'digugurkan' daripada dicalonkan untuk pilihan raya kecil Hulu Selangor.

Beliau yang juga ketua Pemuda MIC Hulu Selangor mendakwa tawaran tersebut dibuat oleh seseorang yang "cukup besar".

Beliau bagaimanapun enggan menamakan individu berkenaan, yang menurutnya membuat tawaran tersebut melalui satu panggilan telefon.

Bercakap dalam satu sidang media di Batang Kali, Hulu Selangor hari ini, Mugilan berkata beliau bagaimanapun tidak membuat laporan polis berhubung tawaran kepadanya semalam.

"Sebab saya tidak beri komitmen kepada tawaran itu," kata beliau yang juga berkata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin juga telah menelefon beliau semalam untuk "memujuknya."

"Semalam dia telefon saya suruh saya bersabar," kata Mugilan yang juga mendakwa namanya telah "dipropaganda" pihak tertentu yang mengatakan beliau telah melobi untuk menjadi calon.

Katanya, beliau juga tidak bertindak "menghalang" Datuk G Palanivel, yang sebelum ini disebut-sebut sebagai calon BN.

Tambahnya, beliau juga tidak melakukan apa-apa kesalahan dan tidak sepatutnya dikenakan sebarang tindakan.

"Ini bukan parti sendirian berhad," kata Mugilan dan menjelaskan bahawa pemimpin parti tidak seharusnya bertindak mengenakan tindakan sewenang-wenangnya.

"Saya tidak tahu siapa yang buat (dakwaan). Mungkin pembangkang atau mungkin dari dalam parti sendiri," katanya.

Tambahnya, beliau akan tetap beri sokongan kepada BN "kerana PM dan TPM adalah orang baik" dan akan membantu P Kamalanathan dengan memperkenalkan calon parti itu kepada pengundi.

"Ada yang kata saya bawa Tengku Adnan (Mansor) untuk lobi kepada PM. Saya tidak melakukan lobi kepada sesiapa. Sila tanya PM adakah saya lobi kepada beliau?," soalnya.

Jumaat, 16 April 2010

Dian Sastrowardoyo Tamat Kan Zaman Bujang Mei Ini.

 
Persiapan majlis nikah aktres jelita, Dian Sastrowardoyo dengan pengusaa muda, Indarguna Sutowo nampaknya sudah hampir seratus-peratus siap.

Bapa saudara Dian, Rully memberitahu, fokus mereka sekarang ini adalah untuk menyiapkan pula senarai tetamu undangan.

Dian & Indra

"Untuk akad nikah, pihak kami akan mengundang 400 tetamu, manakala untuk majlis resepsi pula sebanyak 4,000 undangan.

"Mengikut perancangan, majlis akad nikah ini nanti akan dilakukan di Hotel Dharmawangsa manakala majlis resepsi akan dilangsungkan di JCC (Jakarta Convention Center).


"Setakat ini, kita tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan tempat-tempat yang disebutkan ini. Asalkan waktunya okey dan punya kekosongan, kita akan gunakan kesempatan ini dengan sebaik," katanya.

Menurut Rully lagi, jika tiada ada halangan, ,majlis pernikahan Dian dan Indra ini nanti akan dilangsungkan para pertengahan Mei. Namun, pemilihan tarikh waktu yang tepatnya masih mendapat pengesahan lagi.

"Hanya tinggal masalah undangan saja yang belum diselesaikan lagi dan kita harus senaraikan nama-nama tetamu yang akan diundang," katanya lagi.


Dian Sastrowardoyo sudah membintangi beberapa filem di Indonesia. Antara filem yang dibintanginya adalah Ungu Violet, Pasir Berbisik serta Ada Apa Dengan Cinta yang terjual laris di beberapa negara termasuk Malaysia.

BN Jangan Terlalu Taksub Untuk Menang.


Barisan Nasional (BN) diingatkan jangan terlalu optimis akan mencapai kemenangan dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor kali ini.

Demikian dinyatakan oleh Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang, Sim Tze Tzin  sebagai mengulas dakwaan Umno dan BN akan berjaya meraih sokongan dalam pilihan raya kecil itu pada 25 April ini.

Menurut beliau lagi, BN seharusnya memberi tumpuan terhadap masalah dalaman yang semakin serius dalam komponen partinya sebelum membuat pelbagai dakwaan terhadap PKR dan Pakatan Rakyat (PR).


Beliau yang juga Adun Pantai Jerejak berkata, pemimpin BN sepatutnya memuhasabah diri dan melihat apakah kekurangan yang ada pada mereka.

“Saya yakin sekiranya mereka dapat menilai dan meilihat kembali keburukan dan kejahatan yang mereka lakukan selama memerintah negeri Selangor maupun dalam negara ini, maka sudah semestinya mereka sedar bahawa mereka telah melakukan begitu banyak kezaliman kepada rakyat yang tidak memihak kepada mereka.


"Masalah dalaman yang berlaku dalam parti mereka sengaja mereka tutup supaya ia tidak meletup dan memberi impak yang buruk kepada mereka. Manakala PR sentiasa kukuh dan padu dalam apa jua isu yang mereka timbulkan,” ujarnya.

Bagaimanapun, katanya pemimpin PR sedikit pun tidak melatah dengan isu yang sengaja mereka manipulasikan.

"Namun begitu saya yakin, dalam membuat keputusan dalam pilihan raya kecil yang akan diadakan pada 25 April ini, PR akan berjaya mengekalkan kemenangan berdasarkan kepada prestasi yang telah dipamerkan oleh kepimpinan kerajaan negeri Selangor dan juga PR dalam menangani masalah rakyat dan memberi khidmat kepada setiap golongan masyarakat," katanya.

PRK Sibu, 8 Mei Penamaan Calon,16 Mei Undi.


Suruhanjaya Pilihan Raya sebentar tadi mengumumkan pilihan raya kecil parlimen Sibu ditetapkan pada Ahad, 16 Mei ini.
Menurut pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, penamaan calon pula ditetapkan pada Sabtu, 8 Mei.

Beliau membuat pengumuman itu selepas mengadakan mesyuarat hampir tiga jam di pejabat SPR di Shah Alam.

Abdul Aziz berkata, Perkara 54(1) Perlembagaan Persekutuan telah mensyaratkan supaya kekosongan kerusi yang berlaku perlu diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan.

Kerusi parlimen Sibu kosong berikutan kematian ahli parlimennya yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Robert Lau Hui Choi, minggu lalu.

Lau, 68, dari SUPP memenangi kerusi tersebut pada pilihan raya umum 2008 dengan majoriti 3,235 undi. Beliau menewaskan calon DAP Wong Ho Leng dan calon PKR Lim Chin Chuang.

Dia mendapat 19,138 undi manakala Wong mendapat 15,903 undi dan Lim (812).

Lau mewakili parlimen Sibu sejak 1990.

Dalam pilihan raya umum 2008, parlimen Sibu mempunyai 53,679 pengundi, dengan majoriti kaum Cina (60 peratus), Melanau (20 peratus), Iban (18 peratus) dan Orang Ulu (1.1 peratus).

Keluarga Lau memiliki kumpulan KTS - sebuah konglomerat yang terbabit dalam industri pembalakan dan media.

Kumpulan KTS memiliki beberapa akhbar termasuk Borneo Post dan Oriental Daily News.

Ezlynn Patah Kaki.



Menyepikan diri untuk seketika daripada seni suara yang diminati sejak dulu lagi. Segalanya atas nasihat pakar perubatan selepas kaki Ezlynn disahkan patah dan terpaksa berehat tiga bulan tanpa melibatkan diri dengan aktiviti seni. Kejadian berlaku di rumahnya sendiri sekitar Februari lalu.

"Mula-mula terjatuh saya ingat tak ada apa-apa tapi bila nak jalan sakit sangat. Bila pergi x-ray baru tahu kaki kanan saya patah. Saya kena buat minor operation dan tiga skru dimasukkan ke dalam kaki kanan.



"Bila jadi macam ni, susah nak menyanyi sebab selalunya saya aktif di atas pentas. Tak puas kalau menyanyi sambil duduk so better saya tak ambil apa-apa tawaran buat masa ini. 

Tawaran untuk Hotel Mania pun terpaksa ditolak sebab saya jatuh sehari sebelum shooting.

"Bila duduk di rumah, saya banyak habiskan masa melayan peminat di Facebook. Dan sebab duduk rumah tak buat apa-apa, berat naik tiga kilo buatkan saya lagi stress," ujar duta produk kecantikan Shurah ini.


Bakal Berkahwin 11.11.2011

Menginjak umur 29 dan khabarnya Ezlynn sudahpun bertemu jejaka pujaan hatinya yang juga seorang usahawan. Masih dalam proses mengenali hati budi namun bagi Ezlynn sendiri, dia tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi kerana serik dengan pengalaman cinta yang lepas.

"Sekarang semuanya bukan lagi mengenai cinta sepenuhnya tapi lebih kepada responsibility. Saya pernah rasa first love dan merana sebulan bila kami putus sebab itu saya tak mahu terlalu beria sangat sekarang ni. Sebagai perempuan kita jangan bagi sepenuh hati dekat lelaki, bagi separuh hati cukuplah (ketawa).


"Saya sukakan dia sebab dia bertanggungjawab dan rapat dengan family. Harap-harap semuanya menjadi dengan dia," ujar Ezlynn yang mengenali si dia tiga tahun lepas.

Selepas ini Ezlynn akan sibuk dengan promosi single terbaru, Tic Tac Toe. Lagu rancak ciptaan Noh Hujan ini merupakan penampilan pertama Ezlynn selepas bernaung di bawah Alibi Music. Semoga kaki Ezlynn cepat sembuh dan bertemu jodoh. Mendengarkan lagu Tic Tac Toe tak mustahil karier Ezlynn bakal menyinar kembali.

Tian Chua Tidak Percaya ADUN Bakar Arang Lompat Secara 'Percuma'.


Tindakan Ahli Dewan Udangan Negeri (ADUN) Bakar Arang, Tan Wei Shu keluar parti menjelang pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, didalangi Umno Barisan Nasional bagi mengimbangi pergeseran dalaman MIC.

Demikian kata Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua yang yakin Umno-BN akan sedaya upaya mensensasikan isu keluar parti itu bagi menutup masalah pemilihan calon di Hulu Selangor. 


Ahli Parlimen Batu itu juga tidak percaya ADUN Bakar Arang tidak dijanjikan sebarang imbuhan apabila keluar parti ketika bahang pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor semakin panas.

“Saya tidak percaya dia (Wei Shu) keluar percuma sahaja. Saya tidak percaya dia pilih pada pilihan raya kecil Hulu Selangor untuk keluar dan dia tidak diberi 'reward'. Saya tidak percaya.


“Kita boleh jangka kerana kekecohan pemilihan calon MIC. Kita tahu Umno dan MIC tidak sepakat dalam menentukan calon untuk mewakili BN. Dengan berita Tan Wei Shu keluar parti, mereka harap dapat mengalih pandangan dari kemelut dalaman Umno-BN," katanya.

Kepada satu soalan, Tian Chua juga menolak keras spekulasi liar, kononnya wujud masalah dalaman antara Wei Shu dengan Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.


“Sebenarnya keputusan untuk ganti dia (Wei Shu) datang dari kepimpinan parti bukan dari Ahli Parlimen Sungai Petani. Saya dan Ahli Parlimen Sungai Petani hanya menyampaikan mesej kepimpinan kepada Tan Wei Shu,” katanya.

Bercakap kepada TV Selangor, Tian Chua berkata, tindakan Tan sudah dijangka apabila digugur dari senarai exco kerajaan Kedah Mac lalu berikutan gagal menunjukkan prestasi baik dalam dua tahun perkhidmatan.

Parti Keadilan Rakyat (PKR), katanya terpaksa menggugurkan Wei Shu berikutan ADUN Bakar Arang itu dilihat tidak mampu menunaikan tanggungjawab dengan baik kepada rakyat.

“Kita sudah jangka Wei Shu mungkin lompat tetapi kita tetap tukar kerana dia pegang jawatan Exco. Oleh kerana prestasinya tidak memuaskan, kita tidak nampak dia mampumenjalankan tugas sebagai Exco dalam kerajaan negeri," katanya.

Gambar Erra Fazira Di Tanah Suci.

Dengan Aleesya




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails