Geng Aku

Jumaat, 16 April 2010

Ezlynn Patah Kaki.



Menyepikan diri untuk seketika daripada seni suara yang diminati sejak dulu lagi. Segalanya atas nasihat pakar perubatan selepas kaki Ezlynn disahkan patah dan terpaksa berehat tiga bulan tanpa melibatkan diri dengan aktiviti seni. Kejadian berlaku di rumahnya sendiri sekitar Februari lalu.

"Mula-mula terjatuh saya ingat tak ada apa-apa tapi bila nak jalan sakit sangat. Bila pergi x-ray baru tahu kaki kanan saya patah. Saya kena buat minor operation dan tiga skru dimasukkan ke dalam kaki kanan.



"Bila jadi macam ni, susah nak menyanyi sebab selalunya saya aktif di atas pentas. Tak puas kalau menyanyi sambil duduk so better saya tak ambil apa-apa tawaran buat masa ini. 

Tawaran untuk Hotel Mania pun terpaksa ditolak sebab saya jatuh sehari sebelum shooting.

"Bila duduk di rumah, saya banyak habiskan masa melayan peminat di Facebook. Dan sebab duduk rumah tak buat apa-apa, berat naik tiga kilo buatkan saya lagi stress," ujar duta produk kecantikan Shurah ini.


Bakal Berkahwin 11.11.2011

Menginjak umur 29 dan khabarnya Ezlynn sudahpun bertemu jejaka pujaan hatinya yang juga seorang usahawan. Masih dalam proses mengenali hati budi namun bagi Ezlynn sendiri, dia tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi kerana serik dengan pengalaman cinta yang lepas.

"Sekarang semuanya bukan lagi mengenai cinta sepenuhnya tapi lebih kepada responsibility. Saya pernah rasa first love dan merana sebulan bila kami putus sebab itu saya tak mahu terlalu beria sangat sekarang ni. Sebagai perempuan kita jangan bagi sepenuh hati dekat lelaki, bagi separuh hati cukuplah (ketawa).


"Saya sukakan dia sebab dia bertanggungjawab dan rapat dengan family. Harap-harap semuanya menjadi dengan dia," ujar Ezlynn yang mengenali si dia tiga tahun lepas.

Selepas ini Ezlynn akan sibuk dengan promosi single terbaru, Tic Tac Toe. Lagu rancak ciptaan Noh Hujan ini merupakan penampilan pertama Ezlynn selepas bernaung di bawah Alibi Music. Semoga kaki Ezlynn cepat sembuh dan bertemu jodoh. Mendengarkan lagu Tic Tac Toe tak mustahil karier Ezlynn bakal menyinar kembali.

Tiada ulasan:

Catat Komen

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails