Geng Aku

Isnin, 18 April 2011

Hadi: PAS muhasabah pugar gerombolan lawan


Keputusan pilihan raya negeri Sarawak dianggap satu muhasabah terhadap langkah dan strategi parti itu dalam memugar gerombolan lawan, kata presidennya, Datuk Seri Hadi Awang.

sarawak election sibu dap ceramah 110411 hadi awang“Tentunya masih banyak yang perlu ditambah baik oleh kita semua supaya pendekatan kita akan menjadi lebih efektif, dan mampu untuk merobohkan tembok besar yang masih berlegar dalam ruang pemikiran pengundi yang ada di depan kita.

“Apapun, sekali-kali setiap anggota jentera parti tidak seharusnya merasa lemah dan kecewa dengan keputusan pilihan raya yang sama-sama kita ketahui itu,” katanya dalam satu kenyataan.

PAS pada pilihan raya negeri Sarawak Sabtu lalu bertanding di lima kerusi - Tanjung Datu, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau dan Beting Maro.

Namun mereka tumbang di kelima-lima kerusi yang semuanya kawasan majoriti Melayu-Melanau.

NONEPencapaian terbaik bagi PAS adalah di Beting Maro yang calon mereka tewas tipis dengan majoriti 436 undi kepada calon BN.

Calon PAS, Abang Ahmad Kardee Abang Masagus mendapat 2,578 undi manakala calon BN, Razaili Gapor, yang memperolehi 3,014 undi.
Penat lelah.

“Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh jentera pilihan raya PAS dari pelbagai peringkat serta orang perseorangan yang bertungkus-lumus dan menyumbang tenaga, masa dan wang ringgit dalam menghadapi pilihan raya negeri Sarawak yang baru sahaja berakhir.

NONE“Tahniah juga kepada semua calon PAS yang mampu berhadapan dengan segala bentuk cabaran dan rintangan tanpa penat dan lelah sepanjang tempoh berkempen itu,” kata Hadi.

Sehubungan itu, presiden PAS itu menasihatkan semua calon mereka supaya terus berkhidmat kepada masyarakat dengan membawa mesej yang jelas tanpa mengira waktu dan ketika.

“PAS juga ingin menyampaikan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pengundi yang memilih PAS dalam pilihan raya ini. Kami semua tidak akan mengecewakan tuan-puan sekalian, insya-Allah kami akan terus berkhidmat kepada semua menerusi calon dan jawatankuasa PAS di peringkat masing-masing,” katanya.

Menurut Hadi, beliau juga telah mengarahkan Pesuruhjaya PAS Sarawak bagi menentukan masa, kaedah dan tempat yang sesuai untuk meraikan calon dan seluruh petugas pilihanraya PAS di Sarawak menerusi satu majlis khusus yang akan diadakan nanti.

NONE“Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Mohamad Izan Yaakob, yang juga merupakan petugas PAS dari Kelantan yang telah kembali ke rahmatullah di bilik gerakan DUN Beting Maro pada hari pengundian dijalankan.

“Semoga Allah merahmati roh beliau dan ditempatkan di kalangan para solihin,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Komen

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails