Tahun lepas, penyanyi lagu Kau Dan Aku, Aizat meraih tempat ketiga  Lagu Terbaik (Lagu Kita) dan Anugerah Khas Khas Juri di Festival Muzik  Pop Antarabangsa-Discovery 2009 yang diadakan di Varna, Bulgaria.
Sebelum Aizat membawa pulang kemenangan tersebut, juara Akademi  Fantasia 5 (AF5), Mila Jirin terlebih dulu mewakili Malaysia dalam  majlis anugerah yang sama pada 2008 dengan mendapat Anugerah Khas Juri  bagi Lagu Terbaik (Ilham Di Matamu).alah, Mila turut diangkat sebagai  peserta Asia dan Asia Tenggara termuda yang pernah menyertai  pertandingan tersebut sejak ianya diperkenalkan 18 tahun lalu.
Tahun ini, tiba pula giliran juara AF6, Stacy ke Bulgaria. Gadis  kelahiran Sabah ini akan menyertai Festival Muzik Pop  Antarabangsa-Discovery 2010 pada sekitar Mei nanti.
“Stacy sudah pun dimaklumkan oleh pihak pengurusan bahawa Stacy akan ke  Bulgaria Mei depan. Namun, Stacy masih belum terima tarikh pengesahan  untuk bertolak ke sana. Tapi, mengikut perancangan, Stacy akan mewakili  Malaysia bagi 2 kategori iaitu persembahan dan lagu.
“Bagi kategori persembahan, Stacy akan membawakan lagu Pakai Buang.  Tapi...Stacy masih belum pilih lagu yang sesuai lagi lagi untuk kategori  lagu. Kalau tak silap, Stacy kena nyanyi lagu berentak balada untuk  kategori tersebut. Dalam fikiran Stacy sendiri, Stacy tak tahu nak  nyanyi lagu apa. Yang penting, Stacy akan cuba buat yang paling baik  untuk mengharumkan nama negara,” jelasnya.
Apapun, Stacy bakal beraksi pada Ahad ini (18 April 2010) bagi  memeriahkan Debaran AF8 selepas Aril dan Hafiz menampilkan aksi dan  persembahan yang mantap pada minggu lalu. 
Stacy memberitahu bahawa buat  pertama kalinya, dia akan menyanyikan single terbarunya, Jahat di  hadapan penonton.
“Malam itu nanti, Stacy akan menyanyikan lagu Jahat. Sebenarnya, lagu  ini sepatutnya hanya akan mula dilancarkan sebaik saja Stacy seleai  menjayakan penggambaran video muzik Jahat nanti. Namun, demi peminat,  Stacy akan menyanyikan lagu tersebut dalam showcase ini nanti.
  Kumpulan Evoke
“Selain lagu tersebut, Stacy akan menyanyikan beberapa lagu popular  yang lain. Lebih istimewa, Stacy akan berganding bahu semula dengan  kumpulan Evoke (masa menyertai GangStarz) untuk lagu Mengenggar Dunia.  Chaq Mentor (abang Stacy) pun akan beraksi bersama-sama.
“Adam tidak dapat bersama kerana ada masalah jadual bertindan. Stacy  akan menari sakan dipentas untuk setiap lagu. Jadi, kepada semua  peminat, diharap dapat menghadirkan diri pada showcase itu nanti. Pasti  ada kejutan dan kelainan,” katanya.
Bagi sesiapa yang berminat menonton showcase Stacy, anda dijemput hadir  ke Dewan Sri Putra Bukit Jalil, Ahad ini pada jam 8 malam sambil  mengetahui siapakah pelajar AF8 yang bakal tersingkir minggu ini. Masuk  adalah percuma!






Tiada ulasan:
Catat Ulasan