Geng Aku

Selasa, 6 April 2010

BN Umum Calon 15 April, PKR Belum Buat Keputusan.


Calon Barisan Nasional (BN) untuk pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor akan diumumkan pada 15 April, dua hari sebelum tarikh penamaan calon.

“Datuk Seri Najib Razak dah putuskan calon terbabit dan memberitahu saya mengenainya, jadi ia akan diumumkan 15 April ini,” kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada media selepas menyaksikan perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix Petronas Malaysia di Litar Sepang, petang semalam.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai calon yang terpilih, sama ada daripada kalangan pemimpin tempatan dan calon dari luar kawasan. 


Menyentuh mengenai lawatan sehari Perdana Menteri ke Hulu Selangor, Muhyiddin berkata, Perdana Menteri memberitahunya mood penduduk di kawasan itu nampak bagus.

"Perdana Menteri berpendapat, nampaknya :mood: untuk pengundi kembali menyokong BN adalah lebih nyata dan jelas.

“Jadi kita mengharapkan akan berlaku perubahan momentum,” katanya. 


Sementara itu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mengadakan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) semalam belum menyentuh isu calon yang bakal mewakili parti itu pada pilihan raya kecil, 25 April.

Sebaliknya, Biro Politik dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) memutuskan untuk memberi mandat kepada jawatankuasa khas pemilihan, yang dipengerusikan presiden parti, memilih calon paling sesuai.

Pengarah Pilihan Raya PKR, Fuziah Salleh berkata, bilangan calon yang sedang dipertimbangkan memang ramai. 


"Jumlahnya sudah mencecah satu dozen berbanding minggu lalu dan ini satu perkembangan positif kerana menunjukkan rakyat ada keyakinan terhadap PKR dan mahu bertanding atas tiket parti ini.

“Kami memutuskan memberi mandat kepada presiden memilih calon, besar kemungkinan dibentangkan dalam mesyuarat biro politik nanti,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails