Geng Aku

Isnin, 29 Mac 2010

Nik Aziz Kekal Mursyidul Am PAS.


Majlis Syura Ulama PAS mengekalkan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Mursyidul Am parti itu dalam mesyuaratnya di sini Isnin.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata pelantikan Nik Aziz dibuat sebulat suara, sekalipun Menteri Besar Kelantan itu bersedia untuk berundur jika diminta berbuat demikian.

Abdul Hadi yang mengumumkan perkara itu di lobi Parlimen di sini hari ini berkata Mesyuarat Majlis Syura Ulama turut melantik Datuk Dr Harun Din sebagai timbalan Mursyidul Am.

Kesemua pelantikan itu ialah untuk tempoh lima tahun bermula tahun ini.


Presiden PAS itu turut menyifatkan pelantikan Nik Aziz menggambarkan kedudukan moral yang tinggi kerana beliau tidak mahukan jawatan itu sebaliknya dikekalkan jawatan.

Ditanya adakah keadaan kesihatan Menteri Besar Kelantan itu mengizinkan beliau untuk menjalankan tugasnya, Abdul Hadi berkata: "Dalam perjuangan Islam tiada istilah persaraan."

Abdul Hadi yang juga Anggota Parlimen Marang berkata sebagai Mursyidul Am PAS, Nik Aziz juga akan dibantu Majlis Syura Ulama dalam menjalankan tugas beliau.


Mengenai dakwaan Anggota Parlimen Bebas Kulim-Bandar Baru Zulkifli Noordin minggu lepas bahawa Nik Aziz juga antara mangsa fitnah dalam pakatan pembangkang, Abdul Hadi yang enggan mengulas menyerahkan perkara itu kepada cawangan PAS untuk menjawabnya.

Abdul Hadi berkata surat pelantikan Nik Aziz akan dihantar selepas ini.

Nik Aziz tidak hadir dalam mesyuarat Majlis Syura Ulama PAS hari ini.

Sementara itu ketika ditanya mengenai dakwaan dalam sebuah blog bahawa Abdul Hadi tidak menyokong agenda 16 Sept dicanang ketua pembangkang untuk mengambil alih kerajaan, presiden PAS itu berkata, "itu perkara sudah berlalu".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails