Geng Aku

Isnin, 19 April 2010

V.S Chandran Tarik Diri Dari Bertanding Di PRK Hulu Sgor.

 V.S Chandran Di Kiri Sekali.

Calon Bebas, V.S Chandran mengumumkan menarik diri daripada Pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor 25 April ini.

Bagaimanapun beliau sedang menunggu untuk mengadakan pertemuan dengan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi mengemukakan hasratnya itu secara rasmi.

"Saya akan tarik diri, tapi saya perlu mengisi borang dan menulis surat rasmi kepada SPR," katanya ketika ditemui di perkarangan Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor di sini.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan sebab penarikan diri tersebut.

Chandran juga menyatakan akan memberikan sokongan terhadap Barisan Nasional (BN).

"Saya akan beri sokongan penuh kepada BN.Saya tak kisah siapa calon, tapi saya mahu BN menang," katanya.

Dengan perkembangan terbaru ini, pilihan raya kecil kawasan itu hanya akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru di antara P. Kamalanathan(BN), Datuk Zaid Ibrahim (Parti Keadilan Rakyat) dan Johari Mohd Diah(Bebas).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails