Geng Aku

Ahad, 4 April 2010

Siapa Bintang Paling Popular ABPBH 2009?


Malam ini adalah detik-detik berlangsungnya Malam Kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 (ABPBH009) yang bakal bersiaran secara langsung dari Arena of Stars, Genting Hinglands, bermula jam 8 malam.

Bahangnya sudah makin dirasai terutama di kalangan artis yang bertanding. Siapakah yang akan pulang kemenangan bagi setiap kategori masing-masing? Siapa pula yang akan dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular?

Jika diimbas penganjuran ABPBH sejak 15 tahun lepas, Anugerah Bintang Paling Popular itu  pernah dirangkul  oleh Dato' Siti Nurhaliza Taruddin, Rosyam Nor, Saiful Apek, Mawi. 

Terbaru sekali yang memenanginya adalah Juara Raja Lawak Musim Kedua yang telah berjaya merampas takhta tersebut daripada Mawi. Sebelum ini Mawi yang juga Juara Akademi Musim ketiga telah berjaya mengekalkan kemenangannya selama tempoh 3 tahun berturut-turut sebelum ini. 


Adakah Nabil mampu berbuat perkara yang sama? Dengan pelbagai kontroversi yang melanda Nabil sejak kebelakangan ini, segelintir pihak berpendapat ia bukanlah sesuatu yang mustahil. Namun, segelintir pihak pula berpendapat berpendapat kontroversi itu sedikit-sebanyak  telah menjejaskan reputasinya.

Andai benar telahan ini, barangkali Anugerah Bintang Popular akan berpindah milik ke tangan artis lain. Soalnya siapa? Artis baru atau lama? 


Bukanlah satu kejutan kalau  ianya akan kembali semula ke pangkuan Mawi atau Siti. Namun, lebih tidak  mengejutkan seandainya artis baru seperti Aizat, Faizal Tahir, Stacy atau Yuna yang memenanginya. 

Kebetulan mereka mempunyai pengaruh yang cukup hebat dalam industri muzik tempatan kita dan kelompok peminat mereka juga sangat besar. 

Beberapa kejutan juga mungkin dapat dilihat menerusi beberapa kategori lain yang turut dipertandingkan di dalam ABPBH2009. 


Bagi kategori  Penyanyi Lelaki Popular, ramai yang meramalkan ia akan dimenangi oleh Faizal Tahir atau pun Aizat, manakala bagi kategori Penyanyi Wanita Popular pula tumpuan lebih diberikan kepada Stacy dan Yuna. Namun, pengaruh Siti masih tidak boleh diketepikan. 

Begitu juga dengan kategori Pelakon Filem Lelaki Popular dan Pelakon Filem Wanita Popular. Biarpun ia pernah dimenangi Que Haidar dan  Maya Karin pada tahun lalu, mungkin kali ini kemenangan akan berpihak pula kepada pelakon lain. 


Dalam kategori Pelakon Filem Wanita Popular misalnya, ramai yang mula memberikan tumpuan terhadap aktres Diana Danielle dan Lisa Surihani yang semakin lama semakin diminati bakat dan lakonan mereka. 

Bagi Penyampai Radio Lelaki, nama Allahyarham Din Beramboi disebut-sebut sebagai antara calon favourite untuk menang. 

Sekiranya benar ramalan ini, maka ia mungkin akan menjadi hadiah paling manis buat Din Beramboi yang sebelum ini diakui cukup teruja untuk memenangi kategori ini. 


Dalam kategori Artis Baru Lelaki Popular pula, Akim, Aril dan Hafiz berkemungkinan akan bersaing hebat berbanding Black dan Gambit. Manakala bagi kategori Artis Baru Wanita Popular pula, saingan lebih tertumpu pada Tiz Zaqyah dan Yuna.

Acara malam kemuncak ABPBH09 ini sekali lagi akan dikemudikan dua pengacara wanita popular iaitu Raja Azura dan Sharifah Shahira yang pastinya akan menggamitkan dan menceriakan suasana di Arena Of Stars. 

Ia turut dimeriahkan dengan persembahan Adam, Stacy, Aril, Akim, Hafiz, Dafi, Alyah, Aril, Ainul Aishah, Azlan The Type Writer, Black, Jaclyn Victor, Wings, Rabbani, Faizal Tahir, Bunkface, One Nation Emcee dan Diana Danielle.

Manakala barisan penyampai trofi pula terdiri daripada Datuk Redzuawan Ismail (Chef Wan), Azlina Aziz, Fauziah Latiff, Nora, Noralbaniah, Fauziah Ahmad Daud, Kak Yong, Watie, Ummi Nazeera, Scha Al-Yahya, David Teo dan Norliana Samsudin.

Adakah ABPBH09 kali ini bakal memberikan kejutan menerusi keputusan dan pemenangnya?  Segalanya bakal terjawab dalam Malam Kemuncak ABPBH2009 nanti!


Senarai finalis ABPBH2009 

1) Penyanyi Lelaki Popular
- Adam
- Akim
- Aizat
- Faizal Tahir
- Mawi

2) Penyanyi Wanita Popular
- Jaclyn Victor
- Mila
- Siti Nurhaliza
- Stacy
- Yuna

3) Penyanyi Duo/Kumpulan Popular
- Adam & Stacy
- Bunkface
- Hujan
- Meet Uncle Hussain & Black
- 6th Sense

4) Penyanyi Nasyid Popular
- Hijjaz
- In-Team
- Rabbani
- Raihan
- Saujana

5) Pelakon Filem Lelaki Popular
- Aaron Aziz
- Afdlin Shauki
- Farid Kamil
- Que Haidar
- Zul Huzaimy

6) Pelakon Filem Wanita Popular
- Diana Danielle
- Lisa Surihani
- Liyana Jasmay
- Maya Karin
- Sharifah Amani

7) Pelakon TV Lelaki Popular
- Aaron Aziz
- Fahrin Ahmad
- Fizz Fairuzz
- Fizo Omar
- Remy Ishak

8) Pelakon TV Wanita Popular
- Fasha Sandha
- Noorkhiriah
- Rozita Che Wan
- Scha Al yahya
- Tiz Zaqyah

9) Pengacara TV Lelaki Popular
- AC Mizal
- Ally Iskandar
- Aznil Nawawi
- Faizal Ismail
- Nabil

10) Pengacara TV Wanita Popular
- Cheryl Samad
- Fara Fauzana
- Nurul Shuhada
- Raja Azura
- Sarimah Ibrahim

11) Penyampai Radio Lelaki Popular
- AG
- Aznil Nawawi
- Allahyarham Din Beramboi
- Faizal Ismail
- Kieran

12) Pengacara Radio Wanita Popular
- Abby Fana
- Fara Fauzana
- Nana
- Linda Onn
- Sharifah Aleya

13) Artis Komedi Lelaki Popular
- AC Mizal
- Afdlin Shauki
- Nabil
- Saiful Apek
- Zizan

14) Artis Komedi Wanita Popular
- Aliza Abdullah
- Didie Alias
- Kenchana Dewi
- Noorkhiriah
- Nik Sayyidah

15) Artis Baru Lelaki Popular
- Akim
- Aril
- Black
- Gambit
- Hafiz

16) Artis Baru Wanita Popular
- Dira Abu Zahar
- Isma AF7
- Putri Mardiana
- Tiz Zaqyah
- Yuna

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails