Geng Aku

Jumaat, 2 April 2010

Rayuan Ako Tidak Dipenjara Didengar 11 Mei.


Nasib pelakon Ako Mustapha yang merayu supaya tidak dipenjarakan atas kesalahan berkhalwat akan diketahui 11 Mei ini.

Hakim Mahkamah Tinggi Syariah di sini, Abu Zaky Mohammad dijadualkan memberi keputusan itu selepas Ako memfailkan jawapan penghujahan bertulisnya.

Pelakon yang sinonim dengan watak ‘Kapten Boleh’ itu diwakili Peguam Syarie, Akbardin Abdul Kader manakala Pegawai Pendakwa Syarie Muhammad Nazri Basrawi mewakili responden. 


Ako atau nama sebenarnya Muhaizad Ahmad Mustapha memfailkan rayuan selepas dihukum penjara tiga bulan dan denda RM3,000 pada 21 April 2009.

Hakim Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, dekat sini, Wan Mahyuddin Wan Muhammad menjatuhkan hukuman itu selepas menerima pengakuan salah Ako.

Ako didakwa berkhalwat dengan jurusolek artis Anang Sagunting, 26, pada jam 1.20 pagi, 27 Jun 2007 di Blok B-2-9, Kondominium Oakleaf Park, Persiaran Bukit Antarabangsa, dekat sini.

Pengakuan salah itu dibuat selepas Ako, 38, gagal hadir di mahkamah sebanyak empat kali sejak kes disebut 20 Mei 2008.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails