Pelakon dan pengacara Khaidirah Abu Zahar atau Dira, 26 mengesahkan  dia sudah diceraikan dengan talak satu oleh suaminya, Ash atau nama  sebenarnya Tengku Shafiz-Rullah Tengku Mohd Shahid , 27 dan ia telah pun  diputuskan di Mahkamah Syariah Kajang pada 8 April lalu.
  Dira bagaimanapun mendakwa perkahwinan mereka yang hanya sempat  bertahan hampir tiga tahun itu bukanlah berpunca daripada kehadiran  orang ketiga sepertimana yang digembar-gemburkan sebelum ini. Ketika  ditemubual murai.com.my sebentar tadi, Dira menjelaskan, dia redha  dengan dugaan yang menimpanya walaupun terpaksa menahan kesedihan.
  "Kami bercerai atas masalah yang berpunca daripada kami berdua. Bagi  menghormati perkahwinan kami, biarlah masalah itu menjadi rahsia kami  berdua. Malah, tak baik kalau nak diungkit-ungkit cerita yang sudah. Apa  yang saya ingin tegaskan, ia bukanlah masalah daripada orang ketiga  yang digembar-gemburkan.
  "Pun begitu kami masih berhubung dan masih berkawan macam biasa. Tiada  apa nak digaduhkan lagi, keadaan yang menentukan segalanya. Saya redha  apa yang berlaku ini dan menerima segala ketentuan ini dengan hati yang  terbuka.
  "Kami telah berbincang masak-masak dan inilah cara yang terbaik untuk  menyelasaikan masalah. Ash juga telah bersetuju membenarkan anak kami,  Anggun berada dalam jagaan saya.
  "Terpulang kepada peminat untuk menilainya, apa yang penting, saya  tetap meneruskan kehidupan ini apatalah lagi saya mempunyai  tanggungjawab untuk membersarkan Anggun. 
Saya juga berdoa agar kehidupan  saya selepas ini selamat sejahtera dan berjalan lancar seperti biasa,"  katanya.
  Pasangan selebiriti ini diijabkabulkan di Melaka pada 5 Januari 2007 di  Melaka sebelum diraikan pada majlis resepsi di Dewan Felda, Kuala  Lumpur pada 14 Januari 2007 yang lalu. 
Hasil perkahwinan, mereka  dikurniakan cahaya mata perempuan, Tengku Anggun Deandra yang kini  berusia 2 tahun. 





Tiada ulasan:
Catat Ulasan