Geng Aku

Jumaat, 20 November 2009

Nizar V'8! Perdana V6 kereta rasmi kerajaan



Kementerian Kewangan hari ini menjelaskan kerajaan tidak pernah bercadang menggantikan kereta Proton Perdana V6 yang digunakan oleh hakim-hakim dengan Mercedes Benz atau BMW.



Timbalan Menterinya, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, pendirian kerajaan jelas iaitu kereta rasmi bagi semua menteri, timbalan menteri, hakim dan pegawai kanan kerajaan adalah Proton Perdana V6.

Menurut beliau, walaupun kereta tersebut pernah mencetuskan kontroversi kerana selalu berlaku kerosakan, masalah kotak gear yang sering dihadapi telah diatasi dengan baik oleh pihak syarikat Proton.




''Kerajaan tidak pernah berhasrat atau bercadang menggantikan Proton Perdana V6 dengan kereta lain bagi kegunaan rasmi. Ini adalah dasar kita. Tambahan pula masalah kotak gear yang dihadapi oleh Proton Perdana V6 telah pun diatasi.

''Untuk pengetahuan semua pihak jumlah kes kerosakan kotak gear yang sering dihadapi Proton Perdana V6 telah banyak menurun," katanya.

Beliau menjawab soalan Muhammad Husain (Pas-Pasir Puteh) pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Muhammad meminta Menteri Kewangan menyatakan apakah rasional pihak kerajaan membuat keputusan untuk membeli kereta Mercedes dan BMW bagi menggantikan Proton Perdana V6 kepada hakim-hakim.


Menjawab soalan tambahan Muhammad, Awang Adek berkata, sekiranya hakim-hakim diberi kebenaran untuk menukar kereta Proton Perdana V6 kepada Mercedes atau BMW, semua menteri dan pegawai kanan akan mengikut jejak langkah yang sama.

''Bagi saya ini tidak mungkin berlaku dan kerajaan juga tidak bercita-cita untuk berbuat demikian," katanya lagi.

Dalam pada itu beliau mengakui sebelum penggunaan Proton Perdana V6 kereta rasmi yang digunakan adalah Mercedes-Benz.


Sementara itu Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum ketika menjawab soalan Hamim Samuri (BN-Ledang) berkata, sehingga kini terdapat 85 Pusat Jalur Lebar Komuniti telah beroperasi di kawasan pedalaman seluruh negara.
''Penambahan sebanyak 85 Pusat Jalur Lebar Komuniti sedang dilaksanakan dan dijangka siap sepenuhnya pada akhir tahun ini," jelasnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails