Geng Aku

Selasa, 1 Disember 2009

Nizar V'8! Mahkamah Tolak Permohonan Anwar Gugur Tuduhan Liwat



Mahkamah Tinggi di sini memutuskan bahawa ia tidak boleh membenarkan permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membatalkan pertuduhan meliwat terhadapnya hanya berdasarkan laporan perubatan yang menyatakan ketiadaan penetrasi.


Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata laporan perubatan tidak boleh dijadikan asas untuk mahkamah menggunakan kuasa untuk membatalkan pertuduhan kerana mahkamah perlu mendengar keterangan saksisaksi pihak pendakwaan terlebih dahulu.



Pada peringkat ini, katanya, mahkamah bersetuju dengan hujahan Peguam Cara Negara Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden bahawa laporanlaporan tersebut terhad kepada pemerhatian dan pemeriksaan fizikal dan tidak konklusif sedangkan kes pendakwaan lebih berlandaskan kepada keterangan lisan, keterangan forensik dan keterangan lain.

Beliau berkata dalam kes ini elemen penting untuk pihak pendakwaan ialah membuktikan bahawa adanya kemasukan zakar tertuduh ke dalam dubur pengadu.

"Terpulang kepada pihak pendakwaan bagaimana ia ingin membuktikan elemen tersebut," kata Mohamad Zabidin.

Beliau berkata sudah semestinya laporan perubatan merupakan satu daripada keterangan yang boleh diguna, sama ada oleh pihak pendakwaan untuk menyokong keterangan berhubung isu kemasukan, atau oleh pihak pembelaan untuk menimbulkan keraguan berhubung keterangan berkenaan, atau untuk menunjukkan tidak terdapat kemasukan.



Anwar pada 17 Jun lalu membuat permohonan membatalkan pertuduhan terhadapnya setelah mengaku tidak bersalah pada 10 Mac terhadap dakwaan meliwat Mohd Saiful Bukhari, 24, bekas pembantu peribadinya, di sebuah kondominium di Bukit Damansara di sini pada 27 Jun tahun lepas.

Mohamad Zabidin juga berkata isu kedua yang mahkamah mengambil perhatian adalah dakwaan pemohon kononnya pertuduhan terhadap beliau mempunyai niat jahat dan merupakan penyalahgunaan proses mahkamah.



Beliau berkata hujah pemohon melalui afidavitnya yang mengkaitkan peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan insiden "mata lebam" pada 1998 dengan pasukan pendakwaan yang mengendalikan kes terbaru boleh menyebabkan mereka boleh bersikap berat sebelah adalah tidak dapat diterima.

"Beban untuk membuktikan terdapat niat jahat di pihak pendakwa dalam membawa pertuduhan terkini terhadap pemohon terletak di bahu pemohon. Afidavit pemohon ada menyenaraikan Tan Sri Gani dalam apa yang didakwa cuba putar belit atau mencipta keterangan terhadap pemohon dalam tahun 1998.

"Walaupun begitu, tidak ada apaapa yang menunjukkan perkara yang sama berlaku dalam kes terkini," kata Mohamad Zabidin.

Beliau berkata hanya dengan menunjukkan bahawa barisan pendakwaan yang mengendali kes terbaru ada pengetahuan tentang peranan Gani dalam kejadian 1998, tidak cukup untuk mahkamah mendapati dalam kes terkini mereka akan bersikap berat sebelah.

Mohamad Zabidin menetapkan tempoh sebulan bermula 25 Jan tahun depan untuk perbicaraan kes walaupun peguam Karpal Singh membantah kerana anak guamnya ingin memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan.

Karpal kemudian memberitahu media bahawa satu notis rayuan akan difailkan di Mahkamah Rayuan esok.

Anwar turut hadir di mahkamah hari ini.
BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails