Geng Aku

Jumaat, 4 Disember 2009

Ariffahmi Hantar Notis Letak Jawatan 24 Disember

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Ir Abdul Ariffahmi Abdul Rahman akan menghantar notis perletakan jawatannya dengan agensi kerajaan itu pada 24 Disember ini.

Ariffahmi bagaimanapun berkata, mengikut terma-terma dalam surat pelantikannya beliau perlu memberi notis 90 hari sehingga 23 Mac tahun depan.

“Merujuk kepada terma-terma dalam surat pelantikan saya perlu memberi notis 90 hari. Ini bermakna tarikh akhir saya di PMBK ialah 23 Mac 2010,” ujarnya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Katanya, dalam tempoh berkenaan beliau akan menyiapkan kerja-kerja akhir dengan merujuk kepada beberapa perkara yang telah diputuskan ahli lembaga pensihat PMBK sebelum ini.



Beliau berkata, tindakannya menghantar notis berkenaan sebagai mematuhi arahan Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menasihatkannya meletak jawatan sebagai CEO PMBK.

“Saya mendoakan supaya PMBK akan terus maju dan kehadapan dalam semua agenda yang ditetapkan selaras dengan dasar Membangun Bersama Islam,” ujarnya.




Sebelum ini isu membabitkan Ariffahmi yang juga menantu Nik Aziz dimainkan media proUmno sehingga mendorongkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka fail siasatan.

Isu tersebut juga membawa kepada Nik Aziz bersetuju menasihatkan Ariffahmi meletakkan jawatan bagi menjaga nama baik kepimpinan Islam khususnya PAS dan menyekat fitnah membabitkan mereka terus berkembang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails