Geng Aku

Rabu, 25 November 2009

Nizar V'8! Kokus: Muhyiddin serah pada Ku Li tentukan pendirian

"Kita serah kepada kebijaksanaan Tengku Razaleigh (Hamzah)." Demikian kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengulas pelantikan beliau untuk mengetuai kokus Pakatan Rakyat (PR) yang dibentuk bagi membincangkan pertikaian royalti minyak khususnya kepada Kelantan.



Semalam Ketua Umum PR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa Tengku Razaleigh yang juga Ahli Parlimen Gua Musang, Kelantan telah bersetuju untuk menerima pelantikan tersebut.

Belum ada kenyataan rasmi daripada Tengku Razaleigh setakat ini.

Sehubungan itu, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata beliau percaya yang Tengku Razaleigh, Ketua Umno Bahagian Gua Musang, akan membuat keputusan terbaik berhubung soal tersebut.


"Saya merasakan beliau sudah lama berada dalam parti, jadi beliau tahu apa keputusan yang hendak dibuat," kata beliau pada sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

Bagaimanapun media arus perdana melaporkan pemimpin veteran Umno itu belum memutuskan sama ada akan menerima atau menolak jemputan itu.

Muhyiddin juga menggesa agar Tengku Razaleigh, yang merupakan pengasas Petronas dan bekas Naib Presiden Umno, agar mempertimbangkan dengan berhati-hati sebelum membuat sebarang keputusan.

"Saya ada membaca berita tentang itu tetapi saya belum menerima sebarang laporan terperinci mengenai kedudukannya.

"Adalah baik Tengku Razaleigh membuat analisis dengan berhati-hati sebab walaupun ia melibatkan negeri Kelantan, tapi ia (kokus) ditaja oleh pembangkang dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri berada di belakangnya.



“Umumnya, adalah tidak sesuai tetapi Tengku Razaleigh faham tentang ini dan kita serahkan kepada beliau untuk membuat analisis sebelum membuat keputusan akhir," katanya lagi.

Pada 18 November lalu pemimpin-pemimpin PR mengadakan pertemuan dengan Tengku Razaleigh bagi meminta beliau mempengerusikan satu kokus mengenai pertikaian wang royalti minyak membabitkan kerajaan persekutuan dan Kelantan.



Malah pada minggu lalu, Tengku Razaleigh memberitahu wartawan bahawa beliau akan mempertimbangkan permintaan PR memandangkan pernah terlibat dalam "urusan minyak" sejak penubuhan Petronas dan penggubalan undang-undang yang berkaitan.

Sehubungan itu katanya, beliau akan memainkan peranan bagi menyelesaikan isu itu "jika ia benar-benar adalah satu masalah."

Tengku Razaleigh telah terlibat secara langsung dalam menggubal Akta Pembangunan Petroleum 1974 bersama Tun Salleh Abas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails