Geng Aku

Ahad, 29 November 2009

Nizar V'8! Kit Siang Mahu Kerajaan Pusat Tubuh Badan Siasatan Awam Siasat Kursus BTN



Penasihat DAP, Lim Kit Siang mendesak kerajaan pusat mengadakan satu mesyuarat khas dan menubuhkan badan siasatan awam bagi menyiasat dakwaan yang dilemparkan terhadap kursus Biro Tata Negara (BTN).


Beliau turut mendesak kerajaan menghentikan penganjuran kursus BTN yang didakwa bersifat rasis dan menimbulkan perasaan benci di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, siasatan tersebut perlu segera dilakukan kerana ia tidak selaras dengan konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.



"Kerajaan harus membuat keputusan sama ada menghentikan terus program BTN atau Najib perlu membuat pengumuman tentang kegagalan konsep 1Malaysia yang sering dilaung-laungkannya," katanya dalam laman blog beliau semalam.

Kit Siang turut mempersoalkan sikap berdiam diri pemimpin Barisan Nasional lain terutamanya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan beberapa pemimpin daripada parti komponen BN yang lain.



Rabu lalu, Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr Halimah Ali mengumumkan bahawa kerajaan negeri itu telah memutuskan bahawa semua penuntut di Institut Pengajian Tinggi (IPT), serta kakitangan kerajaan negeri dan juga agensi di bawahnya tidak lagi dibenarkan mengikuti kursus BTN yang dianjurkan oleh Kerajaan Persekutuan berkuat kuasa serta-merta.

Dr Halimah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan berkata, keputusan itu diambil selepas beberapa kajian mendapati kursus BTN yang dijalankan merupakan satu proses ‘indoktrinisasi’ Kerajaan Barisan Nasional.
Ini, kata beliau, boleh menimbulkan fenomena yang agak rasis, seolah-olah ingin memecahkan penduduk-penduduk pelbagai bangsa dan agama di negara ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails