Geng Aku

Isnin, 6 April 2009

KHALID MAHU RAKYAT BATANG AI JADI PENARAJU PERALIHAN KUASA DI SARAWAK,




Monday, 6 April 2009 • Kategori: Berita Negeri, Berita Semasa, Berita Utama, Nasional, Parlimen, Sarawak

LUBOK ANTU, 6 April (SK) : Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim hari ini berada di Dun N25 Batang Ai untuk memberi semangat dalam persiapan terakhir menjelang pilihanraya kecil esok dengan mesage mahukan rakyat Batang Ai menjadi peneraju bagi perubahan kuasa di Sarawak.

Beliau kembali ke Batang Ai untuk kali kedua dengan strategi yang lebih mantap untuk membantu calon Pakatan Rakyat Jawah Gerang untuk memenangi kerusi Dun tersebut.

Antara strategi akhir beliau ialah dengan mengadakan program lawatan di Mepi Pasir dan Changkol dimana perjumpaan dengan pengundi atas pagar untuk memberi penerangan yang tepat menganai Pakatan Rakyat.

Khalid menyeru supaya rakyat di Batang Ai berani berubah dan menjadi peneraju kepada perubah kuasa di Sarawak.

Dalam ucapan beliau, Khalid berkata bahawa Jawah Gerang disifatkan sebagai ‘Bujang Berani’ (wira) kepada KeADILan Sarawak.

“Marilah kita jadikan Batang Ai permulaan perubahan politik di Sarawak dan seterusnya kita kembangkan ke seluruh Sarawak dan Sabah. Saya amat yakin Jawah dapat melakukannya,” tegas Khalid.


Sementara itu, bagi mematahken serangan Barisan Nasional iaitu Presiden PRS James Masing yang menyatakan bahawa selama 22 tahun Jawah berkhidmat sebagai adun di Batang Ai, tiada sebarang perubah yang berlaku di kawasan itu.

Jawah berkata bahawa kenyataan itu telah memakan diri James sendiri yang mengutuk mendiang Dublin Unting sebagai Adun Batang Ai dibawah BN sebagai serangan strategi salah.

“Umum tahu bahawa mendiang Unting adalah ahli kabinet Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud dan beliau selama menjadi Adun BN, tiada sebarang perubah yang berlaku dasana kecuali rampasan tanah adat yang berleluasa,” kata Jawah kepada The Broken Shield (seorang bloger dari Sarawak)

“Saya seorang Adun biasa, jangan salahkan saya kerana saya tidak memegang sebarang jawatan dalam kementerian,” Jawah berkata.

James yang juga Menteri Pembangunan Tanah Sarawak pernah menyatakan bahawa Adun tidak mempunyai kuasa dalam pelan pembangunan tanah, yang berkuasa hanyalah Ketua Menteri Sarawak.

“Kalau beliau (Taib Mahmud) mahu, semua boleh jadi, lihat saja di kawasan beliau di Mukah, lebih dari RM1 billion telah diperuntukan untuk pembangunan di sana,” jelas Jawah lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails