Geng Aku

Jumaat, 10 April 2009

KABINET BARU NAJIB-KHARY TIDAK TERSENARAI.

KUALA LUMPUR, 9 April:
Pengumuman Perdana Menteri, Najib Razak menamakan senarai 28 orang menteri dan 40 timbalan menteri dalam anggota kabinet barunya termasuk enam orang yang kalah dan tidak bertanding dalam pilihanraya umum ke-12 lalu dianggap mempersendakan suara rakyat.


Mereka adalah Sharizat Abdul Jalil, Dr Koh Tsu Khoon yang kalah serta yang tidak bertanding iaitu Chew Mei Fun, Awang Adek Husin, Jamil Khir Baharom, Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.


Keenam-enam mereka dilantik sebagai senator petang ini supaya dapat menerajui pucuk pimpinan yang dilihat agak memeranjatkan rakyat itu.


Timbalan Ketua Pemuda Umno yang juga Ahli Parlimen Jerlun Mukhris Mahathir di lantik timbalan menteri Perdagangan Antarabangsa dan Perindustrian (MITI), Razali Ibrahim dilantik sebagai timbalan belia dan sukan, tetapi Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin tidak diberi sebarang mandat di dalam kebinet baru beliau.


“Ini menunjukkan bahawa Najib menafikan suara rakyat kerana menolak calon sokongan rakyat semasa Pilihanraya umum dan melantik orang yang patuh kepada arahan beliau,” kata Penasihat KeADILan Syed Hussin Ali Kepada Suara Keadilan.


“Najib menolak Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin yang juga Ketua Pemuda Umno di dalam kabinet beliau semata-mata kerana Khairy bukan kroninya,” kata beliau lagi.


Ketua Wanita, Shahrizat dilantik sebagai Menteri Kemajuan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, manakala ketua Puteri Umno, Rosnah Rasyid Syirin dilantik sebagai Timbalan Menteri Kesihatan.


Manakala para menteri yang digugurkan ialah Syed Hamid Albar, Muhammad Muhd Taib, Mohd Zin Mohamad, Amirsyam Aziz dan Azalina Othman Said seperti yang dijangkakan.


Turut digugurkan ialah timbalan menteri, Noraini Ahmad manakala mereka yang dibawa masuk semula menganggotai kabinet kali ini termasuk ahli Parlimen Batu Pahat, Puad Zarkashi (Timbalan Menteri Pelajaran).

Berikut adala senarai penuh kabinet baru=

Kementrian Kewangan
(1) Najib Abdul Razak
(2) Ahmad Husni Hanadzlah
Chor Chee Heong (timbalan)
Senator Dr Awang Adek Hussien (timbalan)


Kementrian Pelajaran
Muhyiddin Yassin
Dr Wee Ka Siong (timbalan)
Dr Puad Zarkashi (timbalan)

Kementrian Pengangkutan
Ong Tee Keat
Dr Wee Ka Siong (timbalan)
Dr Puad Zakarshi (timbalan)

Kementrian Dalam negeri
Hishammuddin Hussein
Abu Seman Yusop (timbalan)
Jelaing Mersat (timbalan)

Kemetrian Penerangan, komunikasi, kesenian dan kebudayaan
Dr Rais Yatim
Joseph Salang Gandum (timbalan)
Heng Seai Kie (timbalan)

Tenaga, teknologi hijau dan air
Peter Chin Fah Kui
Noriah Kasnon (timbalan)

Pembangunan luar bandar dan wilayah
Shafie Apdal
Hassan Malek (timbalan)
Joseph Entulu Belaun (timbalan)

Pengajian tinggi
Mohamed Khaled Nordin

Perdagangan antarabangsa dan industri
Mustapa Mohamed
Mukhriz Mahathir (timbalan)

Pelancongan
Dr Ng Yen Yen

Pertanian dan perniagaan asas tani
Noh Omar
ohari Baharom (timbalan)

Pertahanan
Ahmad Zahid Hamidi

Kerja raya
Shaziman Mansur

Kesihatan
Liow Tiong Lai

Belia dan sukan
Ahmad Shabery Cheek
Razali Ibrahim (timbalan)

Pembangunan sumber manusia
S Subramaniam

Perumahan dan kerajaan tempatan
Kong Cho Ha

Wanita, keluarga dan masyarakat
Shahrizat Abdul Jalil

Kementerian Luar
Anifah Aman

Wilayah persekutuan
Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

Dr Koh Tsu Koon - hal ehwal perpaduan dan pengurusan prestasi

Nazri Abdul Aziz - hal ehwal perundangan dan parlimen

Nor Mohamed Yaakop - UPU

Major Gen Jamil Khir Baharom - Islamic Affairs

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails