9.15 MALAM- [BUKIT SELAMBAU]Keputusan Peti Undi tidak rasmi dari wakil kami yang berada di Pusat Pengiraan Undi
KESELURUHAN KEADILAN MENANG DENGAN MAJORITI 2735.
Batu Belacan BN 338 KeADILan 256 kalah 82
Titi Panjang BN 360 KeADILan 427 Majoriti 67
Bukit Selambau BN 742 KeADILan 592 kalah 150
Taman Ria Selatan BN 578 KeADILan 882 majoriti 204
Taman Ria Utara BN 628 KeADILan 704 majoriti 76
Taman Desa Aman BN 834 KeADILan 810 kalah 24
Taman Ria Jaya BN 1202 KeADILan 2113 majoriti 941
Taman Peruda BN 479 KeADILan 668 majoriti 189
Bandar Laguna Merbok BN 267 KeADILan 388 majoriti 121
Kuala Sin BN 415 KeADILan 205 kalah 210
Kampung Pokok Machang BN 301 KeADILan 201 kalah 30
Taman Bandar Baru BN 1038 KeADILan 1419 Majoriti 111
Kampung Sungkap BN 298 KeADILan 148 kalah 150
Ampangan Height BN 119 KeADILan 219 Bebas 28, rosak 2.
Tasik Apong BN 335 KeADILan 528 majoriti 193
Petani Para BN 97 KeADILan 102 majoriti 5
Air Mendideh BN 313 KeADILan 699 majoriti 386
Jalan Badlishah BN 145 KeADILan 221 majori 76
Bukit Lembu BN 438 KeADILan 405 majoriti kalah 33
Maklumat berkenaan; melayu 407 cina 45 India 810 = 68% keluar mengundi
Bukit Rusa BN 195 KeADILan 260 majoriti 65
Sungai Lalang, BN - 499 PKR 850, bebas 52 rosak 16 majoriti 351
8.30 MALAM- [BUKIT SELAMBAU] Calon KeADILan S Manikumar dan Naib Presiden KeADILan Azmin Ali tiba di pusat pengiraan undi.
7.50 Petang- [BUKIT SELAMBAU]Sumber tidak rasmi berkata calon BN di Bukit Selambau meninggalkan pusat kiraan undi.
7.30 Petang- [BUKIT GANTANG] Tidak rasmi PAS mendahului BN di Bukit Gantang dengan 2,380 undi. PAS 13,571 undi, BN 11,191 dan bebas 31 undi
6.30 Petang- [BUKIT SELAMBAU] KeADILan dilaporkan mendahui kesemua calon yang betanding.
Di Sungai Petani, hujan turun dengan lebat dan dilaporkan jalan raya kini sedang sesak.
6 Petang- [BUKIT GANTANG] Semua kakitangan Najib dilaporkan beredar dari Bukit Gantang.
5 Petang- [BUKIT SELAMBAU] Semua pusat mengundi ditutup tepat jam 5 petang dan pengunguman akan dibuat di SM Teknik 1 Sungai Petani
4.25 Petang- [BATANG AI] Presiden MIC, Samy Vellu dilaporkan telah pulang ke Kuala Lumpur dari Bukit Selambau. Ini diantara tanda kemenangan Pakatan Rakyat.
Cuaca turut dilaporkan hujan.
3.50 Petang- [BATANG AI] Pengerusi SPR Abdul Aziz Yusof mengumumkan sebanyak 5808 atau kira-kira 72.94% keluar mengundi di Batang Ai
3.00Petang- [BUKIT SELAMBAU] Timbalan Ketua AMK Fariz Musa berkata AMK kini giat meneruskan kempen untuk membawa keluar mengundi memandangkan keada cuaca yang agak mendung.
Fariz juga dilaporkan berkata penyokong BN telah membuat provokasi dengan membaling botol ke arah kenderaan petugas Pakatan Rakyat di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru.
2.30 Petang- [BUKIT SELAMBAU]Sekolah Kebangsaan Bukit Selambau bagi daerah mengundi Kampung Sungkap mencatatkan pengundi terbanyak keluar. Setakat ini sebanyak 68% pengundi kawasan berkenaan telah keluar mengundi.
2.15 Petang-Pemimpin Pakatan Rakyat mengelurkan arahan supaya petugas berusaha untuk dapatkan pengundi.
Arahan berkenaan juga meminta agar para petugas tidak meronda dijalanraya yang akan mengakibatkan kesesakan lalu lintas2 Petang- [BATANG AI]8 dari 26 kotak mengundi sedang dikira di pusat pengiraan undi.
1 Petang- [BUKIT SELAMBAU]40 Peratus pengundi telah keluar pada jam 12 tengah hari tadi
Jalan raya sesak dan dipenuhi kenderaan yang membawa bendera parti-parti komponen Pakatan Rakyat. Jarang kelihatan kenderaan yang membawa bendera BN.
12 Tengah Hari - [BUKIT SELAMBAU] Penyokong BN mengeluarkan pekataan lucah serta menimbulkan provokasi di Sekolah Menengah Suh Sun, Pekan Bukit Selambau
12 Tengah Hari - [BATANG AI] Pusat mengundi lelamak disini, baru dibuka untuk proses pengundian kepada orang ramai.
Sebelum ini pusat pengundian berkenaan ditutup kerana banjir, akibat hujan lebat malam tadi.
11.50 Pagi - [BATANG AI]Pengiraan undi bagi 14 pusat mengundi; Kesit, Engkari, Delok, Kumpang, Kelampu, Sayat, Jela, Sempang, Bertik, Kancong, Patoh, Bilararap, Sepaya dan Gugu, akan dilakukan di pusat berkenaan dan tidak dibawa keluar.
11.50 Pagi - [BUKIT GANTANG] Dilaporkan polis menembak gas pemedih mata. Pihak kami sedang mendapatkan pengesahan.
11.40 Pagi - [BUKIT SELAMBAU] 2000 penyo
kong rakyat berhimpun di Taman Ria Jaya untuk memeriahkan keadaan. Cuaca dilaporkan semakin panas dan suasana semakin meriah.
11.40 Pagi - [BUKIT SELAMBAU] Sehingga 10 pagi ini, sumber yang dipercayai mengatakan bahawa Pakatan Rakyat mengatasi BN sebanyak 5 peratus.
11.30 Pagi - [BATANG AI] Laporan dari MPT Dominique Ng mengesahkan bahawa pusat mengundi di Rumah Panjang Sayat, kubu kuat Pakatan Rakyat akan ditutup pada jam 1 petang.
Helikopter dilaporkan akan mengambil peti undi di rumah panjang berkenaan walaupun kenderaan darat boleh mengakses laluan berkenaan.
Menurut Dominique ketika dihubungi tadi, wakil dari Pakatan Rakyat tidak dibenarkan untuk menaiki helikopter berkenaan.
Dominique menegaskan bahawa pihak Pakatan Rakyat tidak mempercayai tindakan tersebut dan akan membuat laporan polis mengenai tindakan SPR.
11.05 Pagi - [BUKIT SELAMBAU] Penyokong BN termasuk Puteri Umno membuat aksi lucah kepada penyokong Pakatan Rakyat di Sekolah Menengah Taman Ria Jaya
11.03 Pagi - [BUKIT GANTANG] Sumber kami di Bukit Gantang melaporkan kenderaan jenis CRV yang dinaiki oleh Calon Pas bagi Kerusi Parlimen Bukit Gantang, Nizar Jamaluddin ditendang oleh Pemuda Umno di Sekolah Kebangsaan Air Putih, pada jam 9.50 pagi tadi.
11.00 Pagi - [BATANG AI]Suasana di Batang Ai agak tenang dan cuaca di sana juga cerah. Ini memudahkan pengundi menaiki bot-bot untuk pergi ke tempat mengundi di kesemua 22 pusat pengundian di Batang Ai
10.50 Pagi - [BUKIT GANTANG] Suasana dan cuaca di kawasan Bukit Gantang sudah mulai panas dan terdapat ketegangan di beberapa tempat.
10.40 Pagi -[BUKIT SELAMBAU] Ramai kaum wanita kelihatan keluar mengundi dan pekerja kilang yang bekerja sif malam memenuhi pusat mengundi di taman Ria dan kawasan sekitar Bukit selambau ini.
Rungutan di terima menyatakan bahawa Umno telah mencabul hak Mic kerana poster dan banner lambang Umno melebihi poster dn bendera Mic. Ini menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan penyokong Mic di sini.
10.08 pagi -[BUKIT SELAMBAU] Ketua skuad AMK Kedah Habib Ahmad Muhaiyuddin melaporkan kehadiran ramai anggota polis termasuk FRU Sek. Taman Bandar Baru. Dipercayai taman berkenaan dikesan mempunyai ramai pengundi hantu.
9.50 pagi - [BUKIT SELAMBAU]Polis halau para wartawan yang bertugas di depan pusat undi Sek. Men. Taman Ria Jaya dengan alasan tempat berkenaan adalah kawasan polis
8.35 Pagi -[BUKIT SELAMBAU] Calon KeADILan S Manikumar membuang undi di Sek. Men. Taman Ria. Beliau bersama penyokong berkumpul di Padang Tembusu dan bersedia untuk melawat kesemua pustat menggundi di kawasan Bukit Selambau pagi ini.
8.00 Pagi - [BATANG AI]Calon KeADILan Jawah Gerang membuang undi di Rumah Panjang Sayat, suasana kelihatan tenang.
7.35 Pagi : [BUKIT GANTANG]Calon Pas, Nizar Jamaluddin serta penyokong berhimpun di Markas Pas, Jalan Air Kuning untuk melawat 34 pusat pengundian. Pusat pengundian pertama dikunjungi ialah Sekolah Menengah Aur Air Kuning,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan