Geng Aku

Isnin, 19 April 2010

Nasib Baik Dr Halili Tidak Jadi Calon Kat PRK Hulu Sgor, Kalau Tidak Melompat La Katak Ni Bila Menang.


Bendahari PKR Hulu Selangor, Dr Halili Rahmat hari ini mengumumkan keluar daripada PKR dan menyertai Umno.

Dr Halili Rahmat (foto:kiri) merupakan seorang pakar bedah saraf dan rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana pernah menjadi doktor peribadi ketua umum PKR itu.

Sebelum ini, beliau disebut-sebut antara yang disenaraikan untuk bertanding mewakili PKR dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

Bagaimanapun, Anwar kemudiannya mengumumkan pemilihan penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim untuk bertanding dalam pilihan raya kecil tersebut.

Anak kelahiran Ulu Yam, Dr Halili pernah dua kali bertanding dalam pilihan raya umum sebelum ini pada 1999 (Hulu Selangor) dan 2004 (DUN Batang Kali), tetapi tewas kedua-duanya. 

Bercakap dalam sidang akhbar dengan ditemani bekas setiausaha agung PKR, Salehuddin Hashim, beliau berkata:

"Saya menyedari akan ada yang menuduh bahawa tindakan saya ini kerana kecewa tidak terpilih sebagai calon PKR bagi pilihan raya kecil parimen Hulu selangor kali ini. 

"Saya tidak pernah meminta atau menawar diri untuk dipilih menjadi calon PKR dalam pilihan raya ekcil Hulu Selangor ini, dan saya juga tidak pernah mengatakan saya menerima pelawaan untuk menjadi calon, walaupun ada pemimpin PKR yang telah mencadangkan demikian."

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Petaling Jaya hari ini, Dr Halili berkata, walaupun beliau pernah bertanding atas tiket PKR pada pilihanra amraya 1999 dan 2004, tetapi "bagi pilihan raya kecil kali ini, saya merasa berat kerana realiti di peringkat masyarakat bawahan kini sudah berubah."
"Saya juga membuat kenyataan ini pada hari ini semasa kehangatan kempen pilihan raya Hulu Selangor dengan tujuan tidak mahu nama saya digunakan oleh PKR untuk memancing undi seolah-olah pendirian saya terhadap PKR masih sama seperit di zaman Deklarasi Permatang Pauh," tambahnya.

Sebagai anak jati Hulu Selangor yang masih berkampung di Ulu Yan, Dr Halili berkata amat sukar baginya untuk mempertahankan kredibiliti PKR.

Beliau mendakwa, ia memandang tidak ada apa pun yang telah dibuat oleh PKR untuk kesejahteraan pengundi Hulu Selangor dalam masa dua tahun parlimen ini dikuasai oleh PKR dan Pakatan Rakyat memerintah Selangor.

"Saya mengetahui dan faham bahawa allahyarham wakil rakyat sebelum ini, uzur tetapi menghairan saya kenapa PKR tidak berbuat sesuatu bagi membantu pejabat beliau untuk memberi khimdat kepada pengundi di Hulu Selangor," tambahnya.

Sehubungan itu, Dr Halili berkata, terbukit yang PKR hanya sibuk merayu undi pada waktu pilihan raya sahaja tetapi mengabaikan amanah rakyat seperti yang dijanjikan masa kempen pilhanraya.

"Perkara sedemikian tidak ssepatutnya berlaku dan saya diberitahu oleh orang kampung saya bahawa mereka akan memastikan ia tidak akan berlaku lagi," tambahnya.

Sebab masuk Umno.

Dr Halili juga mendakwa bahawa PKR hari ini dikuasai oleh kumpulan kecil pemimpinnya yang berfikiran sempit dan memajukan ideologi-ideologi berhaluan kiri yang tidak disenangi oleh orang Melayu khususnya dan rakyat Malaysia umumnya.

Sehubungan itu, beliau mendakwa bahawa sudah nyata lagi jelas, PKR bukan lagi sebuah wadah parti politik perjuangan "tetapi lebih condong kepada parti yang pentingkan kuasa, hingga tidak memperdulikan kesejahteraan rakyat walaupun diberi mandat untuk mentadbir di beberapa buah negeri."

Sebaliknya, kata beliau, pada masa yang sama, kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk membawa perubahan politik untuk Umno dan BN.

Ini, katanya, mendorong beliau terus membuat keputusan untuk menyertai Umno.

'Mungkin diberi bedah hidung pula'

Dr Halili juga berkata keputusannya keluar parti dan menyertai Umno sudah lama dibuat.

Ditanya kenapa beliau hadir pada hari pengumuman calon PKR pada 13 April lalu, beliau hanya menjawab:

"Mungkin nama saya dicalonkan, dinaikan saya kena datanglah. Ingin tahu, kerana kamu juga yang tulis dalam suratkhabar media, anak tempatan, perkara macam itu," katanya,.

Beliau juga memberitahu, itu kali terakhir beliau bertemu Anwar.

Sejak disebut-sebut disenaraipendek menjadi calon PKR, ini merupakan kali pertama Dr Halili bersemuka dengan media membuat kenyataan mengejutnya itu.

Bagaimanapun, pengumumannya yang dibuat sehari selepas Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin membayangkkan membayangkan perkara itu, timbul tanda tanya sama ada beliau ditawarkan 'imbuhan' untuk itu.

Dr Halili bagaimanapun menafikannya dengan separuh berjenaka: "Saya sekarang ini (pakar) bedah otak, mungkin dia beri saya bedah hidung. Tak tahulah," kata Dr Halili.

Bagaimanapun, tambahnya, jika terdapat pihak yang akan menuduhnya dibeli, itu terpulanglang kepada mereka.

"Memang adatlah. Tetapi kita masyarakat sivil, sangat tamadun, ada demokrasi. Jadi macam-macam pandangan ada. Jadi kita kena hormatilah pandangan yang berbeza," katanya

Beliau juga enggan mengulas mengenapi pencalonan Zaid dan calon BN P Kamalanathan atau akan turut serta berkempen di Hulu Selangor.

Sebaliknya, jelasnya, beliau akan berlepas ke Melbourne, Australia selepas ini bagi menghadiri konvokesyennya di Universiti Monash - satu keputusannya yang didakwa sudah lama dibuat dan "bukan untuk lari".

Dalam sidang media kira-kira 25 minit itu, Dr Halili bagaimanapun kelihatan sedikit 'gugup' dengan mengabaikan beberapa soalan media, kerap meneguk air dan kerap kali mengambil masa dan berbisik kepada Salehuddin sebelum menjawab soalan.

Malah di pertengahan sidang media beliau sempat berkata: "tak pernah dapat banyak kamera sebelum ini."

Bagaimanapun, di penghujung sesi itu beliau kelihatan lebih yakin apabila meminta soalan tambahan walaupun Salehudin sudah mahu menamatkan sidang media itu.

"Seronok juga, boleh tanya dua lagi, bukan selalu boleh macam ni," katanya disambut gelak ketawa kira-kira 70 petugas media.

Tiada Penyingkiran Di Minggu Ke 5.



Debaran AF minggu kelima Akademi Fantasia Musim Ke-8 (AF8) yang berlangsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil sebentar tadi menyaksikan tiada pelajar tersingkir apabila pengacaranya, Sarimah Ibrahim mengumumkan bahawa semua pelajar terus kekal sehingga minggu depan.

Ini bermakna kesemua 8 pelajar yang tinggal iaitu Adira, Ain, Farina, Iwan, Daus, Maulana, Shahir dan Nad akan meneruskan perjuangan mereka untuk konsert seterusnya di minggu ke-6.

Walau bagaimanapun dipenghujung rancangan, nama Farina telah diumumkan berada pada kedudukan terbawah selepas undian ditutup selain dua lagi pelajar yang turut berada di kedudukan terbawah iaitu Ain dan Nad. 

Debaran AF dimulakan dengan kesemua pelajar mempersembahkan 'lagu sekolah' Akademi Fantasia, Menuju Puncak dituruti sedutan sebahagian dari kritikan-kritikan pengkritik pada malam konsert semalam. Sarimah kemudian mengumumkan kedudukan dari semasa ke semasa siapa pelajar di kedudukan terbawah.

Setelah undian ditutup dan sebelum pengumuman penyingkiran dibuat, para pelajar telah mendendangkan lagu bonus, Pergi nyanyian asal Aizat.

Ahad, 18 April 2010

Serangan Peribadi: PKR Mahu SPR Bertindak.


Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya bertindak ke atas Barisan Nasional (BN) yang didakwa terus-menerus menyerang peribadi Datuk Zaid Ibrahim dalam kempen mereka.
 
Menurut Pengarah Pilihan Raya PKR, Fuziah Salleh, SPR sepatutnya memantau taktik kotor BN serta menyekat mereka daripada menyerang peribadi calon PKR itu sepanjang kempen yang akan berakhir pada 24 April nanti.


"Kita tidak harus menghukum beliau dalam keadaan sekarang yang sudah berubah...BN patut malu untuk menggunakan taktik kotor dan bukan bercakap soal peribadi seorang yang sudah berubah.

"Tuhan mana-mana pun, Tuhan Kristian ke, Tuhan Hindu ke, orang Buddha, Muslim ke...bila seseorang itu sudah bertaubat dan berubah, orang lain tidak ada hak untuk menghukum orang itu lagi, Tuhan pun tidak akan menghukum mereka," tegasnya pada sidang media PKR di sini, hari ini.

Hari ini, akhbar Mingguan Malaysia dalam laporan muka depannya memetik Naib Presiden PKR, Azmin Ali, mencabar BN mengemukakan bukti berhubung tuduhan yang dilemparkan terhadap calon mereka yang didakwa sebagai kaki botol tegar.


Zaid dipertaruhkan PKR bagi mempertahankan kerusi Parlimen berkenaan, bakal berdepan saingan empat penjuru daripada BN dan dua calon Bebas yang turut menawarkan diri untuk bertanding pada pilihan raya kecil 25 April ini.

Fuziah berkata, BN tidak berhak untuk menghukum Zaid dengan menyerang peribadinya serta mengungkit kembali sejarah lampau pemimpin itu yang dianggap sudah berlalu.

"Adalah menjadi tanggung jawab manusia untuk menutup aib seseorang...BN sepatutnya bercakap tentang apa yang mereka ingin tawarkan kepada rakyat," katanya.

Ditanya mengenai sokongan PAS kepada calon PKR, beliau berkata parti komponen dalam pakatan rakyat itu memberi sepenuh sokongan dan sudah melupakan perkara lalu yang dilakukan Zaid terhadap PAS.

Achik Spin Meninggal Dunia.


Vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, telah disahkan meninggal dunia dalam satu kemalangan di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) lebih kurang jam 6 petang tadi.
 
Perkara ini disahkan sendiri oleh rakan baiknya, Siti Nordiana Alias (Nana), 26 sebentar tadi.

Keadaan Kereta Achik Yang Terbakar Teruk

Kemalangan itu dipercayai berlaku sewaktu Achik dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Seremban setelah menjalani satu program hiburan, Gah 1di RTM bersama Nana awal petang tadi. Nana ketika dihubungi murai.com.my mengesahkan berita itu setelah dimaklumkan oleh ahli keluarga Achik.

"Nana betul-betul terkejut dan tak sangka perkara ini terjadi.Sukar untuk percaya apabila menerima berita tentang kematian Achik ini sebab baru petang tadi kami berganding bersama menjayakan program Gah 1 di RTM. Malah sewaktu program itu selesai, Nana sempat berborak dengan dia dan menghantar beliau ke keretanya.


"Nana sendiri pun tak tahu apa punca kemalangan tersebut, tapi apa yang Nana diberitahu oleh ahli keluarga Achik, kereta Toyota Estima yang dipandunya terbabas dan terbakar. Arwah meninggal di tempat kejadian.

Nana rasa sedih sangat kerana Nana rapat dengan Achik kerana kami sama-sama memulakan karier sebagai artis rakaman dan sama-sama mencipta nama.Sekarang ini Nana dalam perjalanan menziarahi jenazah arwah di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban bersama ahli kumpulan Spin yang lain"kata Nana yang masih sebak serta tidak dapat menahan kesedihan.

Sabtu, 17 April 2010

Pulau Pinang Pinda Enakmen Berkaitan Faedah Kematian ADUN.


Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan meminda Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) 1980 bagi membolehkan semua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk Ketua Menteri dan Speaker Dewan Undangan Negeri dilindungi faedah saraan kewangan jika mereka meninggal dunia semasa memegang jawatan masing-masing.

Ketua Menteri Lim Guan Eng dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata persidangan Dewan Undangan Negeri Isnin ini akan membuat pindaan kepada Enakmen itu bagi menambah faedah kepada anggota keluarga ADUN sekiranya ADUN meninggal dunia atau hilang upaya dalam tempoh memegang jawatan.


Beliau berkata pindaan itu adalah bagi memasukkan perkataan “atau kematian” selain dari faedah kemalangan dalam enakmen tersebut, namun kematian yang dimaksudkan tidak termasuk dengan cara bunuh diri.

Katanya berdasarkan Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) 1980 sedia ada, faedah itu hanya terhad kepada “Faedah Kemalangan” sahaja, dan menurutnya pindaan itu adalah selaras dengan piawaian yang ditetapkan oleh kerajaan persekutuan.

Lim berkata berdasarkan pindaan enakmen itu, jika Ketua Menteri meninggal dunia dengan cara biasa ataupun akibat bencana atau kemalangan, waris beliau akan menerima faedah berjumlah RM750,000.

Menurutnya bagi Speaker Dewan Undangan Negeri dan Anggota-anggota Exco Kerajaan negeri yang meninggal dunia secara biasa ataupun akibat kemalangan pula, waris mereka akan menerima faedah sebanyak RM500,000.

Lim berkata bagi ADUN biasa yang meninggal dunia, waris mereka akan menerima faedah RM120,000.

Antara faedah lain dalam enakmen itu ialah jika Ketua Menteri ditimpa bencana yang mengakibatkan beliau hilang upaya kekal yang tidak dapat dipulihkan termasuk hilang penglihatan, beliau akan diberi faedah RM1.5 juta.

Bagi Speaker DUN dan Anggota Exco yang ditimpa bencana seumpama itu pula, mereka akan menerima faedah RM1 juta manakala bagi ADUN biasa pula akan menerima faedah RM240,000. — Bernama

Calon Bebas Johan Dipecat Dari Umno.


Ahli Jawatankuasa  Pemuda Umno Shah Alam, Johan Mat Diah yang bertanding pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor sebagai calon Bebas tergugur keahlian dari parti itu.

“Sah, dipecat,” kata Setiausaha Kerja Umno Datuk Abdul Rauf Yusoh.
 
Ikut perlembagaan parti sesiapa yang bertanding sebagai calon Bebas ataupun menyokong boleh dipecat dari parti.

Johan 31, merupakan salah seorang daripada empat calon yang bertanding pilihan raya kecil kerusi Hulu Selangor.


Hulu Sgor, Pertandingan 4 Penjuru.


Pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor menyaksikan empat calon bertanding pada pilihan raya kecil yang akan diadakan pada 25 April ini.

Empat yang berkenaan ialah P. Kamalanathan (Barisan Nasional), Datuk Zaid Ibrahim (Parti Keadilan Rakyat), Johan Mohd Diah (Bebas) dan S. Chandran (Bebas).

Ia diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Hulu Selangor, Norhisham Ahmad Dahlan kira-kira pukul 11.25 pagi.

"Sehingga tempoh bantahan ditutup pada pukul 11 pagi, saya tidak menerima sebarang bantahan," katanya sebentar tadi.

Amber Chia Terbang Ke Gold Coast HoneyMoon.


PEMINAT Amber Chia pernah dibiarkan berteka-teki mengenai siapa sebenarnya suaminya selepas mereka merahsiakan perkahwinannya di Bali pada bulan lalu.

Apatah lagi, foto perkahwinan pasangan bahagia itu dirakam dengan "menyembunyikan" wajah lelaki berambut perang itu.

Rupa-rupanya lelaki bertuah itu ialah Adrian Wong, pengurus dan rakan perniagaannya.
Mereka merancang terbang ke satu destinasi rahsia untuk berbulan madu.
Sehingga semalam, ia masih masih menjadi teka-teki.

"Jika anda ingin menghubungi saya, panggil sebelum malam esok (malam ini) ya. Saya akan terbang ke Gold Coast untuk berbulan madu," kata Amber kepada mStar Online ketika ditemui di Pameran Pesona Mutiara Rafflesia di Muzium Negara, semalam.


Jika sebelum ini Amber merahsiakan perkahwinannya, kini model terkenal itu bersikap terbuka menceritakan destinasi berbulan madu.

"Kira-kira 10 hari di situ," katanya ringkas dan padat ketika diserbu para pengunjung muzium untuk bergambar.

Pameran hasil kerjasama antara Jabatan Muzium Negara dan Rafflesia itu antara lain mempamerkan gaun perkahwinan Amber bernilai RM380,000 yang dipakai di Bali serta kasut bersulam mutiara bernilai RM260,000.


Dakwanya, pihak muzium cuba mendapatkan sebuah dewan untuk menempatkan koleksi busana bertatahkan mutiara Rafflesia itu.

Sementara itu, Amber berharap mendapat sepasang anak lelaki dan perempuan kelak.
"Kadang-kala, kita hanya merancang, Tuhan menentukannya. Saya berusaha keras ke arah itu dan akan memberitahu media apabila mendapat berita gembira kelak," katanya.
Tambahnya, dia tidak akan bersara selagi khidmat peragaannya masih diperlukan - walaupun selepas memiliki anak nanti.

KKB Sudah Dipenuhi Orang Ramai.

 Wanita PKR Dah Siap Sedia..

Kuala Kubu Baru atau terkenal dengan singkat “KKB” dibanjiri dengan lautan manusia dari seluruh negara bagi “memeriahkan” proses penamaan calon pilihan raya kecil ke-10 dan yang pertama di Selangor sejak Mac 2008.
 
Proses penamaan calon pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor ini, satu lagi pilihan raya kecil yang sengit khususnya antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR), bermula 9 pagi.

Penyokong-penyokong parti utama yang bertanding berkumpul di kawasan sekitar bandar Kuala Kubu Baru sejak 6 pagi tadi.

Barisan calon bakal bertanding dijangka diketahui dua jam kemudian.


Ketika 37 borang penamaan calon sudah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setakat semalam, BN dan PR serta dua calon Bebas telah mengesahkan persaingan mereka.

BN menurunkan Ketua Penerangan MIC pusat P. Kamalanathan, yang dipilih hanya beberapa jam sebelum pengumuman rasmi parti itu di sebalik kemelut pemilihan calon manakala PR akan meletakkan anggota Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim.

Kamalanathan merupakan muka baru dalam pilihan raya manakala Zaid pernah bertanding di kerusi Kota Baru pada 2004.

Bagi memastikan kelancaran proses penamaan calon pagi ini jalan dari Dataran Kuala Kubu Baru menghala ke pekan itu dijadikan laluan sehala.


Bermula pukul 7 pagi ini sehingga tengah hari ini, jalan itu dijadikan sebagai laluan sehala dan kenderaan yang menghala keluar diminta menggunakan laluan Ampang Pecah menuju ke Rasa, kata polis.

Seramai 1,000 anggota dan pegawai akan bertugas bagi memastikan keselamatan masyarakat serta kelancaran perjalanan pilihan raya kecil tersebut.

Walaupun SPR meminta semua parti yang bertanding tidak membawa penyokong yang ramai ke pusat penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor di sini tetapi ia tidak mematahkan semangat penyokong masing-masing.

Setakat 7 pagi ini kira-kira 3,000 penyokong BN dan PR — terdiri pelbagai umur berkumpul jalan-jalan menuju ke kompleks sukan itu.


Semalam Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata kehadiran ramai penyokong akan menyebabkan kesesakan lalu lintas dan mengganggu rutin harian penduduk tempatan.

“Memandangkan pekan Kuala Kubu Baru tidak besar, kami meminta pemimpin parti menasihatkan penyokong masing-masing supaya berdisiplin dan mematuhi arahan,” katanya.

SPR telah membahagikan kawasan untuk pemimpin dan calon bersama penyokong parti bertanding iaitu BN dan PKR, yang diwakili PKR berkumpul dengan menjarakkan 100m antara mereka.

Abdul Aziz berkata pihaknya turut menyediakan khemah bagi 100 wakil parti pada hari penamaan calon iaitu hanya mereka yang mempunyai pas yang dikeluarkan oleh SPR sahaja dibenarkan memasuki kawasan di dewan itu.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad daripada PKR pada 25 Mac lalu kerana barah otak.

Pengundian akan diadakan pada 25 April ini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails