Geng Aku

Selasa, 10 November 2009

Untuk Yang di-Pertuan Besar'


TUANKU Muhriz tersenyum lebar ketika menyampaikan Piala Malaysia kepada kapten Negeri Sembilan, Rezal Zambery Yahya selepas menewaskan Kelantan 3-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam kelmarin.


Ganjaran istmewa buat pemain, trofi diarak ke semua daerah: Mohamad

SELEPAS berkongsi habuan RM150,000 hasil kejayaan mara ke separuh akhir dan final Piala Malaysia, ganjaran lebih istimewa menanti skuad bola sepak Negeri Sembilan sesudah mengungguli piala berprestij itu dengan menewaskan Kelantan 3-1, malam kelmarin.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan merangkap Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) berkata, pihaknya akan berbincang bagi memutuskan ganjaran terbaik, termasuk wang tunai bagi menghargai dan mengiktiraf kejayaan itu.



“Sesungguhnya kejayaan memenangi Piala Malaysia amat bersejarah kerana kejayaan itu bukan saja menamatkan penantian selama 61 tahun tetapi kita juga berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah sepanjang kempen piala berprestij itu musim ini.

“Jadi, kita akan berbincang bagi memutuskan ganjaran istimewa kepada pemain yang menunjukkan komitmen dan dedikasi tinggi bagi memastikan piala berprestij itu dibawa pulang ke negeri ini,” katanya, semalam.

Ia adalah kejuaraan kedua buat Negeri Sembilan selepas kali pertama memenanginya pada 1948 ketika kejohanan masih dikenali sebagai Piala HMS Malaya, manakala kekalahan Kelantan menyaksikan mereka terpaksa menunggu lama untuk memenangi piala berprestij itu selepas kemunculan semula di pentas final buat kali pertama dalam tempoh 39 tahun.

Mohamad turut menyifatkan kejayaan merangkul piala berprestij itu sebagai hadiah terbaik kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir yang ditabalkan secara rasmi sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, 26 Oktober lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails