Geng Aku

Khamis, 19 November 2009

Nizar V'8! Nik Aziz Tidak Bersalah-Nazri Aziz



Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menyifatkan Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat dilihat tidak bersalah dalam isu tajaaan menunaikan tajaan haji di Makkah oleh individu tertentu.

Beliau secara peribadi berkata, isu tersebut sudah selesai dan berdasarkan laporan akhbar, Mursyidul Am Pas itu menjawab soalan wartawan dengan ‘jujur’ menunjukkan beliau tidak bersalah sekiranya menerima tajaan tersebut.





“Secara peribadinya saya rasa dia tidak bersalah. Lagipun dia (Nik Aziz) tidak pergi ke Makkah bagi haji yang ditaja. Mungkin kerana jawatannya sebagai Menteri Besar menyebabkan isu tersebut menjadi kontroversi.

Nizar V'8! PM Mahu Temui Pepimpin Mca


Perdana Menteri yang sebelum ini berulang kali enggan campur tangan dalam krisis MCA melainkan dijemput, hari ini menegaskan beliau akan menemui pemimpin-pemimpin parti itu bagi menyelesaikan kemelut semasa.

Datuk Seri Najib Razak yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) menyifatkan krisis MCA semakin "teruk" dan "serius".

Najib berkata, beliau akan menemui pemimpin MCA secara individu sebelum Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) yang dijadual 28 November ini.

EGM itu cuba diaturkan oleh kumpulan yang tidak memihak kepada pelan damai yang dibentangkan oleh Presiden parti Datuk Seri Ong Tee Keat bulan lalu.
"Saya akan cari masa untuk menemui mereka secara berasingan," kata beliau selepas merasmikan Perhimpunan Agung Jawatankuasa Paralimpik 2009 di sini pagi tadi.

Ditanya bagaimana beliau hendak menyelesaikan krisis itu, Najib berkata: "Serahkan kepada perkara itu."

Presiden Umno itu menambah akan mengeluarkan kenyataan apabila beliau bersedia untuk berbuat demikian.




Kata beliau, berbanding dengan Umno yang stabil sekarang krisis MCA tidak membawa keyakinan, malah menjejaskan usaha BN untuk memulihkan perikatan itu dan memulihkan imejnya di kalangan rakyat.

"Ia akan menjejaskan usaha-usaha kami untuk memulihkan kedudukan BN di kaca mata orang ramai," katanya.




Najib memberikan ulasan ini sehari selepas MCA berhadapan dengan perkembangan terbaru semalam yang dilihat sebagai mengeruhkan lagi pelan damai.

Semalam, Ong mengumumkan bahawa mesyuarat ahli Jawatankuasa Pusat parti itu menolak EGM yang akan diadakan pada 28 November ini serta mengumumkan pelantikan baru anggota Majlis Presiden yang menyaksikan Ketua Pemuda Datuk Dr Wee Ka Siong dan Ketua Wanita Datin Paduka Chew Mei Fun, yang merupakan penyokong setia kepada Naib Presiden, Datuk Seri Liow Tiong Lai digugurkan daripada menganggotai majlis itu.



Malah semalam Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata MCA mungkin memerlukan lebih masa untuk tempoh bertenang dalam menyelesaikan krisis dalaman parti itu.

Selain berharap pemimpin parti itu dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan lebih berhati-hati supaya keadaan tidak menjadi lebih kusut.

Malah MCA perlu mencari orang tengah dalam menyelesaikan masalah parti itu jika "pihak dalam parti tidak dapat persetujuan."

Ini adalah perkara biasa, malah "dalam persidangan dunia, kita kena cari orang tengah untuk selesaikan," kata Muhyiddin.

Nizar V'8! MB Terengganu Dan Exco Berlepas Ke Tanah Suci



Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said dan isteri Toh Puan Nurliza Mahmud Khamis berlepas ke Tanah Suci melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menunaikan fardu haji.

Rombongan beliau turut disertai Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia negeri Ahmad Razif Abdul Rahman serta isteri Halina Zakaria selain beberapa pegawai kerajaan yang lain.

Ahmad dan isteri yang pertama kali menunaikan fardu haji dijangka pulang ke tanah air pada 9 Dis depan.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mokhtar Nong, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Tengku Putera Tengku Awang, pegawai-pegawai kanan serta kakitangan kerajaan, pemimpin politik adalah antara mereka yang berada di Lapangan Sultan Mahmud (LTSM) di sini bagi mengucapkan selamat jalan kepada beliau.

Nizar V'8! PKR NS sokong siapa sahaja calon Pakatan Kota Siputeh


Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Sembilan, akan menyokong sesiapa sahaja individu yang dicalonkan pucuk pimpinan tertinggi bagi bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh.

Ketua Penerangan PKR Negeri, Ibrahim Yusof berkata, pihaknya akan memberi sokongan kepada sesiapa sahaja calon diletakkan, sekiranya pilihan raya kecil di DUN tersebut diadakan kelak.

“Kita di peringkat pimpinan negeri sentiasa menyokong sesiapa sahaja calon dinamakan, malah akan memberi sokongan penuh dalam setiap aktiviti berkempen.


“Tidak kira calon dari Pas, PKR atau DAP sekalipun, kita akan sokong. Soal siapa bertanding itu tidak penting, yang lebih penting kita dapat merampas kembali kerusi di Kota Seputih, sekali gus memantapkan lagi Pakatan Rakyat dalam kalangan masyarakat.




“Kita yakin, masyarakat setempat pasti akan menyokong PR, sekali gus memberi peluang kepada calon daripada PR mentadbir di kawasan berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Sementara itu, Ketua Pemuda Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Sembilan, Rebin Birham berpendapat, pihaknya juga akan memastikan setiap perancangan dan program diatur bagi pilihan raya kecil itu kelak berjalan lancar tanpa sebarang gangguan.

Katanya, pemuda akan sentiasa bekerja keras dan bersiap sedia membantu calon bertanding bagi mengecap kejayaan.





Tambah Rebin, Barisan Nasional atau Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak perlu bersusah payah membuat rayuan dan menafikan keputusan mahkamah kerana itu adalah satu kerja yang sia-sia.

“Terimalah keputusan dengan hati terbuka dan bersikaplah profesional dengan apa yang diputuskan oleh mahkamah, tidak perlu rasa takut untuk berdepan dengan pilihan raya kecil di situ,” katanya.

Nizar V'8! SPRM terima laporan polis berhubung kes pemilikan saham Azmin



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengesahkan menerima laporan daripada polis berhubung isu pemilikan saham oleh Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali.



SPRM dalam kenyataannya berkata, pihaknya akan mengambil tindakan lanjut dan berharap masyarakat tidak membuat sebarang spekulasi mengenainya.

"SPRM mengesahkan telah menerima laporan daripada polis berhubung kes tersebut dan akan mengambil tindakan sewajarnya. Adalah diharap masyarakat tidak membuat sebarang spekulasi terhadap isu itu,” kata kenyataan tersebut.




Semalam Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dalam sidang medianya berkata, polis telah menyerahkan dokumen bukti pemilikan saham berjumlah RM2 juta oleh Azmin dan isterinya, Shamsidar Tahrin kepada SPRM untuk siasatan lanjut berikutan agensi berkenaan pernah membuka kertas siasatan berhubung kes sama sebelum ini.

Menurut Musa kes tersebut turut dimaklumkan kepada Suruhanjaya Sekuriti kerana ia membabitkan pembelian saham. - Bernama

Nizar V'8! Sidabg DUN Kedah Ditangguh-Air'Cond Rosak

Persidangan hari ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah hari ini ditangguh ke Ahad ini berikutan pendingin hawa dalam dewan mengalami kerosakan dan menyebabkan keadaan panas serta kurang selesa



.

Speaker Datuk Dr Abdul Isa Ismail mengumumkan penanggguhan itu selepas menerima cadangan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak untuk menangguhkan persidangan hari ini, yang disokong Datuk Phahrolrazi Zawawi (PAS-Pengkalan Kundor).

"Peristiwa ini pertama kali berlaku, memandangkan keadaan dewan yang panas, saya menangguhkan sidang dewan ini pada hari Ahad (22 November)," katanya.

Sesi persidangan hari ini merupakan hari terakhir diperuntukkan bagi perbahasan usul terima kasih atas titah Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah ketika merasmikan sidang Dewan dengan sesi penggulungan dijadualkan pada petangnya. BERNAMA

Nizar V'8! Pemimpin BNTerpengaruh Dakyah Ciptaan Yahudi



Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat  Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi berkata ada diantara pemimpin-pemimpin negara umat Islam seluruh dunia termasuk di negara ini terpengaruh dengan dakyah ciptaan Yahudi.


http://www.buletinonline.net/images/stories/berita13/610x.jpgAntaranya, kata beliau adalah mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohammad yang pernah berkata, bukan semua Yahudi dan orang Israel itu jahat.

“Apa yang saya hendak sebut adalah, pemimpin-pemimpin umat Islam di seluruh dunia termasuk (di)negara kita antara mereka yang terpengaruh dengan dakyah dan propaganda  orientalis, kononnya Yahudi tidak jahat,

”kalau saudara masih ingat dulu pernah Tun Dr. Mahathir mengatakan, kenapa kita nak marah kepada Yahudi, kenapa kita nak marah kepada Israel,



“bukan semua Israel itu jahat, ada Israel baik, ada Yahudi baik,”katanya ketika berucap dalam majlis pelancaran program Bersama Intifadah mempertahankan Baitul Maqdis disini.

(Gambar - Ehud Barak, dua dari kanan, Yahudi Israel yang juga Menteri Pertahanan ketika di Pertunjukan Udara Paris, 2009, bertemu dengan pemimpin negara, Datuk Zahid Hamidi yang juga Menteri Pertahanan ketika itu)

bertemu pemimpin Menurutnya, orientalis barat dikalangan Yahudi dan Nasara telah mencipta persepsi yang negatif  menggambarkan Islam sebagai agama penganjur perpecahan, yang penuh dengan hasad dengki dan dendam kesumat.

Oleh kerana itu, katanya, sebahagian umat Islam yang terkeliru, merasa bersalah dan tidak sensitif terhadap isu umat Islam khususnya di Palestin.

”Mereka (orientalis) berjaya mencipta persepsi negatif ini dan  meletakkan umat Islam berasa bersalah untuk menentang Yahudi dan membebaskan Baitul Maqdis,

”sebab  mereka merasakan  ini adalah hak rakyat Palestin tidak ada kena mengena dengan kita di Malaysia, atau Indonesi atau negara-negara yang lain,”tegasnya.





Akibatnya, kata Nasruddin, mereka yang terpengaruh dengan dakyah tersebut menjadi jauh dari al-Quran dan kendur semangat jihad mereka terhadap Yahudi.

Sehubungan itu, hubungan pemimpin negara dengan Yahudi tidak boleh disembunyikan lagi ekoran pertemuan Menteri Pertahanan Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi dengan Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak di satu majlis cocktail di Perancis, semasa pertunjukan udara Paris
, 2009.

Nizar V'8! Rasuah Lagi Teruk Di Bawah Najib.



Negara kita, Malaysia sekarang dipandang lebih ‘rasuah’ daripada tahun sebelumnya, berdasarkan laporan terbaru Transparency International yang dilancarkan hari ini.
http://www.buletinonline.net/images/stories/berita13/image.jpgLaporan yang baru dibentangkan itu mendedahkan indeks persepsi rasuah global 2009 dimana pencapaian Malaysia telah jatuh 9 tangga ke bawah.

Kedudukan terbaru Malaysia adalah ditangga ke 56 berbanding 180 negara di dunia dengan  pencapaian indeks rasuah Negara adalah 4.5 daripada 10, dengan 10 adalah yang paling korup.


Dalam laporan serupa tahun lalu (2008), kedudukan Malaysia adalah ditangga 47 dengan nilai Indeks 5.1.

Tiga negara paling ‘bersih’ di dunia adalah, secara berturutan, New Zealand, Denmark dan Singapura.

Nizar V'8! Royalti minyak: Ku Li timbang pelawaan Anwar Ibrahim



Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah, akan menimbang pelawaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melantiknya sebagai pengerusi kaukus mengenai royalti minyak Kelantan.

Tengku Razaleigh yang terbabit sejak awal penubuhan Petronas itu berkata, buat masa ini beliau memerlukan masa untuk memikirkan mengenai tawaran tersebut. 





"Terlebih dulu saya akan mengikut perkembangan dan tengok sama ada saya boleh menyumbang kerana sebelum ini saya sudah terbabit dengan penubuhan Petronas, memahami kandungan perjanjian, merangka undang-undang berkaitan dengannya.

"Jadi mungkin saya boleh membantu," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini. 




Razaleigh yang juga Ahli Parlimen Gua Musang berkata demikian ketika diminta mengulas pelawaan Anwar baru-baru ini untuk mempengerusikan kaukus mengenai royalti minyak di Kelantan.

Mengenai pertikaian wang ihsan hasil daripada pengeluaran minyak di luar pesisir pantai negeri itu, Tengku Razaleigh berkata perkara itu tidak perlu timbul kerana ia adalah hak rakyat, iaitu tempat di mana minyak itu ditemui. - Bernama

Nizar V'8! Umno Perak Terbahagi 3.



Team PerakEx mendapat maklumat bahawa UMNO Perak kini sedang mengalami krisis hebat. Maklumat daripada orang UMNO sendiri dan ditulis oleh blog PerakKume, antara lain menyebut, “kumpulan Mahyuddin Yassin kini telah pun mula menjalankan gerak kerja menghancurkan Zambry Kader disamping orang Najib juga dikatakan cukup berminat dengan jawatan MB Perak walaupun HARAM.” 



Tulisnya lagi, “[a]da bekas EXCO UMNO sendiri secara terang-terangan menentang Zambry Kader dan meminta najib membuat pertukaran segera MB sebelum menerima padah!!!”

Perebutan itu dikatakan berlaku antara tiga kuasa besar dalam UMNO. Kuasa-kuasa itu adalah dari kalangan orang Najib, orang Muhyiddin dan proksi KJ. 




Dan lagi terdapat juga bekas EXCO yang teringin untuk jadi Adun kembali.

“Pertentangan seorang EXCO dengan seorang Adun yang dikatakan tidak “ngam” dan sering berbalah dalam banyak isu termasuklah pembahagian tender atau projek.

Tulis blog PerakKume lagi, “sikap Adun Bebas yang dah mula bercakap dan memburuk-buruk Zambry kerana menolak permohonan kroni-kroninya untuk mendapatkan projek….” 





Dalam perkebangan yang sama terdapat juga perbualan di kedai-kedai kopi UMNO , “Zambry Kader akan digantikan…..?”

Antara perbualan-perbualannya, “ada diantara Ketua-Ketua Bahagian UMNO telah pun bercakap sendiri dengan Timbalan Presiden UMNO. Zambry tidak sesuai sebagai MB, Zambry bukan orang “najib” bukan orang “mahyuddin”, ini kata mereka.”

Zambry dikatakan sebagai “proksi” KJ di Perak. 






Keretakan UMNO Perak bermula ketika Mahyuddin datang melawat tragedi “jambatan runtuh” di Kuala Dipang dimana Mahyuddin datang bersama 2 Ketua UMNO Perak menaiki helicopter bersama Mahyuddin.

Beberapa “pertemuan sulit” dikatakan telah berlaku bagi menurunkan Zambry Kader di Perak.

Nizar V'8! BN Dan Arak Tak Boleh Dipisahkan,

http://ajijoi.blogspot.com/

Sebuah bangunan baru yang dibina beberapa bulan lalu di Jalan Sultan Azlan Shah Selatan iaitu jalan yang menuju ke Kg Sg Rapat dan juga Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh kini akan dibuka sebagai Pejabat Pemasaran Perak untuk jenama arak popular Guiness Anchor.

Di harapkan semoga kawasan majoriti Melayu yang berhampiran iaitu Kg Sg Rapat dibebaskan segera daripada pengaruh penjualan arak yang menjadi ibu kepada segala maksiat.

Penduduk Melayu di Kg Sg Rapat, Kg Rapat Jaya dan Kg Rapat Jaya Tambahan yang terletak hanya dibelakang pejabat pemasaran arak ini menggunakan laluan dihadapan pejabat tersebut setiap hari untuk ke pusat bandar.

Semoga pejabat pemasaran arak ini dapat dipindahkan jauh daripada kawasan penduduk yang majoritinya Melayu beragama Islam.

Pihak berkuasa tempatan perlu bertindak segera dan lebih peka kepada sensitiviti umat Islam yang berhampiran.

Nizar V'8! Pelan perpaduan bertukar pelan 'pancung'

Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr. Wee Ka Siong menyifatkan pelan perpaduan menyeluruh yang sepatutnya menyatukan ahli-ahli parti bertukar menjadi pelan 'pancung' pemimpin yang tidak sehaluan dengan Presiden.




Beliau yang sedih dan kesal dengan keputusan mesyuarat Jawatakuasa Pusat (CC) MCA melucutkan keanggotaannya serta lapan yang lain dalam Majlis Presiden berkata, Ong Tee Keat hanya mahu pemimpin yang mematuhi arahannya.

"Tee Keat hanya mahu pemimpin yang mematuhi arahannya. Mereka yang mempunyai pandangan berlainan dan ingkar akan diketepi atau digugurkan," katanya.



Bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat tersebut di Wisma MCA hari ini Ka Siong yang juga Timbalan Menteri Pelajaran berkata, muslihat di sebalik pelan perpaduan itu kini jelas iaitu Presiden mahu membina kumpulan yang mematuhi arahannya dan menggugurkan pemimpin tidak sehaluan.

Beliau yang dilihat turut menitiskan air mata juga menyifatkan kumpulan Tee Keat sebagai "kumpulan satu suara" iaitu suara Presiden sahaja.



Sementara itu, Ketua Wanita MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun yang turut digugurkan daripada Majlis Presiden dalam reaksinya berkata: ''Demokrasi dalam MCA telah mati.''

Mengulas keputusan CC itu, Mei Fun sambil menitiskan air mata berkata, keputusan tersebut merupakan sejarah dalam parti dan tidak pernah berlaku sebelum ini.



''Ini kali pertama sayap Wanita dan Pemuda tidak berada dalam Majlis Presiden yang bermakna Tee Keat tidak menghormati Ketua Wanita dan Pemuda parti,'' katanya.

Keputusan pengguguran tersebut diumumkan oleh Tee Keat selepas mempengerusikan mesyuarat berkenaan yang turut menyaksikan CC menolak rancangan mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) kali kedua pada 28 November ini.

Ekoran tindakan itu, Mei Fun merayu kepada para perwakilan pusat parti tersebut agar menyokong dan menghadiri EGM bagi mengembalikan demokrasi dalam parti dan menyatakan suara hati mereka.

''Kami sembilan orang yang digugurkan ini tidak membuat salah, apa yang kami lakukan hanya untuk kebaikan parti,'' katanya.

Menurutnya, tindakan Tee Keat menggugurkan kumpulan sembilan orang itu bertujuan 'membuang' mereka yang tidak sehaluan dengannya.



Hadir sama pada sidang akhbar itu Naib Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Tee Keat selepas mempengerusikan mesyuarat itu mengumumkan rombakan Majlis Presiden sekali gus menyaksikan pengguguran tujuh yang lain iaitu Lee Wei Kiat, Dr. Hou Kok Chung, Datuk Wee Jeck Seng, Yoo Wei How, Gan Hong Su, Wong Nai Chee dan Datuk Wira Chor Chee Heung.

Nizar V'8! Pasukan Yang Telah Layak Ke Piala Dunia FIFA.


Africa

African Zone
53 teams, 5 +1 places
After two preliminary rounds, 20 teams play in five groups of four. The group winners qualify for the FIFA World Cup.

Asia

Asian Zone
43 teams, 4.5 places
Australia, Japan, Korea Republic and Korea DPR qualified directly for South Africa 2010, while Bahrain was victorious in a play-off against Saudi Arabia and now plays in an intercontinental play-off against New Zealand for the last ticket in Oceania/Asia for the FIFA World Cup.

Europe

European Zone
53 teams, 13 places
The European qualifiers began in August 2008, with 53 teams playing in nine groups on a home and away basis.

North, Central America and Caribbean

North, Central American and Caribbean Zone
35 teams, 3.5 places
Twelve teams are contesting Round 3 of North, Central America and Caribbean qualifying. The top two from each of the three groups will advance to the final hexagonal stage, from where three sides will qualify directly for South Africa 2010 and the fourth-placed team will take on the fifth-placed finisher in South American qualifying for a place at the world finals.

Oceania

Oceanian Zone
10 teams, 0.5 places
New Zealand won the Oceanian qualifying section and will now play off against the side who finish fifth in Asian Zone qualifying for a place at South Africa 2010.

South America

South American Zone
10 teams, 4.5 places
The qualification format, which involves a league system with teams playing each other home and away, kicked off in October 2007. The top four go through by right, with the side finishing fifth going into a play-off with the fourth-placed side from the North, Central America and Caribbean Zone.

Host Country

As a host of the 2010 FIFA World Cup Cup™, South Africa automatically qualify for the tournament.
  • South Africa (RSA)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails