Sultan Kelantan Bersama Bapa Dan Ibu Elia Suliana
Isteri kedua Sultan Kelantan, Elia Suliana Ahmad, 31, hari ini  menamakan Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Hamid dan dua  pengawal peribadinya sebagai menghina perintah Mahkamah Tinggi Syariah  di sini kerana tidak membenarkannya melawat baginda yang sedang gering  di Singapura.
 
Elia Suhana sebelum ini berjaya mendapat perintah mahkamah untuk  membenarkan beliau melawat Sultan Ismail Petra di Hospital Mount  Elizabeth, Singapura.
Perintah itu dikeluarkan pada 4 Febuari lalu, membenarkan Elia Suhana  melawat dan bersama Sultan Kelantan di hospital berkenaan bermula jam 7  pagi Sabtu hingga jam 7 pagi Isnin setiap minggu secara eksklusif tanpa  gangguan pihak lain.
Perintah tegahan turut dikeluarkan terhadap Raja Perempuan Kelantan,  Tengku Anis Tengku Abdul Hamid atau wakil-wakil baginda daripada  mengganggu proses berkenaan dan waktu melawat ditentukan menerusi hak  giliran.
 Tengku Anis
Bagaimanapun, beliau tidak berjaya dalam percubaan melawat suaminya  walaupun telah mendapat perintah mahkamah kerana dihalang oleh Tengku  Anis dan dua orang pengawal peribadinya iaitu Mohamad Shahriman Zainal  Abidin dan Zaiton Hussein Marican yang dinamakan sebagai responden dalam  afidavitnya yang dikemukakan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini.
Peguam belanya, Fakhrul Azman Abu Hassan ketika ditemui di luar dewan  Mahkamah Tinggi Syariah berkata, mereka juga telah berjaya mendapatkan  perintah mahkamah bagi membolehkan polis membantu Elia Suhana  menyerahkan perintah ini kepada ketiga-tiga orang responden tersebut.
 Sultan Kelantan
Menurutnya, ketiga-tiga responden itu diarahkan hadir ke mahkamah  pada 7 Mac depan untuk memberi sebab mengapa mereka menghalang arahan  mahkamah dan alasan mengapa tindakan tidak patut diambil terhadap  mereka.
“Mulai sekarang, Elia Suhana akan melawat Sultan Kelantan dengan  diiringi polis kerana beliau ingin bertemu suaminya yang tidak ditemui  sejak enam bulan lalu,” kata peguam itu lagi.
Tambah beliau, anak guamnya itu telah dihalang oleh tiga orang  responden tersebut daripada menemui suaminya dan telah membiarkan Elia  Suhana menunggu di lantai Hospital.
Fakrul Azman berkata, perintah mahkamah itu akan diserahkan kepada  responden dengan bantuan polis.