Geng Aku

Isnin, 6 April 2009

MAT REMPIT BERSAMA BENDERA PARTI MASING-MASING.

Mat rempit dari penyokong BN















Mat rempit dari penyokong PAKATAN RAKYAT






Di Bukit Gantang,




PAS ada mat rempit dan begitu juga BN.




Kedua-dua kumpulan mat rempit ini berkeliaran di bandar dan kampung sambil
membawa
bendera parti masing-masing.




Yang membimbangkan penduduk adalah kalau-kalau ada pihak yang mengapi-apikan mereka
sehingga melibatkan pergaduhan antara mereka atau melanggar peraturan jalan raya di sana.




PAS Terengganu mempunyai pengalaman ngeri dalam pilihan raya 1990 apabila mat
rempit yang berarak membawa bendera PAS didakwa telah menyebabkan
pengundi meluat dan takut untuk mengundi PAS.


KHALID MAHU RAKYAT BATANG AI JADI PENARAJU PERALIHAN KUASA DI SARAWAK,




Monday, 6 April 2009 • Kategori: Berita Negeri, Berita Semasa, Berita Utama, Nasional, Parlimen, Sarawak

LUBOK ANTU, 6 April (SK) : Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim hari ini berada di Dun N25 Batang Ai untuk memberi semangat dalam persiapan terakhir menjelang pilihanraya kecil esok dengan mesage mahukan rakyat Batang Ai menjadi peneraju bagi perubahan kuasa di Sarawak.

Beliau kembali ke Batang Ai untuk kali kedua dengan strategi yang lebih mantap untuk membantu calon Pakatan Rakyat Jawah Gerang untuk memenangi kerusi Dun tersebut.

Antara strategi akhir beliau ialah dengan mengadakan program lawatan di Mepi Pasir dan Changkol dimana perjumpaan dengan pengundi atas pagar untuk memberi penerangan yang tepat menganai Pakatan Rakyat.

Khalid menyeru supaya rakyat di Batang Ai berani berubah dan menjadi peneraju kepada perubah kuasa di Sarawak.

Dalam ucapan beliau, Khalid berkata bahawa Jawah Gerang disifatkan sebagai ‘Bujang Berani’ (wira) kepada KeADILan Sarawak.

“Marilah kita jadikan Batang Ai permulaan perubahan politik di Sarawak dan seterusnya kita kembangkan ke seluruh Sarawak dan Sabah. Saya amat yakin Jawah dapat melakukannya,” tegas Khalid.


Sementara itu, bagi mematahken serangan Barisan Nasional iaitu Presiden PRS James Masing yang menyatakan bahawa selama 22 tahun Jawah berkhidmat sebagai adun di Batang Ai, tiada sebarang perubah yang berlaku di kawasan itu.

Jawah berkata bahawa kenyataan itu telah memakan diri James sendiri yang mengutuk mendiang Dublin Unting sebagai Adun Batang Ai dibawah BN sebagai serangan strategi salah.

“Umum tahu bahawa mendiang Unting adalah ahli kabinet Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud dan beliau selama menjadi Adun BN, tiada sebarang perubah yang berlaku dasana kecuali rampasan tanah adat yang berleluasa,” kata Jawah kepada The Broken Shield (seorang bloger dari Sarawak)

“Saya seorang Adun biasa, jangan salahkan saya kerana saya tidak memegang sebarang jawatan dalam kementerian,” Jawah berkata.

James yang juga Menteri Pembangunan Tanah Sarawak pernah menyatakan bahawa Adun tidak mempunyai kuasa dalam pelan pembangunan tanah, yang berkuasa hanyalah Ketua Menteri Sarawak.

“Kalau beliau (Taib Mahmud) mahu, semua boleh jadi, lihat saja di kawasan beliau di Mukah, lebih dari RM1 billion telah diperuntukan untuk pembangunan di sana,” jelas Jawah lagi.

DUN N29 Bukit Selambau : AMK bongkar 4,000 hantu, Wanita berjaya sedar 1,000 pengundi muda atas pagar

Monday, 6 April 2009 • Kategori: Berita Negeri, Berita Semasa, Berita Utama, Kedah, Nasional, Parlimen


SUNGAI PETANI, 6 April (SK): GERAK kerja dan strategi Pakatan Rakyat di Dun N29 Bukit Selambau telah dimulakan dengan pencarian pengundi Hantu ‘Ghost busters’ oleh Angkatan Muda KeADILan (AMK) dan Wanita bagi memastikan peningkatan peratusan pengundi atas pagar.


Ketua AMK Syamsul Iskandar Mohd Akin yang mengetuai gerak kerja hari ini melaporkan bahawa seramai 4,000 pengundi hantu telah dikenalpasti di kawasan Bukit Selambau.
Sebanyak lapan pasukan berkereta telah menjelajah keseluruh kawasan Bukit Selambau dengan hasil yang menakjubkan seperti mengenalpasti beberapa sebuah keluarga terdiri dari tiga anggota dalam satu alamat rumah yang layak mengundi tetapi di rekodkan seramai 20 orang.
“Bagi AMK, ini satu kejayaan bilamana pasukan kami dapat mengesan seramai 4,000 pengudi hantu disini,” jelas Syamsul kepada Suara Keadilan.

“Tindakan yang akan kami lakukan adalah memastikan perkara ini di semak dengan teliti semasa proses pengundian esok,” tambah Syamsul.


Hari ini, AMK akan mengerahkan petugas-petugas Pakatan Rakyat untuk membuang dan menarik turun banner-banner berunsur lucahmenghina Pakatan Rakyat.

“Gerak kerja hari ini diteruskan dengan membuang banner-banner sebegitu rupa serta risalah yang tidak mempunyai lambang yang disebarkan di serata teempat di Bukit Selambau,” kata Syamsul lagi.


Sementara itu, Ketua Wanita KeADILan Zuraidah Kamaruddin berkata bahawa wanita telah menganjurkan program ‘Pintar’ untuk menarik pengundi muda dan pengundi atas pagar dengan memberi penerangan terperinci tentang Pakatan Rakyat.

“Pihak wanita telah mengenalpasti seramai 1,000 pengundi atas pagar yang terdiri daripada pengundi muda Melayu di Batu Belacan, Sungai Petani,” jelas Zuraidah kepada Suara Keadilan.


Ceramah-ceramah yang diadakan di lima kawasan yang dikenalpasti mempunyai pengundi atas
pagar Melayu dan Siam iaitu di Tasik Apong, Bandar Baru, Bukit Lembu, Kuala Sin dan Laguna.

“Lima tempat yang dikenalpasti ini amat penting bagi wanita untuk memberi kesedaran kepada pengundi atas pagar dan pengundi muda untuk memihak kepada calon Pakatan Rakyat iaitu S Manikumar.

RAKYAT MALAYSIA DI SINGAPURA BANTU KEMPEN PRK.



THIS GROUP DROVE UP FROM SINGAPORE.


THEY ARE MALAYSIANS.



SOME WORK IN SINGAPORESOME ARE IN UNIVERSITY.


THEY MET UP WITH THE BARISAN RAKYAT BLOGGERSTHIS AFTERNOON.


THEY CAME TO DO THEIR BIT FOR YB NIZARTHEY ARE ANGRY YOUNG MALAYSIANS.


ANGRY ENOUGH TO SACRIFICE THE WEEK-ENDTO CONTRIBUTE TOWARDS A BETTER MALAYSIA.


THEY ARE ANGRY BECAUSE SOMETHING WASSTOLEN.PEOPLE OF SARAWAK, PERAK, KEDAH


GET ANGRY FOR A DESERVING CAUSE....A NEW MALAYSIA.


+++++++


THE BARISAN RAKYAT,THE SARAWAK BLOGGERS.



THE PERAK BLOGGERS


salute these Malaysians from Singapore.

BUKIT SELAMBAU-SPR JANGKA 80% KELUAR MENGUNDI ESOK


Monday, 6 April 2009 • Kategori: Berita Semasa, Berita Utama, Kedah, Nasional


KUALA LUMPUR, 6 APRIL (SK) - KIRA-KIRA 80 Peratus dijangka akan memilih wakil rakyat mereka bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau esok, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang akan diadakan esok.


Dalam laporan media, Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan Omar berkata peratusan keluar mengundi dijangka lebih tinggi memandangkan jumlah calon yang bertanding pada kali ini lebi ramai.


Pada pilihanraya ke 12, Mac 2008 hanya kira-kira 73.7 peratus keluar mengundi, dan dijangka jumlahnya akan meningkat kerana keadaan politik masa kini.


Bagi kerusi Dun Bukit Selambau, kira-kira 35,125 pengundi dan 15 pemilih pos yang berdaftar layak mengundi.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails