Geng Aku

Rabu, 18 November 2009

Nizar V'8! Anwar tetap ketuai Pakatan-MP


Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap akan mengetuai Pakatan Rakyat walaupun ada cadangan supaya Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilantik sebagai penasihat gabungan pembangkang itu, kata seorang ahli parlimen PKR.

"Jelaslah Anwar (mempengerusikan Pakatan). Perkara ini sudah dipersetujui dari awal lagi, (sejak) daripada (penubuhan) Barisan Alternatif kepada Pakatan Rakyat," kata wakil rakyat Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin.




"Anwar dipersetujui untuk mengetuai (Pakatan). Apabila insya Allah kita menang dalam pilihan raya umum yang akan datang, kita akan angkat Anwar sebagai perdana menteri Malaysia."

Zulkifili mengulas tentang isu peneraju utama Pakatan apabila ia didaftarkan secara rasmi sebagai parti yang menggabungkan PKR, DAP dan PAS dalam rancangan bual bicara isu semasa Hujah di sebuah televisyen malam tadi.



Datuk Zaid Ibrahim, seorang anggota biro politik PKR yang ditugaskan untuk mengukuhkan gabungan itu, baru-baru ini mencadangkan Nik Aziz dilantik sebagai "pemimpin rohani" Pakatan.

Diwawancara ahli sains politik Prof Dr Mohammad Agus Yusoff yang mengendalikan program popular itu, Zulkifili bagaimanapun berkata perkara itu akan dibincangkan dalam sebuah konvensyen tiga parti itu pada pertengahan bulan depan.

"Yang Datuk Zaid maksudkan, kita letakkan Tok Guru Nik Aiz sebagai faktor penyatu kerana 
kewarakannya," katanya. 




"Bagaimanapun, kita tunggu perbincangan Disember ini sama ini kita setuju struktur seperti itu atau kita hendak kekalkan seperti sedia ada ini."

Ditanya perbezaan peranan antara seorang "pemimpin rohani" dan pengerusi Pakatan, Zulkifili berkata:

"Pemimpim rohani seperti penasihat, (beliau) boleh beri teguran dan berada di atas parti."

Nizar V'8! Sukar dapatkan semula kerakyatan jika dilepaskan




Rakyat Malaysia yang melepaskan taraf kewarganegaraan mereka akan berdepan kesukaran sekiranya mereka memohon semula untuk mendapatkan status sebagai warga negara, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.



Timbalan Perdana Menteri berkata, adalah penting bagi mereka berfikir dengan mendalam terlebih dahulu sebelum “membuang” kewarganegaraan mereka untuk menetap di negara lain.

Beliau berkata tindakan itu yang diambil oleh segelintir rakyat Malaysia adalah atas kehendak mereka sendiri dan bukan kerajaan yang membuat keputusan itu.

"Agak sukar bagi mereka yang melepaskan kewarganegaraan untuk mendapatkannya semula,” katanya semasa sesi dialog bersama masyarakat Malaysia di Itali pada Selasa malam.

Timbalan Perdana Menteri menjawab soalan sama ada kerajaan akan memberi pertimbangan untuk mengembalikan semula kewarganegaraan kepada rakyat Malaysia telah melepaskan kerakyatan mereka. - Bernama

Nizar V'8! Liow dakwa presiden MCA guna taktik cantas, hapus pemimpin .



Datuk Seri Liow Tiong Lai, mendakwa Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat, menggunakan taktik cantas dan hapus pemimpin yang tidak sehaluan dengannya, dan terbaru dalam rombakan Majlis Presiden, hari ini.

Dalam rombakan itu, sembilan ahli MCA digugurkan daripada Majlis Presiden termasuk Ketua Wanita, Datin Paduka Chew Mei Fun, dan Ketua Pemuda, Datuk Dr Wee Ka Siong.


Menangis Kerna Digugurkan

Nizar V'8! Transparency puji Selangor, indeks Malaysia terus jatuh.


Walaupun para pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) silih berganti membuat siasatan ke atas pemimpin kerajaan Selangor, Transparency International Malaysia(TI-M) memuji negeri Pakatan Rakyat itu bahkan wajar dijadikan contoh.

Presiden TI-M, Datuk Paul Low berkata sikap kepimpinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam memacu Selangor jelas menunjukkan kerajaan negeri ini merupakan kerajaan yang adil dan telus mencakupi semua aspek.

Katanya, peranan Khalid dalam menangani rasuah di Selangor merupakan satu perkembangan positif dalam arena politik negara.

“Saya yakin MB Selangor mempunyai kehendak politik yang kuat untuk memerangi rasuah sebagaimana yang ditunjukkannya di Selangor," kata Paul dalam satu sidang media selepas mengumumkan Indeks Persepsi Rasuah 2009,di Kelab Golf Di Raja Selangor.




Beliau menambah, pentadbiran terbuka yang diamalkan Selangor dan perkembangan yang berlaku di negeri ini harus menjadi contoh kepada semua tanpa mengira fahaman politik supaya negara bebas dari rasuah.

Katanya, pentadbiran telus yang diamalkan Selangor bukan sahaja penting bagi aspek intergriti tetapi dalam menjaga kestabilan ekonomi negara.
 
Indeks Malaysia menjunam

Dalam sidang media yang sama, TI-M memaklumkan, indeks persepsi rasuah Malaysia yang dipimpin Datuk Seri Najib razak terus menjunam.




Malaysia menduduki tangga ke 56 daripada 180 negara dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) dunia 2009.

Malaysia mencatatkan penurunan dalam indeks persepsi rasuah pada tahun ini dengan hanya memperoleh 4.5 mata berbanding 5.1 mata pada 2008.

Kemerosotan berkenaan jelas menunjukkan kegagalan negara memerangi rasuah walapun pelbagai janji dibuat pihak berkuasa untuk menanganinya.

Menurut Presiden TIM,Paul Low, banyak faktor yang menyumbang kepada berlakunya kemerosotan negara memerangi rasuah.

Namun, beliau menekankan pencegahan amalan rasuah haruslah bermula dari pemimpin dengan nilai intergriti yang tinggi untuk membanterasnya.

“Jika anda mempunyai pemimpin yang tidak memberikan tauladan yang baik unjtuk diikuti, anda tidak boleh harap golongan muda kita mengikut apa yang baik kerana mereka hanya mengikut apa yang pemimpin buat.

"Di Malaysia, ia bukan isu mempunyai negara yang demokratik atau pilihan raya. Kita ada tetapi dalam masa yang sama kita dengan banyak tentang lompat parti dan isu berkaitan dengannya, ada yang dibayar. Jadi ia bukan soal demokrasi tetapi soal kehendak politik," katanya.

Dalam laporan berkenaan, New Zealand berada di kedudukan pertama negara yang kurang kegiatan rasuah dengan catatan tertinggi 9.4 mata, manakala Somalia berada di kedudukan terakhir kerana mencatatkan amalan rasuah tertinggi dengan catatan CPI 1.1 mata.

Perbandingan antara negara Asean menunjukkan Malaysia berada di tempat ketiga selepas Singapura dengan catatan 9.4 mata dan Brunei dengan CPI 5.5 mata, manakala Indonesia di tempat keempat.

Walaubagaimanapun, Indonesia mencatatkan kenaikan,apabila mencatatkan CPI 2.8 berbanding 2.6 tahun lalu.

Nizar V'8! Debat Royalti: Nazri Aziz diminta pegang pada janji

Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohammed Nazri Aziz menunaikan janjinya untuk berdebat secara terbuka mengenai isu Royalti Petroleum Kelantan.



Salahuddin dalam satu sidang media di lobi parlimen petang semalam berkata, PAS akan menubuhkan satu jawatankuasa teknikal bagi menetapkan tarikh dan tempat untuk diadakan debat tersebut.

"Saya harap Datuk Nazri akan berpegang pada janjinya untuk mengadakan perdebatan terbuka ini.Beliau dah bagi persetujuan di dalam dan luar dewan untuk berbahas mengenai royalti,"




"Saya akan bincang dengan Datuk Nazri, mungkin kita akan tubuhkan jawatankuasa untuk bincang tentang debat ini di pihak saya dan juga pihak beliau dan  saya akan bincang jugak dalam parti tentang perkara ini dan tempat dan tarikh akan diberitau secepat mungkin kepada media," katanya.

Sehubungan itu, beliau mengharapkan respon positif daripada Nazri.



Dr. Dzulkifli Ahmad (PAS-Kuala Selangor) pula berkata, wakil rakyat Pakatan Rakyat telah berhujah berhabis-habisan untuk menyangah penyelewengan fakta yang dinyatakan oleh Nazri sewaktu ucapan pengggulungannya petang tadi.

Namun ujarnya, Menteri dan Kerajaan Barisan Nasional masih ingin menegakkan benang yang basah dengan memberikan alasan Kelantan tidak berhak ke atas royalti tersebut.

"Kita (Pakatan Rakyat) telah berhujah habis-habisan tadi.Wakil Machang, Ipoh Timur dan saya sendiri.Nyata bahawa menteri dan kerajaan Barisan Nasional bertegas tidak mahu memberi royalti ini kepada kerajaan negeri kelantan atas alasan tidak ada hak.Apa yang ada cuma ihsan belas daripada kerajaan persekutuan," katanya.



Bercakap dalam sidang media yang sama,Yusmadi Yusuf (PKR-Balik Pulau) pula mencadangkan suatu pendakwa bebas diadakan dalam menyelesaikan kes video klip Datuk VK Lingam.

"Saya ingin mencadangkan agar satu pendakwa bebas seperti yang dilakukan oleh negara lain sewaktu kepentingan negara terutama yang berpofil tinggi wujud dan itutelah disahkan oleh menteri tadi.mereka tidak mempertikai kesimpulan oleh suruhanjaya diraja," jelasnya.

"Ketika skandal seks bekas Presiden Amerika Syarikat Bill Clinton dan Monica Lywinsky, maka dilantik seorang Pendakwa Bebas (yang bernama) Cannestar, ketika berlaku monopoli dalam Microsoft, maka dilantik (Pendakwaraya Bebas) dilantiknya David Boyz. Mereka ini dikenali sebagai bekas pendakwaraya yang bebas," jelasnya.

"Kerajaan boleh berbuat demikian kalau ada iltizam politik kerana Pendakwaraya sendiri (iaitu) Abdul Ghani Patail secara peribadi, bukan secara institusi dipertikai...maka Yang Dipertuan Agong perlu melantik semula seorang yang dikenali bebas untuk menguruskannya, inilah yang kerajaan perlu buat."

Beliau juga mendesak kerajaan memberi respon segera dalam dewan perbahasan dalam masa terdekat.

Nizar V'8! Mengaku Tidak Bersalah-Asri

Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin tidak mengaku salah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pagi ini atas tuduhan mengajar agama tanpa ditauliah.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 119 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003 kerana mengajar agama atau perkara mengenai Islam di negeri itu tanpa tauliah daripada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.Sebelum ini, Dr Mohd Asri telah ditahan Jais kerana didakwa mengajar agama di Ulu Kelang tanpa tauliah pada 1 November lalu.

Mahkamah membenarkan beliau diikatjamin sebanyak RM3,000 dengan dua orang penjamin.

Mahkamah juga menetapkan perbicaraan kes ini didengar pada 5 Januari depan di mahkamah yang sama.

Dr Mohd Asri tiba di mahkamah kira-kira jam 8.30 pagi bersama dengan bekas menteri besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Turut hadir memberi sokongan ialah kira-kira 80 pengikut dan bekas anak murid Dr Mohd Asri.

Mahkamah mula mendengar 9.18 minit dalam dewan mahkamah yang sesak dengan orang ramai.

Turut hadir ialah Datuk Paduka Marina Mahathir.

Nizar V'8! Kota Siputeh : Adakah Mahkaman Rayuan Akan Kembali Pertahankan Adun BN..??



Peristiwa yang berlaku di Perak hampir pasti akan berulang di Kedah. Mahkamah Tinggi Persekutuan telah mengisytiharkan kerusi DUN Kota Siputeh kosong. Apapun apabila Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri memberi komen untuk menunggu keputusan Mahkamah Rayuan bermakna akan berlaku satu lagi keputusan mengejutkan, sama seperti yang berlaku di Perak.




Mungkin Mahkamah Rayuan akan membuat keputusan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi. Bermakna Abu Hassan akan terus jadi ADUN Kota Siputeh dan pilihanraya sudah pasti tidak akan diadakan. Inilah sendiwara yang bakal berlaku.



Lakonan ini dah berlaku di Perak apabila Mahkamah Tinggi mengsiytiharkan YAB Datu Seri Nizar kekal sebagai MB Perak. Tetapi Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan tersebut dan tertangguh sampai sekarang. Kalau jawatan Menteri Besar depa boleh buat, apatah lagi jawatan ADUN saja.

Itulah jadinya apabila negara ini sudah jadi macam filem hindustan. Polis, mahkamah, peguam, SPR, SPRM, Tentera dan semua agensi dikuasai dan mengikut telunjuk Bapak-bapak Menteri yang korupsi dan penjenayah profesional.

Nizar V'8! Anwar Tidak Kecil Hati Dianggap Bukan Pakar Ekonomi .



Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak terasa hati dengan kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa beliau bukan seorang pakar ekonomi.

Katanya, perasaan itu disuarakan memandangkan Dr Mahathir ketika memegang jawatan Perdana Menteri sebelum ini pernah memujinya sebagai Menteri Kewangan dan pembentang pakej belanjawan yang terbaik dalam sejarah. 




"Saya tidak terasa hati sebab dia dah puji saya banyak sebelum ini, sesekali dia keji saya pun tidak apalah.

“Sebab dia pernah kata saya menteri kewangan terbaik, belanjawan terbaik dalam sejarah sekarang dia kata menteri kewangan terburuk, ok lah,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Kelmarin, Dr Mahathir berkata Anwar tidak tahu sangat mengenai ekonomi dan hanya pandai bercakap.

Dr Mahathir berkata, semasa Anwar menjadi Menteri Kewangan ketika berlaku krisis kewangan, Anwar telah menerima pakai pendekatan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) yang memburukkan lagi keadaan di negara ini.

Nizar V'8! PAS Sudah Kenal Pasti Calon-Azizan

Pas sudah bersedia menghadapi pilihan raya kecil DUN Kota Siputeh berikutan berlaku kekosongan kerusi itu seperti yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam.


Menteri Besar yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, calon yang sesuai sudah dikenalpasti sejak beberapa waktu lalu walaupun mengakui itu adalah kubu kuat UMNO dan Barisan Nasional (BN).

"Kita menghormati keputusan mahkamah dan tidak pernah menyalahkan  Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengenai masalah yang berbangkit.

“Mungkin mereka mempunyai tafsiran undang-undang yang berbeza dengan kita," katanya kepada media selepas membentangkan Bajet 2010 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di sini, hari ini.

Nizar V'8! Asri Dibicara Hari Ini.

Bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin tiba di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini bersama-sama bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim pada kira-kira pukul 8.20 pagi ini.




Turut hadir di mahkamah ialah hampir 50 orang penyokong bekas mufti itu.

Dijangkakan hampir 400 orang lagi akan hadir dari Perlis untuk menyokong beliau.
Dewan Mahkamah Rendah Syariah itu sesak sehingga ada yang terpaksa berdiri apabila pintu dewan mula dibuka tepat pukul 9 pagi.



Kesemua mereka hadir bagi memberi sokongan kepada Dr. Asri yang didakwa kerana mengajar tanpa tauliah.

Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengajar agama Islam tanpa tauliah.

Beliau didakwa melakukan perbuatan tersebut pada 1 November lalu di sebuah kediaman di Taman Sri Ukay, Ampang, di sini.

Jika sabit kesalahan, beliau boleh didenda RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Nizar V'8! Najib Sertai Facebook.



Datuk Seri Najib Tun Razak kini menyertai Facebook, laman networking sosial, yang makin popular di Malaysia -- sebagai satu lagi saluran untuk menghubungi rakyat.

Laman Facebook Perdana Menteri boleh dibaca di www.facebook.com/najibrazak.

"Dalam hal blog ini dan halaman Twitter saya, saya akan gunakan Facebook untuk menyampaikan fikiran dan aktiviti saya kepada anda.


"Selain memuat kemaskini status, saya akan memperkongsikan pautan, foto Flickr, video dari YouTube dan maklumat mengenai minat saya seperti masakan kegemaran saya, kegemaran pada masa lapang," katanya dalam posting terbaru di blog beliau.

Najib juga menggesa orang ramai melawati Facebooknya dan memperkongsikan pendapat mereka bagi menambahbaik halamannya.

Perdana Menteri berkata setelah mendapat galakan oleh jumlah pengikut di Twitternya, beliau akan terus mengemaskini pemikirannya menerusi Twitter.


Sementara itu, tinjauan di halaman Facebook beliau menunjukkan beliau telah menyertai jaringan itu pada pertengahan Oktober dan sehingga ini ada 804 penyokong.

Kiriman beliau yang kebanyakannya berhubung dengan isu-isu semasa dalam negara juga mempelawa komen daripada pembaca.

Di seksyen maklumat Facebook itu, Najib juga memuat informasi peribadi dan minatnya termasuk lagu dan muzik, tayangan gambar dan petikan kata-kata favorit.

Ketika menerangkan mengenai dirinya, beliau berkata: "Kehidupan saya cukup sibuk, tetapi saya sukakannya. Pada masa lapang, saya memberi tumpuan kepada makan tengah hari Ahad bersama keluarga, menonton tv dengan anak-anak saya dan pergi bercuti".



Beliau menyebut bapanya yang juga perdana menteri kedua Malaysia Allahyarham Tun Abdul Razak mempunyai pengaruh terbesar ke atas dirinya.

"Tetapi saya mengkagumi kepetahan Sir Winston Churchill berucap dan sikapnya yang tidak sekali-kali mengalah, Nelson Mandela kerana pengorbanannya dan kerana tidak pernah mengelak dari berdepan dengan keadaan yang bertentangan dan JFK," ujar beliau.

-- BERNAMA

Nizar V'8! Satim Diman disiasat kritik MB.



SATIM DIMAN

Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor semalam meluluskan usul mengheret Timbalan Ketua Pembangkang, Datuk Mohamed Satim Diman ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan (JKHK) kerana didakwa mengkritik Menteri Besar Selangor.

Pada sesi perbahasan Bajet 2010 Selangor 11 November lalu, Mohamed Satim didakwa mengeluarkan kenyataan mengenai kesangsian rakyat terhadap keupayaan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menguruskan kewangan kerajaan negeri dalam peruntukan bajet.

Mohamed Satim didakwa mengaitkan perkara itu dengan ketidakupayaan Abdul Khalid membayar pinjaman berjumlah RM66.6 juta untuk membeli RM200 juta saham Kumpulan Guthrie Berhad pada 1998.

Kegagalan itu, menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Serdang itu membuktikan Menteri Besar tidak berhemat dan gagal menguruskan kewangan sendiri.

Ekoran kenyataan itu, Abdul Khalid yang juga ADUN Ijok mengemukakan usul supaya Mohamed Satim disiasat JKHK.



Speaker, Teng Chang Khim berkata, kenyataan Mohamed Satim perlu dirujuk kepada JKHK bagi memastikan kesahihannya.

Selamat Tinggal ERA.





LIMA tahun berpayung di bawah stesen Radio Era sambil menjalani setiap momen manis dan emosi menggembirakan, penyampai radio terkenal, Nurul Hana Che Mahazan atau satu Malaysia mengenalinya sebagai Nana mengaku terbuka menerima perpindahannya ke tempat baru, X FM.

Tidak pernah sesekali berduka mahupun menangisi dengan mandat baru untuk berpindah ke stesen radio lain, wanita jelita berusia 26 tahun itu tetap akur dengan keputusan muktamad orang kuat Era, Nazri Noran dan pihak pengurusan AMP Radio Networks.

Benar, nampaknya selepas ini tiada lagi kedengaran suara dan keletah ceria Nana berkumandang menghiburkan hati yang rawan seperti peminat terbiasa dengar di Era bermula tahun 2004.

Mulai 23 November ini, Nana dengan dengan rasminya bergelar penyampai X FM sekali gus stesen radio yang disasarkan untuk golongan muda itu dilihat menjadi tempat berteduh baru untuknya selepas menabur jasa dan bakti yang tidak terbalas di Era.

Nana yang dihubungi Kosmo! kelmarin berkata berita pertukarannya daripada Era ke X FM disampaikan sendiri oleh Nazri pada 11 November lalu lantas dia harus mengucapkan salam perpisahan kepada seluruh pengikutnya pada Jumaat lalu.

"Pada waktu itu saya memang terkejut apabila dikhabarkan oleh Nazri tentang perpindahan saya ke X FM. Terus-terang, saya sedikit tergamam apatah lagi kalau diikutkan saya adalah penyampai paling senior di situ.

"Setelah dijelaskan tentang relevannya perkara ini, barulah saya faham dengan kedudukan sebenar dan niat baik pihak pengurusan yang inginkan saya mencipta lebih banyak kejayaan walaupun berada di stesen radio lain.

"Alhamdulillah, saya dapat menerima pertukaran ke tempat baru dengan rela hati tanpa sedikitpun membantah dengan apa yang sudah dirancangkan oleh AMP Radio Networks.


MENERIMA dengan hati terbuka Nana tidak menafikan yang dia bersedih kerana perlu meninggalkan stesen kesayangannya.


"Lagipun saya tidak kisah kerana selagi dapat melakukan kerja yang diminati sepenuhnya dalam bidang penyiaran radio ini, ia sudah cukup membahagiakan hati saya.

"Tipulah kalau saya cakap tidak sedih langsung apabila kena bertukar ke tempat kerja lain. Tetapi pertukaran ini dianggap sebagai perkara yang positif. Apa saja yang dirasakan terbaik oleh pihak pengurusan maka bagus jugalah kepada saya," katanya dalam lontaran suara berbaur angin optimis.

Biarpun begitu, Nana tidak mampu menipu diri sendiri apabila memperkatakan tentang seribu kemanisan yang dikecapi dengan Era sebelum ini. Stesen radio itu baginya, ibarat kehidupan untuk manusia bernama Nana.

"Sejak menyertai Era beberapa tahun lalu, saya begitu komited menjalankan tugas yang diamanahkan sebagai penyampai. Ditambah kerjaya ini merupakan minat utama maka saya sentiasa belajar bermacam-macam perkara baru tentang dunia penyiaran radio.

"Tidak terkecuali, saya sentiasa berusaha sedaya-upaya untuk memperbaiki diri dari semasa ke semasa.

"Disebabkan sanggup menumpahkan seluruh jiwa dan raga terhadap stesen radio ini sampaikan saya anggap 'darah hijau' Era ibaratnya sudah mengalir laju dalam tubuh serta sebati dengan diri selama ini.

"Selain itu, Era menjadi tempat saya menimba pengetahuan dan pengalaman baru dalam hidup. Masakan tidak, saya mula bertatih dan menapak sebagai penyampai dengan stesen radio ini," akui anak kelahiran Muar, Johor Darul Takzim itu dalam nada tenang.

Sepanjang tempoh lima tahun bersatu dengan Era, tidak dinafikan banyak mengajar Nana tentang definisi kesabaran apatah lagi stesen radio itu sebelum ini meraih carta sebagai yang terunggul di Malaysia.

"Saya jadi lebih sabar sebab semasa Era berada di tempat pertama sebagai stesen radio yang mendapat jumlah pendengar tertinggi, kami tidak sunyi daripada kritikan sesetengah pihak di luar sana.

"Ada ramai orang yang asyik memerhatikan segala tindak-tanduk kami sekali gus menunggu waktu yang sesuai untuk mengutuk segala salah dan silap Era. Situasi ini membuatkan saya perlu bersedia untuk menerima segala hakikat dan tekanan.


NANA sudah bersedia memulakan tugas di X FM 23 November ini.


"Secara tidak langsung, ia menjadikan saya sebagai insan yang tabah untuk berdepan dengan segala rintangan dan dugaan," luah Nana bersungguh-sungguh.

Nana tidak bermasalah

Perpindahan isteri kepada Pengurus Saluran Hitz FM, Mohd Raqeem Brian itu turut menyebabkan tersebarnya khabar angin bahawa dia mengalami masalah disiplin atau dengan individu tertentu di Era, lantas pihak pengurusan terpaksa mengambil keputusan drastik untuk menggugurkan namanya keluar daripada deretan para penyampai Era.

"Kalau saya bermasalah, anda boleh tanya sendiri kepada Nazri tentang penilaian prestasi mutu kerja saya. Sedangkan pihak pengurusan mengakui saya menjadi antara pekerja yang menunjukkan semangat tinggi dan bekerja keras selama ini.

"Saya sendiri merasakan diri sudah melakukan yang terbaik sepanjang berada dengan stesen radio ini. Terus-terang, saya tidak pernah buat hal dengan pihak pengurusan, penyampai-penyampai dan skuad Era.

"Cuma Nazri dan pihak AMP Radio Networks memberikan alasan saya ditukarkan ke tempat lain bagi menambahkan kekuatan lalu menaikkan jumlah pendengar di X FM. Memang tidak timbul isu saya bermasalah," tutur Nana serius sambil mempertahankan dirinya.

Mengulas tentang kemasukan Dina yang sebelum ini bertugas di X FM ke Era, Nana berpendapat ia membuktikan Era sentiasa membuka peluang kepada penyampai baru untuk melakar kejayaan dalam bidang penyiaran radio.

"Tiada salahnya kalau hendak bagi peluang kepada muka baru. Sebelum ini kita sendiri sudah mengetahui kemampuan Dina setelah dia melibatkan diri sebagai penyampai.

"Saya ucapkan selamat maju jaya kepada Dina yang bakal meningkatkan populariti Era selepas ini. Kalau dia ada apa-apa masalah, jangan malu untuk bertanya kepada sesiapa saja termasuk saya yang lapang dada untuk membantu," jelasnya berterus-terang.

Bakal memulakan tugas di konti baru, Nana turut berbicara tentang perancangannya bersama stesen X FM. Dia menyedari bukan mudah untuk memikul tanggungjawab untuk melestarikan nama stesen radio itu.

NANA menafikan pertukarannya ke X FM disebabkan dia menghadapi masalah berkaitan disiplin atau dengan individu tertentu di Radio Era.


"Saya berterima kasih kepada pihak pengurusan yang mempercayai 100 peratus kebolehan saya untuk memajukan X FM pada peringkat lebih tinggi. Saya berikrar untuk menunjukkan kesungguhan di tempat kerja baru sekali gus mencapai ekspektasi yang dimahukan oleh AMP Radio Networks.

"Biarpun begitu, saya sebagai manusia biasa hanya mampu merancang. Selebihnya Tuhan yang menentukan. Paling pasti, saya tidak sabar untuk memulakan kerja pada hari Isnin depan dengan pasukan baru sambil menjunjung azam tinggi.

"Sepatutnya saya mula masuk kerja pada 16 November lalu. Tetapi kebetulan saya bercuti dan hanya memulakan tugas seminggu kemudian. Diharapkan peminat terus memberi sokongan yang padu walaupun selepas ini saya akan berkhidmat di X FM," jawab Nana.

Nizar V'8! Kota Siputeh-Mukhriz Calon Terbaik UMNO?




Mahkamah Tinggi membuat keputusan yang menyebelahi Speaker DUN Kedah. Kalau ikutkan keputusan itu, SPR dikehendaki mengadakan pilihanraya kecil N3 Kota Siputeh.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi juga membenarkan penyandang sekarang Dato’ Abu Hassan Sharif (BN) membuat permohonan formal bagi menangguhkan hukuman pada Jumaat ini. Selain itu, Abu Hassan juga mempunyai satu lagi pilihan iaitu membuat rayuan.

Pada pandangan saya, Abu Hassan akan menggunakan semua saluran undang-undang yang ada bagi mempertahankan kerusi tersebut. Itu adalah sesuatu yang dibenarkan dan biarlah proses itu dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.

Bagaimanapun, sekiranya pada akhir proses tersebut Mahkamah masih memihak kepada Speaker DUN Kedah, maka SPR tidak ada pilihan melainkan melaksanakan pilihanraya itu.

Beberapa orang sahabat menghantar SMS bertanyakan mengenai calon yang sesuai. Ada juga Ketua Cawangan UMNO di DUN Kota Siputeh yang menelefon saya meminta pendapat.

Saya katakan — dari segi strateginya — calon yang paling sesuai ialah Dato’ Mukhriz Mahathir.

Ya, dia ialah Ahli Parlimen Jerlun (DUN Kota Siputeh terletak dalam Parlimen Jerlun; satu lagi ialah DUN Ayer Hitam yang kini dipegang oleh PAS) . Di Bukit Gantang dulu, Dato’ Seri Nizar Jamaluddin adalah merupakan ADUN yang kemudian bertanding kerusi Parlimen.

Lagi pun, ramai Ahli Parlimen yang juga menjadi ADUN. Tidak ada masalah. Oleh itu, saya tidak melihat apakah masalahnya untuk Mukhriz juga berbuat begitu.

Ada lima alasan utama mengapakah saya mencadangkan Mukhriz:

Pertama, beliau dikenali di situ. Pejabat Ahli Parlimen Jerlun terletak di Padang Sera, iaitu dalam DUN Kota Siputeh. Soal memperkenalkan calon kepada pengundi menjadi lebih mudah. Terdapat seramai 19,771 pengundi di situ, 91.7% berbangsa Melayu, 0.6% lain-lain (kebanyakan berbangsa Siam) dan 0.2% India.

Kedua, sehingga sekarang Mukhriz tidak mempunyai sebarang rekod rasuah atau tuduhan skandal yang memalukan — sesuatu yang akan diperhatikan sepanjang pilihanraya kecil. Calon bermasalah akan hanya menjadikan jentera parti seperti menanggung biawak hidup.

Ketiga, DUN Kota Siputeh dulunya adalah sebahagian Parlimen Kubang Pasu yang pernah diwakili oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. Sebahagian besar pengundi berusia mempunyai pengalaman dengan Dr Mahathir. Bagi anak-anak muda di situ, sebahagiannya masih melihat Dr Mahathir sebagai pemimpin yang dihormati.

Keempat, Mukhriz mempunyai kredibiliti. Pengalaman sebagai Timbalan Menteri dan ahli korporat (sebelum bertanding dalam PRU12 lalu) akan memudahkan pilihan pengundi.

Kelima, jentera Barisan Nasional boleh memposisikan pilihanraya ini sebagai pemilihan “bakal Menteri Besar Kedah” sekiranya ditakdirkan parti itu mengambil semula Kedah dalam PRU13 nanti; sekaligus menjawab persoalan mengenai kepimpinan UMNO negeri.
Itulah lima alasan mengapakah saya fikir Mukhriz merupakan calon yang paling layak bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Kota Siputeh.

Adakah beliau pasti akan menang?

Dalam pilihanraya, ada menang dan ada kalah. PAS yang tewas dengan 495 undi dalam pilihanraya lalu tentu akan memberikan tentangan yang kuat. PAS juga ada peluang untuk menang. Usah perkecilkan kemampuan PAS. Sekadar makluman, Pengerusi Tetap PAS Ustaz Kassim Abdullah adalah merupakan penduduk di DUN Kota Siputeh (Kampung Kodiang Lama) dan cukup berpengaruh di sana.

Bagaimanapun, saya percaya Mukhriz sebagai calon Barisan Nasional akan lebih memudahkan parti itu menghadapi PAS dalam pilihanraya DUN Kota Siputeh!

Nizar V'8! Nik Aziz Bakal PM Malaysia Ke-7?



Jika Pakatan Rakyat diluluskan pendaftarannya oleh ROS (Pendaftar Pertubuhan), maka Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat akan menjadi Pengerusi Pakatan Rakyat yang pertama.

Jika Anwar Ibrahim terlepas dari sabitan kes liwat terbarunya, maka beliau akan dilantik sebagai Perdana Menteri Pakatan Rakyat. Jika Pakatan Rakyat berjaya dalam PRU ke 13 nanti, maka Anwar akan dilantik sebagai PM ke 7 Malaysia.


Jika Anwar Ibrahim disabitkan kesalahan meliwat dan Pakatan Rakyat menang dalam PRU ke 13, maka jawatan Perdana Menteri Malaysia ke 7 akan ditentukan semula oleh Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat.

Oleh kerana Tuan Guru Nik Aziz telah berjaya memerintah Kelantan untuk sekian lamanya, maka beliau adalah calon yang paling layak dari segi pengalaman dan kredibiliti untuk menjadi PM Malaysia ke 7.

Tentu sahaja perlantikan Tuan Guru Nik Aziz sebagai PM ke 7 kelak akan dipertikaikan sesetengah pihak. Namun jika dinilai dari segi kemampuannya mengekalkan Kerajaan PAS di Kelantan, ternyata beliau memiliki “Faktor X” untuk mengekalkan Kerajaan Pakatan Rakyat di peringkat pusat pula.



Bagaimanapun, perlantikan Tuan Guru Nik Aziz sebagai Pengerusi Pakatan Rakyat yang pertama juga boleh membunuh kredibilti PAS jika Pakatan Rakyat gagal dalam PRU ke 13. Tuan Guru Nik Aziz dan PAS mungkin akan dijadikan kambing hitam atas kekalahan itu.

Pakatan Rakyat sedang bertarung dengan idealogi “1Malaysia” Najib yang dilihat seiras perjuangan DAP dan PKR. Jika pengundi bukan Melayu tertarik dengan idealogi Najib, maka tidak mustahil undi bukan Melayu akan kembali memihak pada Barisan Nasional.




Jika keadaan itu berlaku, maka PKR dan DAP akan mengalami kekalahan besar pada PRU ke 13 dan PAS mungkin hanya akan berjaya membentuk kerajaan di Kelantan dan juga Kedah.




Jadi, kekuatan Pakatan Rakyat kini dan pada PRU ke 13 nanti bergantung pada kemampuan PAS. Oleh sebab itu, Barisan Nasional kini sedang berusaha untuk memusnahkan imej PAS di mata pengundi Melayu dan bukan Melayu. Maka tidak hairanlah jika sekarang ini kepimpinan PAS sering diserang oleh jentera BN. Mereka sedang berusaha untuk melemahkan PAS.

Jika kempen memburukkan kepimpinan PAS berjaya, maka BN akan mendapat kemenangan besar pada PRU ke 13 nanti kerana PKR dan DAP sudah tidak lagi bertaring seperti PRU ke 12 dahulu.




Halangan terbesar BN untuk melakar kejayaan pada PRU ke 13 nanti hanyalah berkaitan dengan isu kepimpinan MCA dan juga MIC. Jika mereka mahu menarik semula sokongan pengundi bukan Melayu, maka MCA dan MIC perlu diperkukuhkan dahulu.

Menyelesaikan kemelut dalaman MCA dan MIC bukanlah satu tugas mudah. UMNO terpaksa melakukannya secara halus kerana jika tersilap langkah, MCA dan MIC boleh menjadi ‘biawak hidup’ kepada Barisan Nasional.

Misalnya, Krisis PKFZ mampu menjadi domino kepada kejatuhan Barisan Nasional. Ianya akan menjadi seperti lagu “bangau oh bangau” kerana banyak pemimpin utama BN (terutamanya MCA) yang boleh disabitkan dengan penyelewengan itu.

MIC pula sudah bertukar menjadi syarikat “pemilikan tunggal”. Ianya kini berurusan dengan Pendaftar Syarikat dan bukannya dengan Pendaftar Pertubuhan. 1Malaysia dah tahu apa yang tidak kena dengan MIC.



Mujurlah Najib mempunyai Tun Mahathir yang sangat arif dengan jalanraya politik Malaysia. Semua lorong politik sudah diteroka Tun Mahathir termasuklah “JALAN BLOG”. Sepatah yang keluar dari mulut Tun Mahathir, beratus-ratus patah perkataan yang akan disebut oleh media perdana dan alternatif. Begitulah hebatnya penasihat Najib.

Bagaimanapun, sehebat manapun Tun Mahathir, beliau masih gagal menggugat kedudukan dan pengaruh Tuan Guru Nik Aziz di Kelantan. Tun mungkin berjaya memusnahkan nama besar seperti Musa Hitam, Allahyarham Ghafar Baba, Anwar Ibrahim dan Abdullah Badawi, tapi Tun tidak mampu memusnahkan Nik Aziz.

Jika BN mempunyai Tun Mahathir, Pakatan Rakyat pula mempunyai Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Persoalannya kini, sanggupkah pemimpin utama Pakatan Rakyat mendengar nasihat Nik Aziz?

Nizar V'8! Majoriti Rakyat Tidak Puashati Cara Kerajaan Tangani Rasuah

Kaji selidik yang dilakukan Merdeka Centre menunjukkan 74 peratus rakyat risau dan tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan dalam menangani isu rasuah dalam negara.


Kaji selidik yang dibuat menerusi panggilan telefon melibatkan responden berumur 21 tahun ke atas sejak awal tahun ini juga mendapati kes jenayah mencatatkan peratusan tertinggi iaitu 81 peratus.



“74 peratus tidak puas hati dengan kerajaan menangani rasuah, jumlah 67 peratus juga tidak senang dengan cara kerajaan menangani masalah-masalah sosial. Di antara mereka yang disurvei, yang sangat tinggi 66 peratus juga tidak puas dengan bagaimana jenayah dan keselamatan awam sedang ditangani. Tidak mengejutkan, 81 peratus responden merasa rasuah adalah masalah serius,” kata kenyataan media berhubung kaji selidik yang disiarkan menerusi laman web itu di alamat www.merdeka.org.

Kaji selidik itu juga mendapati, rakyat negara ini risau dan berharap pemimpin dapat mengambil tindakan sewajarnya bagi menangani kes jenayah.
Sementara itu, krisis ekonomi berada di tangga kedua dengan peratusan sebanyak 31 peratus di belakang kes jenayah rasuah.



Ia diikuti masalah soasial dengan 12 peratus dan 10 peratus adalah kes jenayah dan keselamatan awam negara.

Dalam perangkaan tersebut, sebanyak 42 peratus adalah jenayah rasuah jenis berdaftar diikuti kes penipuan (37), rasuah dalam kalangan ahli politik (34), rasuah besar (30) dan rasuah pentadbiran, 24 peratus.

Sebanyak 58 peratus jenayah rasuah negara telah diperolehi dengan tersebarnya berita-berita di dalam akhbar.

Ia termasuklah kes yang melibatkan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ). Selain itu, beberapa nama tokoh politik juga turut menghadapi tuduhan kes rasuah termasuk bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo.

Ketidakstabilan politik dan rasuah berdaftar adalah antara faktor mengapa rakyat mendakwa negara ini sudah tidak ada hala tuju.

Nizar V'8! Jeffry Buat Drama La Pulak.


DSAI sudah menilai dan menghitung syarat-syarat yang dikenakan Dr. J dalam pelan damai yang ditawarkan Dr. J. Bagi DSAI, syarat-syarat Dr. J tiada tujuan lain melainkan “cari pasal”. Mana mungkin DSAI mengubah keputusan kolektif PKR Pusat yang melantik Ahmad Thamrin Haji Zaini dan Datuk Kong Hong Ming sebagai Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Sabah. Mana mungkin Dr. J seorang cuba sewenang-wenangnya “over rule” keputusan kolektif PKR Pusat itu.




Sejak awal PKR memasuki Sabah, DSAI tidak pernah memberi penekanan utama ke atas DEKLRASI TAMBUNAN. Dalam PRU12 pun DSAI membisu mengenai Deklarasi Tambunan. Tetapi Dr. J insist Deklarasi Tambunan ini untuk diterima PKR Pusat sebagai salah satu pra syarat bagi Dr. J mematuhi “plan damai ” dengan PKR bersabit krisis kepimpinan PKR Sabah yang terkini.

Isu lain, mengenai Royalti Minyak 20%, Autonomi PKR Sabah, Kebebasan membuat keputusan PKR Sabah untuk Sabah tanpa campur tangan PKR Pusat. Itulah antara keistemewaan yang Dr. J gariskan. Bagi kebanyakan, permintaan Dr. J memang sukar dan kelihatan sekadar “cari pasal” untuk menghancurkan PKR dari dalam sebelum meninggalkan PKR sepenuhnya. Jelas Dr. J tidak lagi mahu mematuhi displin dan ideologi PKR.

Berikutan dengan itu, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menggelar ahli yang gagal mematuhi disiplin dan ideologi parti itu sebagai ‘pengacau’ di dalam PKR. Dengan ini Dr. J adalah tergolong dalam kategori “PENGACAU”.

“Saya dengan tegas memberi amaran kepada seluruh anasir-anasir ‘pengacau’ dalam parti yang gagal patuh kepada disiplin dan ideologi parti, mereka harus undur sebelum disingkirkan,” DSAI -di sini

Episod, di mana Dr. J mengenakan syarat-syarat yang sukar dipenuhi PKR pusat ini, malah di luar bidang kuasa PKR sendiri, dilihat sebagai episod terakhir dalam drama Dr.J dalam PKR. Sebagai “pengacau” Dr. J tiada pilihan melainkan BERUNDUR ATAU DISINGKIR. syarat-syarat Jeffrey kepada PKR…SABAHKITA

Nizar V'8! Bekas Setiausaha Anwar Buat Laporan Polis Berhubung Pembelian Saham

Bekas setiausaha Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Anuar Shaari hari ini membuat laporan polis berhubung pemilikan saham oleh naib Presiden PKR Azmin Ali dan isterinya yang mencecah RM2 juta.

Anuar, 40, yang turut menyerahkan salinan dokumen asal berhubung perkara itu kepada polis membuat laporan pada pukul 11.45 pagi di Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) di Bukit Aman, di sini.

Anuar, yang pernah bertugas dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim selama dua tahun bermula 1996, telah diiringi beberapa anggota Permuafakatan Ummah (Pewaris) dan Badan Amal Tarbiah Sejagat (Batas).

"Saya pada pagi ini buat satu laporan polis dan menyerahkan salinan dokumen asal tentang pemilikan saham-saham yang heboh diperkatakan sekarang untuk mencari kebenaran kerana daripada dokumen yang diterima dan ada pada saya ianya nampak seperti asli, tetapi saya bukan pakar untuk membuktikan itu dan ini.

"Sehubungan itu, saya membuat laporan polis untuk mengesahkan kesahihan dokumen tersebut," katanya kepada pemberita di perkarangan JSJK di sini hari ini.

Anuar berkata siasatan yang telus dan adil perlu dijalankan kerana menerusi dokumen itu terdapat maklumat tentang pembelian saham yang dilakukan menggunakan nama dua individu terbabit (Azmin dan isterinya Shamsidar Taharin).

"Saya mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana dokumen itu bertarikh 1992-1994 semasa Anwar menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri dan ketika itu juga Azmin Ali menjadi setiausaha Anwar," katanya.

Katanya laporan polis itu dibuat ekoran timbulnya keinsafan sebagai seorang warganegara bertanggungjawab tanpa didesak oleh mana-mana pihak dan berharap pihak berkenaan (Azmin dan Shamsidar) tidak mengeluarkan sebarang kenyataan untuk menuduhnya berniat jahat.
Anuar berkata jika terbukti kesahihan terhadap dakwaannya (mengenai saham) polis harus menjalankan siasatan segera.

Sebelum ini beberapa akhbar melaporkan Pengerusi Yayasan Pembangunan Belia India Malaysia S.A. Vickneswaran mendakwa memiliki dokumen-dokumen berkaitan urusan pembelian saham melibatkan Azmin dan isterinya, Shamsidar termasuk iparnya, Jamal Tahrin yang mencecah RM8.5 juta pada awal 1990-an.

Anuar yang pada 2004 pernah menjadi Ketua Bahagian PKR Permatang Pauh juga pernah bertugas sebagai Setiausaha kepada Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebelum mengumumkan keluar parti PKR pada bulan Mei 2007.

Sementara itu, Pengarah JSJK Datuk Koh Hong Sun ketika dihubungi Bernama mengesahkan Anuar hadir di jabatan itu untuk membuat laporan tetapi beliau enggan mengulas lanjut. BERNAMA

Nizar V'8! Saya Tak Pernah Terfikir Untuk Kembali Ke Kabinet - Soi Lek

Timbalan presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata tidak pernah terlintas di fikiran beliau untuk kembali menyertai Kabinet.

"Saya tak pernah memikirkan tentang sebarang jawatan dalam kerajaan. Saya juga tak pernah meminta sebarang jawatan, termasuk dalam GLC (syarikat berkaitan kerajaan), atau lain-lain. Kalaulah ada sesiapa yang terfikir bahawa saya melawan kerana ingin kembali menyertai Kabinet, saya rasa mereka silap besar.

"Kalau mereka berfikir bahawa saya melawan kerana ingin dilantik memegang jawatan dalam mana-mana badan berkanun seperti KTMB, anggapan mereka itu ternyata silap. Tanyalah sesiapa pun. Saya tak pernah meminta semua itu," katanya dalam temubual dengan Bernama.

Sebaliknya, kata Dr Chua beliau tidak faham kenapa sesetengah orang ingin mengaitkan pelan perpaduan lebih menyeluruh (GUP) dengan jawatan Kabinet, sedangkan beliau telah menyatakan dengan jelas bahawa beliau tidak meminta jawatan dalam kerajaan.

"Kenapa mesti kaitkan GUP dengan jawatan Kabinet? Saya gembira dengan apa yang saya ada dan siapa diri saya. Kalau orang nak cari kesilapan saya setiap masa, teruskanlah berbuat begitu. Saya hairan apabila ada orang yang ingin menyentuh hal peribadi saya semasa majlis taklimat Ahad lepas. Dia kemudiannya dihalau keluar," kata beliau.

Semasa berlangsungnya majlis taklimat tentang GUP di ibu pejabat parti itu, seorang pemimpin peringkat akar umbi dari MCA Bahagian Selayang membangkitkan isu pembabitan Dr Chua dalam skandal DVD seks, tetapi dia diminta meninggalkan majlis itu oleh anggota peringkat akar umbi.

kata Dr Chua semasa menganggotai Yayasan Pendidikan Johor, beliau tidak me
Malah,nggalakkan anak-anaknya memohon pinjaman pelajaran daripada yayasan itu.

Sebaliknya, mereka melanjutkan pelajaran dengan menggunakan biasiswa lain, katanya.

Mengenai perjumpaan antara pemimpin tertinggi MCA dan masyarakat Cina malam tadi, Dr Chua berkata pemimpin masyarakat itu menzahirkan kebimbangan mereka dan mahu agar kemelut yang melanda MCA diselesaikan segera.

"Mereka berpendapat tiada perkara yang tidak boleh dibincangkan dan diselesaikan dengan secepat mungkin," katanya.

Dr Chua berkata parti itu juga berbincang dengan pemimpin masyarakat Cina hal berkaitan ekonomi dan secara umumnya, mereka menyokong inisiatif ekonomi yang diperkenalkan perdana menteri.

"Kata mereka perdana menteri berada di landasan betul (dalam melaksanakan langkah itu) seperti melonggarkan peraturan kuota (mengenai syarat 30 peratus ekuiti Bumiputera bagi 27 subsektor perkhidmatan) dan pemansuhan garis panduan Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC), tetapi mereka berpendapat lebih banyak perkara perlu dilakukan bagi menarik pelaburan langsung asing.

"Mereka juga bersetuju bahawa kita (Malaysia) terlalu bergantung pada pekerja asing, yang telah kami (MCA) bangkitkan sebelum ini," katanya.

Dr Chua berkata pada perjumpaan itu, pemimpin masyarakat Cina juga berkata mereka mahu kerajaan memberi bantuan kewangan secara bersistematik kepada sekolah Cina dan sekolah persendirian.

-- BERNAMA

Nizar V'8! Kes Kota Siputeh Iktibar Pada Wakil Rakyat BN

Wakil rakyat Barisan Nasional (BN) perlu mengambil iktibar daripada kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh berikutan kegagalan wakil rakyatnya menghadiri sidang Dewan tanpa kebenaran.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang kecewa dengan sikap wakil rakyat terbabit, berkata setiap daripada mereka yang terpilih itu, perlu bertanggungjawab menunaikan tugas masing-masing untuk menghadiri sidang DUN.

"Saya kecewa... saya tidak mahu membuat apa-apa andaian kerana dalam situasi genting sekarang, kita perlukan wakil rakyat di peringkat nasional dan DUN, mengambil berat kehadiran dalam dewan.

"Itu sebahagian tanggungjawab utama kerana kalau tidak, semua masalah yang dihadapi pengundi tidak mungkin dapat dibawa ke sidang DUN," katanya kepada wartawan Malaysia sebelum menyampaikan pernyataan negara sempena Sidang Kemuncak Jaminan Bekalan Makanan Dunia di sini, Selasa.

Semalam, Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) mengisytiharkan kerusi DUN Kota Siputeh di Kedah kosong, menyatakan Datuk Abu Hassan Sarif bukan lagi wakil rakyat BN berikutan kegagalannya menghadiri dua persidangan dewan secara berturut-turut tanpa kebenaran speaker.

Hakim Alizatul Khair Osman Khairuddin turut memerintahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan pilihan raya kecil di kerusi DUN Kota Siputeh.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi BN, berkata sebagai wakil rakyat, mereka perlu melaksanakan tugas mereka sepenuh hati dan tidak boleh mengabaikan tanggungjawab yang diamanahkan sebagai wakil rakyat.

Menyatakan bahawa kehadiran mereka dalam sidang dewan bukan sahaja untuk memenuhi korum, beliau berkata: "Kalau kita malas dan tidak memberikan perhatian mengenai kehadiran, tidak bersuara dan tidak memberikan pandangan tentang isu masyarakat dan negara.

"Kita tidak dapat diberikan penghargaan oleh pengundi, kesannya esok kepada kita. Ini harus menjadi ikhtibar kepada semua wakil rakyat (BN)," katanya.

Beliau berkata Umno dan BN bersedia menghadapi pilihan raya kecil DUN Kota Siputeh sekiranya rayuan terhadap kekosongan kerusi berkenaan ditolak oleh mahkamah.

"Apa strategi yang disusun adalah untuk memastikan kita berjaya dan mengambilkira semua perkara dan atas dasar itu, kita yakin bersedia sepanjang masa untuk menghadapi pilihan raya kecil itu," katanya.

-- BERNAMA

Nizar V'8! Salahuddin Cabar Debat Dengan Nazri Aziz.

Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) mencabar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohammed Nazri Aziz berdebat mengenai isu Royalti Minyak Kelantan yang ditukar menjadi wang ehsan oleh kerajaan Barisan Nasional.

Salahuddin (gambar) ketika mencelah dalam ucapan penggulungan Nazri di Dewan Rakyat petang tadi, mengulangi cabarannya terhadap Nazri kerana berpendapat Nazri banyak menyelewengkan fakta berhubung royalti minyak termasuk dalam isu perjanjian yang pernah dimeterai Petronas dengan Kerajaan Negeri Kelantan suatu ketika lalu.

"Saya berdiri di sini mewakili rakyat Kelantan mencabar Yang Berhormat mewakili Perdana Menteri berani atau tidak ita berdebat di luar dewan, di Kota Bharu, atau di Kuala Lumpur untuk kita beritahu rakyat rakyat apa sebenarnya yang berlaku di sebalik pembohongan ini," katanya.




Membalas cabaran itu, Nazri berkata beliau bersedia untuk berdebat berhubung isu ini pada bila-bila masa dan di mana sahaja termasuk di markas PAS Taman Melewar.

"Saya tidak ada halangan sebenarnya malah kalau nak buat perbahasan di Markas PAS di Greenwood pun saya akan pergi tidak ada masalah,"katanya.

Sidang dewan menjadi kecoh apabila wakil rakyat Pakatan Rakyat tidak berpuas hati dengan percanggahan fakta yang dinyatakan oleh Nazri.

Turut membahaskan isu tersebut ialah, Saifuddin Nasution (PKR-Machang),Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur), YUsmadi Yusuf (PKR-Balik Pulau) dan Dzulkifly Amad (PAS Kuala Selangor).

Dr Dzulkefly dengan tegas menyifatkan Nazri menyelewengkan beberapa interpretasi perlembagaan mengikut pendapatnya sahaja, malah menafikan apa yang telah dipersetujui bersama oleh pemimpin Petronas dan negara sebelum ini.

"Mengapa kita membelakangkan Tengku Razaleigh Hamzah, Tun Salleh Abbas yang sebelum ini memahami asas kepada perjanjian ini.Semangat undang-undang mesti adil, hari ini dalam kes royalti mengapa Sabah Sarawak diberikan hak, tetapi Kelantan dan Terengganu di mana keadilannya," katanya.

Nazri sebaliknya cuba mengalihkan perhatian wakil rakyat yang lain dengan menyentuh isu-isu dalaman PAS dan tidak menjawab isu sebenar yang dipersoalkan wakil Shah Alam, Ir Khalid Samad berhubung kedudukan Kelantan sebagai negeri yang sepatutnya berhak dalam royalti minyak.

Nizar V'8! Bajet Negeri Kedah Garis 4 Strategi Utama.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak hari ini membentangkan bajet 2010 bagi negeri Kedah. Bajet 2009 ini menggariskan empat  strategi sebagai instrumen untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi bagi meningkatkan pendapatan rakyat.


Empat strategi tersebut ialah Merangsang pertumbuhan ekonomi bagi meningkatkan pendapatan rakyat, membangunkan modal insan; Meningkatkan kesejahteraan Rakyat dan Memperkasa Jentera Pentadbiran Negeri.

Bajet yang dibentangkan ini berjumlah RM 1,279,614,642 merangkumi anggaran perbelanjaan mengurus sebanyak RM512,186,574, anggaran pembangunan sebanyak RM 347,541,580 dan anggaran bekalan air sebanyak RM419,886,488.

Di bawah peruntukan mengurus, sebanyak 42 peratus adalah untuk bayaran emolumen; 34 peratus untuk pemberian dan kenaan bayaran tetap; 20 peratus untuk perkhidmatan dan bekalan dan 1 peratus untuk perolehan aset.

Sementara itu bagi peruntukan pembangunan pula, bajet 2010 diagihkan sebanyak 65 peratus untuk program prasarana; 20 peratus untuk pentadbiran; 8 peratus untuk pertanian, 6 peratus untuk agama dan sosial; dan0.34 peratus untuk ICT.



Manakala kerajaan negeri menganggarkan hasil yang bakal dikutip sebanyak RM496,085,253. Ini merangkumi Hasil cukai sebanyak RM281,314,403; hasil bukan cukai RM60,951,470 dan Terimaan Bukan Hasil RM153,819,380.

Anggaran hasil kerajaan negeri untuk tahun 2010 meningkat sebanyak 1.7 peratus berbanding tahun lalu (RM487,478,010).

Defisit yang dianggarkan pada tahun hadapan ialah sebanyak RM16,101,321 iaitu sebanyak 3.16 peratus berkurangan berbanding tahun 2009 sebanyak RM17,529,747 (3.47 peratus).

Sidang Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Kedah Kedua Belas bermula hari ini dengan dirasmikan oleh Tuanku Sultan Kedah pagi tadi.

Sidang Dewan akan bersambung semula esok.

Nizar V'8! PR Cabar Umno Biarkan DUN Kota Seputeh Kosong.

Pakatan Rakyat mencabar Umno agar tidak membuat rayuan di mahkamah bagi membolehkan pilihanraya kecil di Dun Kota Seputeh berjalan sebagaimana yang sepatutnya.


Demikian kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim petang tadi, selepas selesai mesyuarat Pakatan Rakyat di Parlimen. Turut serta dalam sidang media bersama PR itu ialah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan beberapa pimpinan tertinggi parti masing-masing.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh menjelaskan bahawa PKR dan DAP sebulat suara akan membantu PAS, jika pilihanraya kecil berlaku kelak.

Beliau juga turut menjelaskan beberapa isu kehakiman berbangkit, termasuk dalam isu keputusan "tergantung" pengesahan Menteri Besar di Perak.

Ujarnya lagi, sistem kehakiman negara seharusnya hanya tunduk pada perlembangaan.

Beliau juga mengkritik segelintir hakim yang dilihat tunduk pada kuasa eksekutif.



Ditanya tentang konvesyen PR Disember depan, Anwar menjelaskan bahawa mesyuarat tersebut turut  membincang isu-isu dasar yang disepakati bersama antara ketiga-tiga parti pembangkang tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, mahkamah akan memutuskan rayuan BN agar pilihanraya kecil Dun tersebut tidak berlaku.

Sekiranya mahkamah menolak rayuan BN sekali gus membangkitkan semula isu berkaitan yang lain, seperti di Dun Perak.



Ini kerana, Speaker Dun Perak V. Sivakumar sebelum ini pernah menghantar Surat Pengosongan Dun kepada Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) ekoran beberapa Adun tidak menghadiri sidang Dun dan gagal dikenal pasti kedudukan mereka.

Namun, SPR mendahului kuasa mahkamah dengan memutuskan bahawa kepitusan tersebut adalah tidak sah.

Akhirnya, keputusan mahkamah Jumaat ini dilihat penting untuk memulihara semula institusi kehakiman itu sendiri

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails