Geng Aku

Rabu, 11 November 2009

Nizar V'8! Pembangkang Bimbang Gandingan Najib-Muhyiddin: MB Negeri Sembilan



Pihak pembangkang semakin bimbang dengan keberkesanan gandingan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sehingga dilaporkan cuba memburuk-burukkan kepimpinan negara, kata Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan.




"Dia takut pasal Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri berganding dengan begitu rapat sekali dan telah dapat memberikan keyakinan kepada rakyat untuk sama-sama membina negara dengan konsep 1Malaysia," katanya kepada pemberita di sini Rabu.

Beliau melahirkan rasa kesal kerana walaupun pilihan raya telah lama selesai, pembangkang masih sibuk memburuk-burukkan Najib dan kepimpinan negara dan perbuatan itu akan menyebabkan ekonomi Malaysia merundum.




Mohamad berkata bahawa ketika negara jiran seperti Indonesia bakal mencatatkan pertumbuhan ekonomi 7 peratus pada tahun depan, Malaysia masih lagi berhadapan dengan masalah politik yang tidak selesai.

"Siapa yang nak melabur (di sini) kalau ekonomi kita yang baru nak pulih tetapi didatangkan pula dengan masalah ketidakstabilan politik kita," katanya.

Mohamad berkata faktor utama pelabur datang ke Malaysia adalah keamanan serta suasana politik negara ini yang amat stabil satu ketika dahulu.

"Tapi kalau keadaan macam ini, asyik nak buruk-burukkan kepimpinan negara, dan media asing pula buat laporan tidak betul (mengenai Malaysia), siapa yang nak datang melabur kat sini," katanya.





-- BERNAMA

Nizar V'8! PAS, PKR dan DAP mesti bersatupadu untuk menang - Abd Hadi



 Parti-parti dalam Pakatan Rakyat perlu bersatu membina kekuatan dalam usaha menumbangkan Umno Barisan Nasional jika mahu perubahan politik berlaku bagi  membina kesejahteraan rakyat kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.  

Berucap di hadapan ribuan pendengar pada ceramah sempena penutupan rasmi  Sambutan Jubli Perak PAS Kawasan Bentong, di Markaz PAS Bentong, dekat sini semalam  Presiden PAS itu menambah dengan penyatuan usaha kesemua parti Pakatan Rakyat  berkerjasama Umno Barisan Nasional akan dapat ditumbangkan dengan lebih mudah.


“Pakatan rakyat mesti bersatu dalam menghadapi Umno BN. Kalau PAS saja bertindak tak boleh berubah. Kalau DAP saja tak boleh, PKR saja tak boleh. Kita mestilah bersatu," tegasnya.

Tambah Abdul Hadi, Pakatan Rakyat mempunyai kekuatan tersendiri yang mampu mencapai kemenangan walau pun menghadapi amalan demokrasi yang tidak adil dan berat sebelah.

“Di negara barat rakyat menjadi hakim bagi menghukum parti pemerintah yang membuat kesilapan.  Rakyat mereka cerdik, rakyat menjadi hakim, pilihanraya adalah mahkamah sementara media menjadi saksi yang adil. Di negara kita media berat sebelah. Bagaimana media boleh menjadi saksi kalau berat sebelah. 




“Macam main bola, padang mereka disebelah atas kita duduk disebelah bawah. Pintu Gol kita besar, pintu gol dia sempit. Pintu gol kita sudahlah besar, penjaga gol pula diikat kaki. Pintu gol dia buat sempit. Dalam keadaan macam itu pun kita boleh menang, inilah keistimewaan kita. Kalau sama rata dah lama Umno ni bungkus,” katanya disambut sorakan gemuruh para pendengar.

Turut berceramah bersama Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Dr Hamzah Jaafar, Pemimpin DAP Pahang, YB Leong Ngah- Ngah dan Pengerusi PKR Pahang, Dato’ Fauzi Abdul Rahman.

Nizar V'8! Nik Aziz akui dibiaya tunai haji

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui ada individu-individu yang pernah membiayai beliau untuk menunaikan haji dan ada yang mahu berbuat demikian tahun depan.




Beliau tidak menganggap ia sebagai satu bentuk rasuah.
"Orang nak bawa saya pergi ke Mekah, kenapa saya nak tolak. Saya pergi ke Mekah, jarang belanja saya sendiri.

"Orang tolong bayar. Semua orang berebut (untuk membiaya saya ke Mekah)," kata beliau di Kota Bharu semalam.

Kelmarin beberapa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menantu beliau, Mohd. Ariff Fahmi Abdul Rahman yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan yang dikatakan berlaku dalam perbadanan tersebut.

Mursyidul Am PAS ini berkata, beliau bersedia untuk menerima tawaran untuk mengerjakan haji daripada sesiapa sahaja asalkan tidak menyalahi undang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Kata Nik Aziz, sebelum ini pun beliau jarang mengunjungi Mekah dengan pembiayaan sendiri memandangkan ada sahaja individu yang ingin membawanya ke Tanah Suci.




Tambah Nik Aziz, sudah bertahun-tahun beliau diminta oleh orang-orang tertentu untuk pergi ke Mekah dengan kosnya dibiayai mereka.

"Bertahan-tahaun saya diminta oleh orang tertentu untuk pergi ke Mekah. Tahun ini dua orang nak hantar (saya) ke Mekah," katanya lagi.

Menteri Besar Kelantan ini mengulas dakwaan pihak tertentu yang mengatakan beliau akan ke Tanah Suci bagi mengerjakan haji tahun ini dengan ditaja oleh individu tertentu.
Dakwaan itu menyebut Nik Aziz akan ditaja menunaikan haji dengan tiket VVIP yang kosnya mencecah RM65,000 seorang.

Bagaimanapun Nik Aziz menjelaskan, ia tidak boleh disamakan dengan satu bentuk amalan rasuah.

"Biar tentu dulu... kalau tentu rasuah, saya tolak. Biar tentu rasuah benda apa. Dia nak bawa, dia nak bayar tambang.




"Alasan dia nak bawa saya, saya tidak tahu. Tahun depan pun ada lagi yang nak bawa (saya)," jelas beliau.

Nizar V'8! Ketua Pemuda PAS Shah Alam sah letak jawatan, nafi ditekan .

Ketua Pemuda PAS Shah Alam, Ahmad Sayuti Bashiron menafikan beliau meletakkan semua jawatan yang disandangnya di peringkat negeri dan pusat ekoran krisis dalaman parti itu.

Sayuti berkata, beliau mengambil keputusan itu kerana mahu menemani isterinya yang menerima tawaran pengajian di luar negara.


Beliau dilaporkan akan melepaskan jawatan-jawatannya selepas mengaku merakam pertemuan tertutup Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Mohd Ali dengan barisan Pemuda negeri yang sedang diteliti oleh Jawatankuasa Disiplin PAS Pusat.
Hasan juga sedang disiasat Jawatankuasa Disiplin.

Beliau melepaskan jawatan Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pemuda PAS Selangor, Ketua Lajnah Politik Pemuda PAS Selangor, Timbalan Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pemuda PAS Pusat, Timbalan Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Selangor dan Setiausaha Lajnah Antarabangsa Pemuda PAS Pusat.

Jawatan Ketua Pemuda PAS pula akan dipangku oleh timbalannya, kata beliau dipetik Harakah Daily hari ini.

“Ingin saya nyatakan, sehingga kini tiada apa pertanyaan atau sebarang tekanan diterima berhubung rakaman itu.




"Saya yakin Jawatankuasa Disiplin PAS pusat masih dalam siasatan berkenaan rakaman tersebut, dan akan menghubungi saya jika memerlukan maklumat lanjut berkenaan rakaman yang dimaksudkan,” katanya lagi.

Beliau turut menafikan laporan media yang mengatakan beliau kesal terhadap tindakannya melakukan rakaman dan penggunaan media untuk melaporkannya.

Rakaman tersebut tegas Sayuti, langsung tidak mempunyai elemen penyebaran maklumat kepada mana-mana media, sebaliknya hanya untuk perhatian pimpinan tertinggi PAS pusat.

“Rakaman dan serahan bahan tersebut kepada pimpinan PAS dibuat dengan penuh tanggungjawab dan beramanah untuk melihat PAS lebih berjaya dalam gabungan Pakatan Rakyat, khususnya di Selangor, tanpa sesekali timbul rasa kesal,” tegasnya.

Skuad hoki negara kian parah




IGAUAN skuad hoki Malaysia gagal beraksi di pentas utama dunia seperti mahu berulang lagi selepas kecundang kepada New Zealand 4-2 dalam saingan kelayakan Piala Dunia di Invercargill, semalam.




Kekalahan pertama dalam kejohanan itu selepas tiga perlawanan sekadar memberi gambaran menakutkan betapa tipis peluang untuk anak didik Tai Beng Hai mencuri peluang layak ke final dengan hanya bekalan empat mata.




Pemain negara diketuai Madzli Ikmar Mohd Nor harus mencemburui pencapaian New Zealand dan satu lagi pencabar terdekat, China yang mengekalkan rekod bersih menang ketiga-tiga perlawanan mereka untuk mengutip mata maksimum.

Nizar V'8! Hindraf Dan PR..Bersama-Sama.

KETIKA  Barisan Nasional (BN) cuba menampikan Parti Makkal Sakhti sebagai alternatif kepada MIC, pengasas Hindraf, P Waytha Moorty menegaskan badan itu lebih yakin dengan perjuangan Pakatan Rakyat, khususnya KEADILAN, dalam membela kaum India.


Beliau yakin Hindraf dan Pakatan Rakyat boleh mencari titik persefahaman dalam memperjuangkan hak-hak asasi rakyat Malaysia pelbagai kaum termasuk masyarakat India.

Setelah terpaksa berlindung di London sekian lama akibat tekanan dari Umno-BN di Malaysia, Waytha tampil di Singapura untuk mengadakan pertemuan sulung dengan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi KEADILAN, Datuk Zaid Ibrahim semalam .

Waytha berkata, Zaid memahami tuntutan Hindaf dan bersetuju yang masyarakat India di Malaysia perlu dibantu seiring dengan kaum lain yang turut ditindas kerajaan Umno-BN.

“Semua ini kerana Umno-BN mengamal konsep perkauman. Orang Melayu juga  sebenarnya tertindas,” Waytha berkata, merujuk kepada dasar-dasar Umno-BN.

Walaupun KEADILAN mewakili semua kaum, bukan India semata-mata, beliau beranggapan perbincangan lebih terperinci mengenai masalah kaum dapat menyelesaikan masalah rakyat.

“Kita boleh berbincang masalah Melayu, Cina, India, Kadazan mahupun Iban. Kita boleh mencari penyelesaian, seterusnya mengatasi masalah itu,” katanya.




Beliau tiada masalah dengan Artikel 153 yang memberi orang Melayu hak istimewa tetapi berpendirian dasar itu diperalatkan oleh Umno-BN bagi membolot kekayaan bagi pemimpin dan kroni serta meminggirkan kaum Melayu secaa keseluruhan.

“Artikel itu bukan bermaksud mengabaikan kaum lain. Tapi, kita lihat Umno-BN menindas kaum lain termasuk India,” katanya.




Waytha Moorty berkata, penubuhan Parti Makkal Sakhti dengan sokongan peribadi Perdana Menteri Najib Razak hanya strategi untuk Barisan Nasional memenangi semula pengundi India pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau kesal kerana ungkapan ‘Makkal Sakhti’ yang menjadi laungan perjuangan Hindraf, dijadikan nama parti politik bagi memecah-belah dan mengelirukan masyarakat India.
“Inilah pertama kali bahasa Tamil digunakan sebagai nama parti politik. Mengikut Akta Pertubuhan kecuali nama lama seperti nama Umno dalam bahasa Inggeris, semua parti mesti menggunakan bahasa Malaysia.




“Saya tidak sokong dan tiada kena mengena dengan parti itu. Benar, ada ahli Hindraf mengikat persefahaman dengan Umno-BN. Ia bukan masalah besar kerana masyarakat India tahu siapa pemimpin Hindraf sebenar,” katanya.

Beliau enggan mengulas panjang mengenai parti Makkal Sakthi, sebaliknya menegaskan Hindraf akan tetap kekal dengan perjuangannya.

Sementara itu, Zaid berkata, pengasas Hindraf itu menerangkan asas perjuangan gerakan itu yang banyak bertumpu kepada usaha menangani masalah kemiskinan kaum India dan rakyat lain umumnya.

Katanya, imej buruk yang dilempar terhadap Hindraf hanya propaganda media arus perdana kawalan Umno-BN.

“Kita banyak persamaan. Tidak semua tuntutan boleh dilaksanakan serta-merta. Saya terangkan yang kaum lain juga memerlukan pertolongan. Jadi, kita sepakat dalam soal ini.
“Kita mempunyai pendirian sama mengenai arah tuju dasar negara. Membela nasib kaum India dan kaum miskin yang teraniya. Kita akan bela. Itu janji kita kepada Hindraf,” katanya

Nizar V'8! Kedudukan nazir masjid degil dikaji: Hasan Ali.

Kedudukan nazir dan setiausaha masjid yang berulang kali melanggar arahan kerajaan Selangor dengan mengundang penceramah tidak bertauliah akan dinilai semula, kata Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri, Datuk Dr Hasan Ali.


Hassan Ali

Bagaimanapun, sebelum tindakan itu diambil, mereka ini akan dipanggil oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk diberi nasihat atau amaran, katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) ketika menjawab soalan Ismail Sani (BN-Dusun Tua) yang bertanya mengenai tindakan kerajaan negeri sekiranya masih ada nazir atau jawatankuasa masjid yang membenarkan individu tidak bertauliah termasuk ahli politik membaca khutbah.

Hasan berkata, setakat September tahun ini, Selangor mempunyai 977 orang yang mempunyai tauliah untuk membaca khutbah atau berceramah di 500 masjid dan juga surau di negeri itu yang dibenarkan mendirikan sembahyang Jumaat.




Mereka ini diberi tauliah untuk memberi ceramah selama tiga hingga lima tahun, katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, kes penceramah atau mereka yang tidak bertauliah membaca khutbah atau berceramah adalah terpencil.

Kepada cadangan Ismail supaya pegawai penguatkuasa Jais berada di masjid bagi memantau keadaan kerana ada penceramah tidak bertauliah ini condong kepada mencerca parti tertentu mengakibatkan jemaah di Masjid Batu 14 Jalan Hulu Langat enggan bersolat Jumaat di situ, Hasan berkata, pejabat Jais di peringkat daerah hanya mempunyai lima orang pegawai penguatkuasa untuk memantau masjid di daerah masing-masing.

Oleh itu, beliau berkata, wakil rakyat boleh memainkan peranan untuk memantau gejala itu dan melaporkannya kepada Jais jika ia berlaku. 




"Kita junjung titah Tuanku (Sultan Sharafuddin Idris Shah) yang menjadikan masjid sebagai zon larangan politik dan panduan utama kepada Jais," katanya.

Hasan juga berkata, Jais sudah mentauliahkan 60 pensyarah Kolej Agama Islam Selangor (Kuis) sebagai pembaca khutbah atau penceramah jemputan bagi meningkatkan jumlah penceramah. - Bernama

Nizar V'8! Menipu Rakyat Kerja Utusan.

Kiriman P.Osman

Semalam semua akhbar menyiarkan berita ttg warga emas yg menikam isterinya. dlm masa semua akhbar menyiarkan gambar tanpa di edit, akhbar Utusan Malaysia melakukan sebaliknya. Ada perkara perlu disembunyikan. Sempat lagi nk cover line...hahah. Cuba cari!

Sila ke sebelah untuk melihat dan mencari perbezaan tersebu. Selamat mencuba..

Gambar daripada Utusan Malaysia (Meloya)




OK CARI BEZA DENGAN GAMBAR AKHBAR LAIN

The Star



Berita Harian



Daily Chilli


Harian Metro




Banyak kali UM ini membuat editan pada gambar yang disiarkan terutamanya bila ada majlis sambutan pemimpin yang nak mengambarkan seolah terlalu ramai yang hadir.

Begitu juga kes bakar bendera di Batu buruk.

Nasib baik gambar payung tak ditukar warna hijau. Berkupiah pulak tu!!

Nizar V'8! Wang Ehsan Hanya Kepentingan Umno Kelantan.



Kerajaan Negeri Kelantan berpendapat pemberian wang ehsan oleh pusat menggantikan royalti bukan untuk rakyat tetapi bagi menjaga kepentingan Umno negeri itu.

Dakwaan itu dilihat berasas apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pemberian wang ehsan tersebut hanya melalui projek pembangunan diurus wakil kerajaan pusat bukan kepada kerajaan negeri.


Tuan Guru

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika mengulas perkara itu berkata, penyaluran wang tersebut sepatutnya diberi kepada kerajaan negeri kerana ianya hak rakyat negeri itu.

“Bumi Kelantan yang mengeluarkan minyak, bumi Kuala Lumpur setitik pun tak ada minyak.

“Ehsan apa ambil hak kami. Kami yang beri ehsan kepada pusat.  Bukan pusat beri ehsan kepada Kelantan,” katanya pada sidang media di pejabatnya semalam.

Namun yang lebih dibimbangi adalah ketelusan agensi kerajaan pusat yang dipertanggungjawab mengendalikan projek wang ehsan tersebut.

Pengalaman selama ini jelasnya, dua agensi pusat di negeri itu tidak pernah mendapatkan kelulusan kerajaan negeri dalam setiap perbelanjaan mereka.

“Pusat telah ada dua agensi tidak melalui kerajaan negeri. Dia ada Jabatan Pembangunan Pusat (JPP) dan Koridor Ekonomi Wilayah Timur (ECER).




“Dua agensi ni nak belanja apa pun tidak melalui kelulusan negeri. Dia nak rasuah ke, nak tiris ke, nak bucur ke, dia punya pasal. Tetapi hak ni (duit royalty) kami hendak,” tegasnya.

Dalam pada itu, beliau sedang mengatur untuk bersemuka dengan perdana menteri membincangkan tuntutan royalti bukan wang ehsan seperti yang diumumkan sebelum ini.

“Bukan pusat je nak duit, negeri pun nak duit. Negeri ada Dewan Undangan Negeri sendiri ada bajet sendiri ada defisit sendiri, jadi kenapa tak nak beri duit kepada kami,” katanya.

Nizar V'8! Dr.Asri Berminat Sertai Pas-Haron Din.

Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin pernah meluahkan minat untuk menyertai Pas memandangkan perjuangan parti itu selari dengan pendiriannya dalam menyebarkan ajaran Islam. 


Haron Din

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berkata, beliau yakin Pas menjadi pilihan Asri untuk berpolitik sekiranya usaha menyebarkan dakwah melalui ceramah agama berdepan halangan.

"Dia nak masuk (Pas) dah. Semasa pertemuan dengannya sebelum ini, saya pernah mengajaknya menyertai Pas agar dia tidak berjuang sendiri, sebaliknya memperjuangkan Islam bersama parti. Nampaknya beliau berminat.

“Saya ingat dia hanya bercakap dengan saya, tetapi sekarang dia dah terbuka mengatakan kesediaannya menyertai politik,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, bekas pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) itu berminat dengan perjuangan Pas sejak sebelum menjadi Mufti Perlis lagi.

“Masa jadi Mufti Perlis dahulu, dia memang sayang Pas. Masa jadi pensyarah universiti pun dia sayang dengan Pas. Masa jadi penceramah agama pun begitu. Saya yakin sekarang pun begitu. 





“Saya pernah mengatakan dia layak masuk Pas memandangkan parti ini berjuang menegakkan Islam syumul, tidak seperti UMNO. Maka Pas adalah parti yang paling sesuai dengannya,” katanya.

Ditanya apakah beliau menjangka Asri menyertai parti itu dalam masa terdekat, Harun berkata beliau tidak pasti kerana Asri sendiri belum membuat keputusan.

“Saya selalu berhubung dengannya dan kami (pemimpin Pas) juga pernah bertemu untuk mengajaknya secara terbuka menyertai parti,” katanya. 





Dalam pada itu, kesediaan Asri untuk menyertai politik sebagai langkah terakhir, disambut baik oleh beberapa pemimpin UMNO dan Pas.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, Asri wajar menyertai politik kerana suaranya lebih didengar oleh semua pihak.

“Saya rasa beliau lebih selesa untuk menyuarakan pandangan sekiranya menyertai dunia politik dan sama ada parti mana yang menjadi pilihannya terpulang kepada Asri.

“Jika dia (Asri) menyertai Pas, beliau perlu memohonnya terlebih dahulu untuk menjadi ahli dan pimpinan Pas akan pertimbangkannya untuk menjadi sebahagian daripada kami,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, semalam.

Ditanya mengenai adakah Asri akan diberi jawatan sekiranya menyertai Pas, Salahuddin berkata:“ Itu kita akan pertimbangkan kemudian. Jika berminat, beliau perlu isi borang dahulu." 



Sementara itu, Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan mengalu-alukan Asri menyertai UMNO sekiranya berminat menyertai politik.

“Kita harap beliau sertai UMNO kerana beliau turut memberi sokongan terhadap perjuangan UMNO dan memahami mengapa dasar-dasar UMNO dilaksanakan sedemikian rupa,” katanya.

Menurutnya, sekiranya Asri berminat menyertai UMNO, pemimpin UMNO sedia menimbang keahliannya.

Nizar V'8! PRM cadang masuk PR.



Parti Rakyat Malaysia (PRM) akan bergerak. Ditubuhkan pada tahun 1955, PRM telah mula menjadi lebih aktif dalam arena politik dan bergerak untuk membina kembali hubungan dengan akar umbi, kata presiden Hassan Karim.

"Kami akan mula memainkan peranan yang lebih luas, sekarang bahawa mahkamah telah mengesahkan kedudukan kami," kata Hasan daripada Mahkamah Tinggi Julai 16 keputusan yang tetap PRM entiti yang sah di bawah Societies Act.


Hassan Karim


Mahkamah Tinggi Jalan Duta di Kuala Lumpur memerintah terhadap  pembubaran PRM, didalangi oleh lapan bekas ahli parti yang pemain kunci dalam penggabungan dengan Parti Keadilan, yang sejak merger telah menjadi Parti Keadilan Rakyat.

Hassan berkata ada sedikit kesempatan untuk PRM untuk bekerja dengan Barisan Nasional [BN] dianggap sebagai sosialis PRM kedudukan sebagai asing sepenuhnya.

Namun, pihak kami bersedia bekerjasama dengan Pakatan Rakyat dan semua pertubuhan lain secara sah berjuang untuk kesejahteraan dan hak-hak rakyat, katanya pada pembukaan cawangan PRM' Sungai Petani Kedah di hari Minggu lalu.




Hassan juga mengatakan PRM telah menerima antena daripada Pakatan untuk bergabung dalam koalisi. Hal ini, katanya, akan dibahas pada 42 PRM's Kongres Nasional, yang akan diadakan di Kuala Lumpur dan Selangor Assembly Hall cina di KL on Dec 15.

Dia menambah wilayah selepas PRM ekspansi adalah di Johor,dan dalam tahun-tahun mendatang, parti itu juga akan memperluaskan ke Sabah dan Sarawak.

Juga berbicara saat peluncuran, setiausaha agung PRM Koh swe Yong berkata parti itu dalam proses pendaftaran semula ahli-ahli dan parti revamping struktur dan organisasi, sebagai pemimpin saat ini belum menerima dokumen-dokumen daripada mana-mana pihak yang ingin berkerjasama.

Nizar V'8! Jangan Terlalu Suka Menangkap Orang-Mahathir.

Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau berdebar hati apabila membaca yang Dr Mohd Asri Zainul Abidin bekas mufti Perlis ditangkap, dibawa ke balai polis dan kemudian dilepas dengan ikat jamin polis.


 Mahathir

"Seramai 30 anggota polis dan 20 lebih anggota Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah melakukan tangkapan ini. Ternampak seolah-olah Dr Asri ini seorang penjenayah besar yang mungkin mengganas apabila ditangkap.

"Tetapi beliau tidak pula memberontak. Sebaliknya beliau turut sahaja tanpa bantahan yang keras," jelas Dr Mahathir di dalam blognya semalam.

Kata beliau lagi yang menulis di bawah tajuk 'Ahli Sunnah Wal Jamaah', akhbar pula melaporkan kes terhadap Dr Asri belum pun disediakan.

"Apakah tidak ada "due process" dalam penguatkuasaan undang-undang Islam di negara ini. Apakah mereka yang diberi kuasa dalam melaksanakan hukum Islam boleh dengan sewenang-wenangnya menangkap sesiapa sahaja.




"Janganlah terlalu cepat nak tangkap orang," komen Dr Mahathir ketika melihat perkembangan tidak sihat yang berlaku ekoran isu penahanan Dr Asri.

Menurutnya lagi, beliau baru-baru ini telah menulis sedikit dibawah tajuk "Hukum Allah" berkenaan apabila sesuatu yang didakwa adalah hukum Allah sama ada benar ia adalah hukum Allah.

"Saya dikecam hebat oleh orang yang mungkin lebih terpelajar dalam agama. Nampaknya agama Islam di Malaysia ini tidak boleh disoal barang sedikit pun, walaupun untuk mendapat penjelasan.

"Teringat saya akan "Islam Hadhari" yang saya dimaklumkan adalah Islam yang sesuai untuk zaman ini, iaitu Islam moden. Apakah ia sebahagian daripada kepercayaan ahli Sunah wal-Jemaah?


Dr.Asri

"Jika ya, maka orang Islam di Malaysia hendaklah masuk Islam Hadhari. Jika tidak apakah tindakan yang perlu diambil oleh penguasa agama Islam terhadap ajaran Islam Hadhari?," katanya.

Negarawan ini juga berkata beliau keliru apabila membaca tulisan seorang pengkritik Dr Asri bahawa satu dari kesalahannya ialah beliau cuba berpandu kepada Al Quran dan Hadith dan tidak kepada ijma ulama ahli Sunnah wal jamaah. "Walaupun kita diberitahu ulama adalah pewaris Nabi tetapi mereka bukanlah Nabi. Mereka hanya manusia biasa walaupun terpelajar dalam agama Islam. Manusia biasa boleh membuat kesalahan termasuk kesalahan mentafsir.

"Sebab itulah terdapat banyak tafsiran yang amat berbeza antara mereka sehingga berlaku permusuhan dan peperangan antara pengikut mereka. Ini bermakna ada diantara tafsiran mereka yang mungkin tidak betul. "Di negara kita ini pun terdapat banyak perbezaan pendapat walaupun kita semua menerima ajaran ahli sunnah wal jamaah imam Shafii.

Diantara sembilan negara dan satu wilayah di Malaysia terdapat banyak perbezaan dari hukum dan ajaran Islam. Hendak tentukan Hari Raya pun terdapat perbezaan pendapat," jelasnya.




Dr Mahathir terpanggil mengulas isu penahanan Dr Asri setelah tokoh agama itu ditahan pada 1 November lalu kerana kesalahan mengajar agama tanpa tauliah oleh pihak JAIS.

Dr Asri ditahan pada pukul 9 malam oleh sekumpulan anggota JAIS di sebuah banglo milik seorang ahli perniagaan di Taman Sri Ukay, Hulu Klang ketika memberikan ceramah.

Selain tuduhan kesalahan mengajar agama tanpa tauliah, isu lain yang turut dibangkitkan ialah isu penyebaran ajaran Wahabi. Dr Asri dituduh membawa ajaran Wahabi oleh beberapa pertubuhan Islam hinggakan perkara ini terkandung di dalam salah satu bahagian dalam Memorandum Fitnah yang diusulkan oleh Persatuan Peguam Syarie Malaysia kepada Yang di-Pertuan Agung baru-baru ini.

"Hanya kerana adanya perbezaan pendapat yang tidak besar tidak sepatutnya menyebab tuduhan bahawa seseorang itu sudah tidak lagi turut ajaran sunni. Apatah lagi perbezaan pendapat itu dialas dengan hujah-hujah yang berasas kepada Al Quran dan Hadith.

"Tentu jelas perbezaan pendapat tidak menjadikan seseorang itu sudah terkeluar dari arus perdana Islam sunni. Sudah tentu jika dikaji pendapat ulama yang mengikut ajaran sunni di negara-negara lain akan terdapat lebih banyak perbezaan," katanya lagi.

Menurut tokoh politik yang disegani ini, semasa beliau kecil, lukisan rupa manusia dan binatang, penggunaan lampu letrik di dalam masjid dan kegunaan kereta bermotor untuk jenazah dilarang.

"Tetapi semuanya dianggap halal sekarang. Sekali lagi ajaran Islam dalam kaum sunni juga boleh berbeza dari satu masa ke satu masa.


Ayah Pin

"Saya tidak nafikan ajaran sesat ala Arqam, Ayah Pin dan Rasul Melayu perlu diawasi dan disekat. Tetapi janganlah penguasa agama terlalu ghairah hendak haramkan syarahan agama oleh orang yang tidak sebulu dengan mereka tanpa membuktikan ajaran itu memang bertentangan dengan Islam," ujarnya.

Meskipun Dr Mahathir menerangkan apa yang dirasakan berkenaan isu penahanan Dr Asri, beliau boleh mengagak reaksi dari mereka yang tidak bersetuju dengan pandangannya.
"Jawapan kepada saya tentulah saya jahil berkenaan agama Islam dan tidak berhak bercakap berkenaan dengannya. Yang tidak akan dijawab ialah yang mana satu yang saya perkatakan ini adalah tidak berasas kepada kenyataan," katanya.

Isteri Bekas Setiausaha Agung PAS Meninggal Dunia

Datin Kamariah, isteri kepada bekas Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamaruddin Jaafar meninggal dunia awal pagi ini.


Kamaruddin Jaafar

Perkara itu disahkan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz omar sebentar tadi.

Difahamkan Allahyarhamah meninggal dunia akibat kanser.

"Ya, saya dimaklum Allahyarhamah meninggal Subuh pagi tadi," katanya.

Al-Fatihah.........

Nizar V'8! Zulkkifli Noordin Dapat Sokongan Dari 7 Mp PKR.

Tujuh Ahli Parlimen PKR membela sesama MP Zulkifli Noordin (PKR-Kulim Bandar Baru) di lobi Parlimen pada hari Selasa, menyangkal bahawa dia di antara orang-orang yang disasarkan oleh penasihat parti Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam "bentuk atas atau kapal keluar" pidato Hari Ahad.



Kamarul Bahrin Abbas

Zahrain Datuk Mohd Hashim (PKR-Bayan Baru), Wee Choo Keong (PKR-Wangsa Maju), Datuk Kamarul Bahrin Abbas (PKR-Teluk Kemang), Abdullah Sani Abd Hamid (PKR-Kuala Langat), Yusmadi Mohd Yusof (PKR-Balik Pulau), Azan Ismail (PKR-Indera Mahkota) dan ADB Aziz Abdul Kadir (PKR-Ketereh) mengeluarkan pernyataan pers bersama menyangkal kenyataan oleh timbalan presiden parti R. Sivarasa (PKR-Subang).


 Yusmadi Yusuf


Sivarasa berkata bahawa, Anwar memberi amaran kepada ahli parti yang tindakannya tidak selari dengan dasar parti bahawa mereka harus pergi dan bergabung dengan UMNO ini ditujukan untuk orang-orang seperti Zulkifli.

Sivarasa berkata ucapan Anwar juga dimaksudkan untuk para pemimpin parti yang sedang bertengkar di depan umum, mendorong mereka untuk lebih berdisiplin dan untuk menyelesaikan perbezaan pendapat dalaman.


Azan Ismail

Zulkifli telah mencuba memberi beberapa usul di Parlimen yang tidak selari dengan dasar parti dan tanpa berunding dengan pimpinan parti. Beliau juga memimpin sekumpulan penunjuk perasaan untuk mengganggu Bar forum Majlis isu penukaran keagamaan.


Wee Choo Keong

Para ahli parlimen PKR membela Zulkifli, mengatakan bahawa Anwar telah membuat kenyataan umum yang tidak disasarkan pada sesiapa pun secara khusus.

"Kami mengambil nasihat oleh Anwar dengan niat baik. Ini adalah salah dan tidak tepat untuk menyambung itu kepada sesiapa pun secara khusus.
"Ini tidak berasas untuk menuduh Zulkifli," kata Zahrain.

Wee mengatakan Zulkifli mempunyai hak untuk bercakap dan dia mempunyai hak untuk mengatakan apa yang ia inginkan.
Mohd Yusmadi mengatakan bahawa tidak adil untuk menyingkirkan keluar Zulkifli.


Zulkefli Noordin

"Mesej yang kami peroleh daripada Anwar ialah bahawa kita harus bergembira dan tidak ada rujukan kepada orang tertentu," kata Mohd Yusmadi, menambah bahawa Anwar merujuk kepada semua pemimpin PKR.

Nizar V'8! Semakin jelas PKR adalah agen yahudi!






Pada Hari Ahad 8 November 2009 telah berlangsung satu Konvensyen Keadilan Negeri Pulau Pinang yang bertempat di Dewan Tunku Komtar. Konvensyen tertutup ini telah dihadiri oleh 12oo Ajk dari seluruh cabang negeri P.Pinang.

Cuba lihat dan perhati betul-betul kain penghias belakang pentas (backdrop) tersebut. Bukankah ianya iras-iras logo kumpulan yahudi iaitu FREEMASON. Ia secara tak langsung menjelaskan keakraban hubung kait diantara parti itu dengan organisasi yahudi tersebut.

Dibawah ini adalah merupakan diantara lambang-lambang kumpulan yang dianggotai oleh lebih 6 juta Kafir laknatullah yahudi ini. Bandingkanlah sendiri.











LinkWithin

Related Posts with Thumbnails