Geng Aku

Selasa, 10 November 2009

Perbezaan Antara PKR-PAS-DAP Akan Diselesaikan Pada Konvensyen Pakatan Disember Ini

Sebarang perbezaan pendekatan dan hubungan di antara Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAS akan dibentangkan dan diselesaikan pada konvensyen Pakatan Rakyat (PR) yang dijadual akan diadakan bulan hadapan.



Naib Presiden PKR, Mustafa Kamil Ayub dan R.Sivarasa melihat konvensyen tersebut sebagai medan terbaik untuk kesemua parti dalam gabungan Pakatan menyelesaikannya secara baik dan bijaksana. Malah mereka tidak nampak sebarang masalah besar yang timbul dalam hubungan parti-parti dalam gabungan PR sebagaimana yang didakwa oleh ramai pihak.

“Hubungan PKR dan PAS sangat solid seperti sedia ada selama ini,” tegas Sivarasa sambil menambah komitmen PAS dalam majlis kepimpinan PR membuktikan tidak wujudnya keretakan dalam struktur Pakatan.




Malah Sivarasa berpendapat, ketegasan pucuk pimpinan PAS untuk memberi surat tunjuk sebab dan menghadapkan Pesuruhjaya Negeri Selangornya, Datuk Dr Hassan Ali kepada Jawatankuasa Disiplin kerana mengkritik rakan dalam Pakatan di negeri tersebut secara terbuka adalah satu bukti yang jelas akan komitmen parti itu kepada Pakatan.

Mustaffa pula berpendapat, hubungan PKR-PAS tetap kukuh dan kedua-dua parti itu bersama-sama DAP akan berbincang dan mengenegahkan segala perbezaan mereka pada konvensyen PR nanti.

Konvensyen tersebut akan melibatkan 1,500 perwakilan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails