Geng Aku

Selasa, 10 November 2009

Speaker: Abu Hasan bukan lagi ADUN


Datuk Dr Abdul Isa Ismail

Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail, hari ini menegaskan bahawa Datuk Abu Hasan Sarif bukan lagi ADUN walaupun mahkamah belum membuat sebarang keputusan mengenai kedudukannya.

Beliau berkata, Abu Hasan telah hilang kelayakan selepas ADUN Kota Siputeh itu gagal menghadiri sesi DUN dua kali berturut-turut yang menyalahi Perkara 51 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah (UTKK).

"Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah buat keputusan yang lain, saya anggap bertentangan dengan peruntukan 51 UTKK, jadi saya minta kepada mahkamah semak semula keputusan SPR.

"Jadi sementara nak semak, mengikut pandangan kita, kedudukan dia (Abu Hasan) bukan lagi anggota dewan sejak 17 Ogos lalu, tidak timbul subjudis," katanya ketika ditemui pemberita di Yan hari ini.

Beliau diminta mengulas isu pembatalan surat jemputan kepada Abu Hasan bagi menghadiri sidang DUN pada 17 November ini.

Abdul Isa berkata, surat berkenaan telah dihantar secara umum yang ditandatangani oleh setiausaha dewan kepada anggota-anggota dewan.

"Setelah mendapati surat berkenaan turut dihantar kepada beliau (Abu Hassan), saya sendiri telah membatalkannya," katanya. BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails