Geng Aku

Isnin, 18 April 2011

Hadi: PAS muhasabah pugar gerombolan lawan


Keputusan pilihan raya negeri Sarawak dianggap satu muhasabah terhadap langkah dan strategi parti itu dalam memugar gerombolan lawan, kata presidennya, Datuk Seri Hadi Awang.

sarawak election sibu dap ceramah 110411 hadi awang“Tentunya masih banyak yang perlu ditambah baik oleh kita semua supaya pendekatan kita akan menjadi lebih efektif, dan mampu untuk merobohkan tembok besar yang masih berlegar dalam ruang pemikiran pengundi yang ada di depan kita.

“Apapun, sekali-kali setiap anggota jentera parti tidak seharusnya merasa lemah dan kecewa dengan keputusan pilihan raya yang sama-sama kita ketahui itu,” katanya dalam satu kenyataan.

PAS pada pilihan raya negeri Sarawak Sabtu lalu bertanding di lima kerusi - Tanjung Datu, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau dan Beting Maro.

Namun mereka tumbang di kelima-lima kerusi yang semuanya kawasan majoriti Melayu-Melanau.

NONEPencapaian terbaik bagi PAS adalah di Beting Maro yang calon mereka tewas tipis dengan majoriti 436 undi kepada calon BN.

Calon PAS, Abang Ahmad Kardee Abang Masagus mendapat 2,578 undi manakala calon BN, Razaili Gapor, yang memperolehi 3,014 undi.
Penat lelah.

“Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh jentera pilihan raya PAS dari pelbagai peringkat serta orang perseorangan yang bertungkus-lumus dan menyumbang tenaga, masa dan wang ringgit dalam menghadapi pilihan raya negeri Sarawak yang baru sahaja berakhir.

NONE“Tahniah juga kepada semua calon PAS yang mampu berhadapan dengan segala bentuk cabaran dan rintangan tanpa penat dan lelah sepanjang tempoh berkempen itu,” kata Hadi.

Sehubungan itu, presiden PAS itu menasihatkan semua calon mereka supaya terus berkhidmat kepada masyarakat dengan membawa mesej yang jelas tanpa mengira waktu dan ketika.

“PAS juga ingin menyampaikan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pengundi yang memilih PAS dalam pilihan raya ini. Kami semua tidak akan mengecewakan tuan-puan sekalian, insya-Allah kami akan terus berkhidmat kepada semua menerusi calon dan jawatankuasa PAS di peringkat masing-masing,” katanya.

Menurut Hadi, beliau juga telah mengarahkan Pesuruhjaya PAS Sarawak bagi menentukan masa, kaedah dan tempat yang sesuai untuk meraikan calon dan seluruh petugas pilihanraya PAS di Sarawak menerusi satu majlis khusus yang akan diadakan nanti.

NONE“Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Mohamad Izan Yaakob, yang juga merupakan petugas PAS dari Kelantan yang telah kembali ke rahmatullah di bilik gerakan DUN Beting Maro pada hari pengundian dijalankan.

“Semoga Allah merahmati roh beliau dan ditempatkan di kalangan para solihin,” katanya.

Pakatan: 45 peratus rakyat S'wak tolak BN


Walaupun gagal untuk menafikan BN Sarawak majoriti dua pertiganya dalam pilihan raya negeri semalam, tetapi Pakatan Rakyat berpuashati kerana undi popular BN telah merosot lapan peratus.

sarawak election pakatan pc kuching 170411 01Setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng (paling kiri dalam foto) berkata
undi popular BN telah merosot daripada 63 peratus pada 2006 kepada 55 peratus kali ini.

“Saya percaya pilihan raya ini menunjukkan bahawa Sarawak bukan 'simpanan tetap' seperti yang didakwa mereka.

“Ini peralihan lapan peratus, yang merupakan satu peralihan yang besar. Jika ini berterusan dalam pilihan raya parlimen nanti, maka BN akan kalah lebih banyak kerusi,” kata Guan Eng.

NONEBeliau memberitahu demikian dalam satu sidang akhbar di Kuching
bersama dengan pemimpin tertingi Pakatan.

Dalam pilihan raya negeri semalam, BN kalah hampir semua kerusinya di kawasan bandar dan tiga kerusi luar bandar. Pakatan pula berjaya memenangi 15 kerusi, dan satu lagi kerusi dimenangi calon Bebas. Dewan Undangan Negeri Sarawak mempunyai 71 kerusi.

Sabtu, 16 April 2011

PR Menang 15 Kerusi!!

Tahniah kepada rakyat Sarawak yang mampu membuat perubahan, walaupun BN kekal sebagai kerajaan negeri, akan tetapi wakil PR di dewan rakyat bertambah dari 7 kepada 15. Suara rakyat akan lebih kedengaran dengan bertambahnye wakil dari PR.
Keputusan keseluruhannya>>

         BN
  1.  PBB-35
  2. SUPP-6
  3. PRS-8
  4. SPDP-6
          PR
  1. DAP-12
  2. PKR-3

Presiden SUPP, Datuk Seri Dr. George Chan mengucapkan tahniah kepada calon DAP, Ling Sie Kiong selepas Timbalan Ketua Menteri Sarawak itu diumumkan tewas dengan majoriti 1,590 undi di Dewan Suarah, Miri.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails