Geng Aku

Sabtu, 4 April 2009

Terima Kasih Najib........


Para pengundi di kesemua kawasan pilihan raya kecil khasnya dan rakyat Malaysia amnya jangan mudah terperdaya dengan umpan pilihan raya apabila suami Rosmah umumkan seperti berikut:


“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengumumkan bahawa kerajaan akan menarik balik larangan penerbitan sementara bagi dua surat khabar, membebaskan 13 tahanan ISA, berkuatkuasa serta-merta,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.


“Saya komited, kepimpinan akan berdiri kukuh untuk menghadapi krisis ekonomi yang kini melanda seluruh dunia, termasuk negara kita.


“Saya akan tetap berpegang kepada iltizam untuk memenuhi keperluan, kepentingan dan aspirasi setiap warga Malaysia.


“Dengan ini, saya mengajak seluruh warga untuk sama-sama melaksanakan satu transformasi besar buat negara dengan semangat ’satu Malaysia’ - rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.”- Malaysiakini.


Ingat lakonan dan umpan seperti ini adalah mainan politik pemimpin umno menjelang mana-mana pilihan raya. Apa yang diumumkan adalah sesuatu yang sepatutnya tidak perlu berlaku.


Penerbit Harakah dan Suara Keadilan sebenar telah digantung secara tidak demokratik.


Penahanan rakyat di bawah ISA adalah amalan kerajaan ‘kuku besi’


Justeru, apa yang diumumkan Najib hanya suatu gimmik politik semata-mata. UMNO MESTI DIHAPUSKAN DEMI KESEJAHTERAAN RAKYAT.

Dato Siti Bertemu Tuan Guru...


Penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza Taruddin hari ini mengunjungi hormat Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat selepas sekian lama menyimpan hasrat bertemu tokoh ulama tersebut.

Ketika ditemui selepas kunjungan itu beliau melahirkan rasa syukur kerana hasrat yang telah lama diidamkan akhirnya menjadi kenyataan.

“Selama ini saya hanya mengenali Tuan Guru melalui media masa sahaja tanpa bertemu secara dekat.

“Alhamdulillah Tuan Guru bersedia menerima kunjungan hormat saya dan suami.

“Orang kata sepanjang hidup ni nak jugalah bertemu dengan Tuan Guru kerana saya begitu menghormati beliau secara peribadi,” ujarnya.


Beliau berkata, Menteri Besar Kelantan seorang yang berpegang pada prinsip serta ajaran agama.

Pertemuan yang diadakan di Pejabat Menteri Besar berlangsung kira-kira setengah jam turut dihadiri suaminya, Dato’ Seri Khalid Jiwa atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Dato’ K’.
Sempena kunjungan itu, Siti turut menyampaikan cenderahati kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Menteri Besar juga menyampaikan cenderahati kepada mereka.

Sumber: Harakah

Peringatan Buat Pakatan.Bukan Masa Untuk Bersorak

Bacaan terbaru dikesemua tiga kawasan pilihanraya kecil; Batang Ai, Bukit Selambau dan Bukit Gantang condong kepada calon Barisan Nasional. Perkembangan ini menuntut pimpinan, penyokong, blogger dan petugas Pakatan Rakyat untuk bergerak dengan lebih pantas dan perang saraf yang lebih rancak dan teratur. Beberapa kawasan peti undi yang beberapa hari lalu mencatatkan graf positif buat calon Pakatan telah menurun sejak semalam.



Aturan licik dan kotor yang dimainkan oleh BN dengan pembebasan 13 tahanan ISA dan menarik balik sekatan terhadap akhbar ‘Harakah’ dan ‘Suara Keadilan’ telah memberi impak besar dalam caturan pemilih sejak semalam.



Pakatan Rakyat tidak mampu untuk menang tipis, terutama didua Bukit, Gantang dan Selambau. Pilihan raya kecil ini besar ertinya dalam keadaan politik semasa. Ianya adalah “Perakuan Rakyat” terhadap perjuangan parti-parti gabungan dalam Pakatan Rakyat.



Sekalipun Pakatan Rakyat insyaAllah akan menang dalam kesemua pilihan raya kecil ini, tetapi ancaman besar menunggu kita di hadapan.



Tokoh perakus kuasa, Mahathir Mohamad, menurut satu sumber telah mula mengatur langkah bersama Zahir Hamidi, Najib Razak dan beberapa pelabur politik dalam dan luar negara untuk merampas kuasa di dua negeri yang sekarang berada di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat. Selangor dan Kedah menjadi sasaran mereka. Bagi Mahathir, tertib dan berhemah bukanlah aturan politik dalam keadaan umno sedang nazak dan ingin bangkit.



Mahathir melalui ‘front pagenya’ Najib Razak akan mengulangi percaturan politiknya yang amat jijik dan kotor demi mencapai matlamatnya mendapatkan semula kedua-dua negeri tersebut. Dua alasan berbeda yang telah digariskan oleh kumpulan ini:



1. Selangor diperlukan oleh umno/BN kerana sumber ekonominya.
2. Kedah diperlukan demi menebus maruah Mahathir yang berasal daripada negeri tersebut.



Justeru, kepada saudara Anwar Ibrahim dan rakan-rakan pimpinan dalam KeADILan khasnya, Pakatan Rakyat amnya, Kerajaan Rakyat menyeru agar perkemaskan jentera pentadbiran disetiap negeri yang kita kuasai sekarang. Selain kekukuhan ekonomi, kestabilan politik MESTI diberi keutamaan yang setimpal. Perbincangan antara sesama pimpinan mesti dipertingkatkan. Perhubungan antara pemimpin dengan rakyat MESTI diperkukuhkan. Sekiranya amalan hanya rakyat mencari pemimpin, maka bayangan kecundang bakal menjemput kita sebelum pilihan raya umum ke-13. Langkah politik kita bukan hanya diperhatikan malah dinilai oleh rakyat setiap ketika.





“Saudara Anwar Ibrahim yang saya kasihi, jarang sekali bicara saya buat saudara saya jadikan bacaan umum. Walaubagaimanapun, izinkan saya buat kali ini berkongsi bicara minda saya buat saudara untuk dihadam sama oleh khalayak.

Saudara Anwar Ibrahim, justeru masanya telah lama tiba dan rakyat telah lama menanti, saudara perlu bukan hanya mendidik tetapi memaparkan barisan pimpinan parti KeADILan yang mantap agar ianya dapat membantu membina dan meningkatkan keyakinan rakyat terhadap parti pimpinan saudara. Salam Takzim dan Salam Perjuangan buat saudara.” - Kerajaan Rakyat.


MCA Mahu Jawatan Timbalan PM-2

LAKONAN TERBAru MCA UNTUK UMMO
Malaysiakini 3 April 2009
Timbalan setiausaha agung MCA menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mewujudkan jawatan timbalan perdana menteri dan timbalan pengerusi BN untuk diisi presidennya bagi mencermin “perkongsian kuasa sebenar”.



“Rakyat Malaysia pelbagai kaum telah lama menerima dan memberi sokongan penuh kepadaideologi pentadbrain berasaskan kepada perkongsian kuasa di negara ini.


“Bagaimanapun, selepas 52 tahun merdeka, kita terus merasakan bahawa perkongsian kuasa itu hanya satu slogan dan tidak mencermin situasi sebenar, yang kita amat harapkan menjadi kenyataan pada suatu hari nanti. Baca seterusnya di DSAI blog.


Berikut adalah satu kajian tentang pola pemikiran pengundi berdasarkan pelbagai latar belakang dan persekitaran bagi salah satu daerah mengundi dalam kawasan Parlimen Bukit Gantang.


Masyaallah! Petunjuk yang jelas!

  • 81% undi UMNO datang daripada keluarga yang ketuanya tak lulus SPM pun.
  • Hanya 19% undi UMNO datang daripada keluarga yang ketuanya lulus SPM ke atas.
  • Hanya 2% ketua keluarga pengundi UMNO mendapat pendidikan di universiti.
  • 93% undi PAS datang daripada keluarga yang ketuanya lulus SPM dan lebih tinggi.
  • Hanya 7% undi PAS datang daripada keluarga yang ketuanya tak lulus SPM.
  • 40% undi PAS datang daripada keluarga yang ketuanya mendapat pendidikan di universiti.


Kita mudahkan lagi:

  • Universiti : UMNO 2% - PAS 40%
  • STPM/Diploma : UMNO 10% - PAS 31%
  • SPM : UMNO 7% - PAS 22%
  • SRP/LCE : UMNO 18% - PAS 5%
  • Sekolah rendah / sekolah atap : UMNO 57% - PAS 2%
  • Tak pernah bersekolah : UMNO 6% - PAS tiada


Kesimpulannya, kita berhadapan dengan masalah kualiti daya intelek pengundi Melayu. Orang Melayu yang sukar memahami isu di persekitaran kita ialah golongan yang rendah tahap pendidikan. Majoriti Melayu berpendidikan sederhana dan tinggi telah pun menyertai pendirian politik Pakatan Rakyat.


Oleh itu, pendekatan yang sesuai dengan rendah upaya fikir majoriti Melayu UMNO itu mesti dikaji. Di samping itu, PAS dan PKR perlu memangkin pembudayaan intelek dalam masyarakat kampung Melayu. Kalau pengundi Melayu rajin membaca dan berilmu, mereka pasti meninggalkan UMNO kecuali segelintir yang selesa mengambil kesempatan daripada kebodohan bangsa sendiri.


Maka betullah dakwaan yang menyatakan bahawa UMNO adalah parti yang memartabatkan perbuatan rasuah dan penipuan. Rupanya amat senang bagi pemimpin umno penipu penyokong mereka kerana ahli dan penyokong umno termasuk para blogger pro-UMNO terdiri daripada mereka yang lemah fikiran.

RAKYAT SEDIH NAJIB JADI PM






Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berasa amat sedih dengan pelantikan Datuk Seri Mohd Najib Razak sebagai perdana menteri Malaysia keenam hari ini.


Tambahnya, pengambilalihan kuasa kepada Najib dipersoalkan rakyat dengan alasan presiden baru Umno itu diselubungi pelbagai isu kontroversi, antaranya, dikaitkan dengan Altantuya Shaariibuu seperti dakwaan seorang penyiasat persendian yang kemudiannya hilang.


“Adakah ini pemimpin yang hendak memimpin negara ini? Apakah beliau (Najib) mempunyai kaitan dengan P Balasubramaniam.


“Siapa yang bersalah di atas kehilangan satu nyawa,” katanya, walaupun tidak menyebut identiti tersebut.


Wan Azizah sedang berceramah untuk calonnya dalam pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau di sebuah rumah di Taman Ria Jaya, kira-kira 250 meter dari lokasi kekecohan antara polis dengan penyokong parti itu minggu lalu.


Majlis dalam keadaan hujan renyai-renyai tidak melemahkan semangar kira-kira 250 hadirin daripada pelbagai kaum termasuk Cina dan India.


Menurut bekas ahli parlimen itu, rakyat terkejut kerana pertama kali dalam sejarah pilihanraya seramai 15 calon menawarkan diri merebut kerusi itu, 7 April ini.


“Apa istimewanya Bukit Selambau sampai 15 orang mahu bertanding?” katanya.
Sehubungan itu beliau menyeru pengundi agar tidak lupa memangkah calon nombor empat di kertas undi terbesar dalam sejarah negara, calon PKR S Manikumar.



Wan Azizah berkata demikian sambil membilang jarinya dalam bahasa Tamil sambil disambut gelak ketawa hadirin.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails