Geng Aku

Khamis, 22 April 2010

Mahathir Lidah Bercabang.


Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan beberapa pemimpin veteran lain dijangka akan memanaskan lagi kempen pilihan raya Hulu Selangor yang berakhir tiga hari lagi.
Mahathir pada 16 April lalu, selepas menyampaikan ucaptama ulang tahun ke-44 konvensyen Mara di Kuala Lumpur berkata beliau tidak mempunyai kepentingan bagi membabitkan dirinya dalam pilihan raya itu.

"Saya tidak akan berkempen. Jika ada yang ingin menggunakan nama saya untuk berkempen, itu masalah mereka...Saya tak peduli,” katanya.



Namun hari ini, beliau mengubah pendirian dan akan menyampaikan sebuah ucapan di Serendah pada jam 8 malam.

Ini adalah kempen pertamanya sejak pilihan raya kecil di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Pada kedua-dua pilihan raya itu BN tewas.

Mahathir adalah bekas perdana menteri pertama yang menyertai kempen pilihan raya BN. Sebelum ini, Tunku Abdul Rahman pernah berkempen untuk parti Semangat 46 pada sekitar 1990.
Pada pilihan raya Ahad ini, calon BN P Kamalanathan akan berdepan dengan calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim.

Adik Pembaca Berita RTM?


Dunia Facebook dikejutkan lagi dengan kontroversi terbaru mengenai seorang gadis yang didakwa adik seorang pembaca berita RTM. Ini kerana, gadis tersebut telah memakai kalung salib seolah-olah dia beragama Kristian, padahal dia sebenarnya seorang Islam.

Malah di dalam Facebooknya juga, gadis tersebut kelihatan seolah-olah bangga dengan perbuatannya itu. Meskipun ada yang menasihatinya, namun dia tetap berkeras mendakwa kononnya kalung tersebut membantu dirinya.

"Kalung itu membantu menjauhkan si bodoh! Sebab itulah saya memakainya," ujarnya dipetik sebagai berkata di dalam Facebook tersebut.

Dalam hal ini, mungkin gadis yang namanya Ninie Rahman itu tidak menyedari bahawa sikapnya itu boleh menggugat akidahnya. Malah di zaman serba moden ini, sikap suka bersosial kadang-kala boleh menyesatkan hingga ramai terlupa asal-usul!










Kredit To MyArtis.com


Bayi Tanpa Hidung, Mata Ditanggung Kerajaan Perak.


HAMIDAH mendukung Chai Lim yang dilahirkan tanpa hidung dan mata di Ipoh semalam.


IPOH - Penjagaan bayi lelaki malang, Lee Chai Lim yang sebelum ini ditinggalkan di Pertubuhan Kebajikan Kanak-Kanak Cacat Ipoh (PKKC) di sini setelah enggan diterima ibu bapanya kini diambil alih sepenuhnya oleh kerajaan negeri Perak.

Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan dan Hal Ehwal Wanita Perak, Datuk Hamidah Osman berkata, selain mendapat penjagaan rapi di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, semua keperluan bayi tersebut ditanggung kerajaan negeri.

"Punca kecacatan bayi berusia tiga minggu itu yang dilahirkan tanpa hidung dan mata, mulut tidak sempurna serta kaki dan tangan mengalami kecacatan dijangka diketahui selewat-lewatnya hujung bulan ini.

"Andaian awal mengatakan kecacatan ini mungkin disebabkan oleh kromosom, namun kita perlu tunggu sehingga laporan perubatan selesai bagi menentukan rawatan lanjut yang sesuai," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat Chai Lim di Wad Kanak-Kanak hospital tersebut semalam.

Kosmo! semalam melaporkan Chai Lim yang dilahirkan tanpa hidung dan mata, mulut tidak sempurna manakala kaki dan tangan mengalami kecacatan dihantar ke PKKC setelah ibu bapanya tidak dapat menerima kehadiran bayi sulung mereka.

Namun, nasib bayi tersebut mula mendapat pembelaan setelah diketahui Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam Perak, Datuk Mah Hang Soon.

Hamidah berkata, kerajaan negeri juga menawarkan khidmat nasihat dan kaunseling percuma kepada ibu bapa Chai Lim yang dipercayai berasal dari Taiping.

Beliau percaya pasangan suami isteri tersebut bukan tidak menyayangi anak lelaki mereka tetapi bertindak meninggalkan bayi cacat berkenaan kerana masih dalam keadaan terkejut dan trauma.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails