Geng Aku

Rabu, 25 November 2009

Nizar V'8! PRM Melantik Pemangku Presiden Baru

 

 
Parti Rakyat Malaysia (PRM) mengumumkan hari ini bahawa Naib Presidennya Ariffin Salimon telah dilantik Pemangku Presiden untuk mengisi kekosongan setelah Presiden PRM  Hassan Karim meninggalkan PRM. Pada masa yang sama, Goh Chuin Loon dari ranting PRM Sungai Petani Kedah dilantik sebagai ahli jawatankuasa pusat (AJKP).
 
Hassan Karim meninggalkan PRM kerana lebih daripada 80% wakil PRM yang menghadiri Kongres Nasional ke-41 yang diadakan pada 15 November 2009 telah menolak  usul Hassan Karim. Usul itu adalah untuk  memohon secara bertulis menyertai Pakatan Rakyat. Oleh sebab ini perkara yang strategik dan serius, sebelum sebarang keputusan dibuat, perkara ini perlu masa untuk berbincang. Wakil berpendapat buat masa ini adalah tidak sesuai memohon, apatah lagi Pakatan Rakyat masih dari segi peraturan belum berdaftar.

Kenyataan PRM juga menjelaskan satu kesilapan yang ada dalam laporan the Star hari ini. S.K. Song telah meletakkan jawatan Timbalan Presiden pada Januari tahun ini dan diterima JKP, tetapi beliau masih AJKP dan Pengerusi PRM Johor.

Parti Rakyat Malaysia ialah parti  politik terbuka kepada warganegara Malaysia, PRM mengalu-alukan  sesiapa untuk berjuang bersama, jika bersetuju dengan cita-cita dan konsep memperjuangkan kepentingan rakyat jelata khususnya mereka daripada golongan pertengahan bawah  
 
Parti Rakyat
 
Akan tetapi, sekiranya ada mana-mana anggota PRM mendapati, PRM bukannya wadah yang sesuai lagi untuk bergerak, dan memenuhi kehendaknya,  memilih untuk meninggalkan PRM, pilihannya dihormati dan diterima. Pemimpin boleh datang dan boleh pergi, bagi PRM ini hal biasa.

Walau bagaimanapun PRM mahu mengucapkan ribuan terima kasih kepada Hassan Karim, pada masa beliau memimpin PRM selama 5 tahun , Hassan Karim telah sedaya-upaya dan dengan jujur ikhlasnya mempertahankan hak kewujudan PRM  sebagai satu parti politik berdaftar, serta mengucapkan maju jaya dan good luck kepada Hassan Karim dalam endeavour dengan wadah yang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails