Geng Aku

Rabu, 25 November 2009

Nizar V'8! Masalah Kewangan PAFA, Umno Perak Lepas Tangan

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) melahirkan kekesalan dengan sikap bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Zainol Fadzi Paharudin yang menyalahkan Presiden, Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin berikutan kegagalan pasukan Seladang negeri itu menyertai Liga Super musim depan akibat masalah kewangan.


Menurut mereka, Nizar dalam satu pertemuan baru baru ini telah menjelaskan bahawa hutang-hutang yang sedia ada adalah tunggakan semenjak tahun 2006 lagi iaitu sebelum beliau memegang Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) .

Ketua DPPN Pk, Mohd Akmal Kamarudin dalam satu kenyataan memberitahu, Zainol yang juga Ahli Majlis PAFA sewajarnya mengetahui bahawa sepanjang Nizar menerajui PAFA, semua bayaran semasa telah dilangsaikan.

Cuma yang masih bermasalah katanya adalah tunggakan hutang terdahulu yang masih cuba diselesaikan.

"Itu pun Datuk Seri Nizar berusaha juga menjelaskan beberapa hutang lapuk yang perlu diberikan perhatian turut dilangsaikan" katanya.

Apa yang mendukacitakan katanya, sikap Zainol yang berkeadaan seperti orang luar di dalam isu tersebut dan bersikap menghentam bukan membantu.




"Beliau sepatutnya membantu bagi menyelesaikan kes yang tertunggak ini. Beliau yang pernah menjadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Perak sudah tentu mengetahui keadaan yang telah berlaku sekitar tahun 2006 lagi.

"Persoalannya kenapakah perkara ini tidak pernah beliau bangkitkan ketika itu, kata beliau lagi.

Menurutnya lagi, jika desakan terhadap Nizar supaya berundur, beliau juga sepatutnya bertindak mendahului desakan tersebut kerana kegagalannya menjalankan tugasnya di dalam pembangunan bolasepak Perak itu sendiri.

"DPPN Pk mencabar Zainol untuk bertemu bagi memperjelaskan usaha beliau untuk menyelesaikan isu yang ada", katanya.


Pasukan Bola Sepak Perak perlu melangsaikan bayaran hasil kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan juga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk beraksi pada Liga Super musim depan.

Mengikut syarat yang dikeluarkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), mana-mana pasukan yang gagal menjelaskan bayaran tersebut adalah tidak layak menyertai Liga tersebut.

DPPN Pk antara yang giat menjalankan usaha mengumpul dana bagi membantu pasukan bola sepak negeri itu agar dapat beraksi musim depan.

Sebelum ini mereka telah mengadakan perbincangan dengan Presiden Persatuan Bolasepak Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin untuk tujuan tersebut.

Hasilnya mereka telah melancarkan 'Kempen Seringgit (RM1)' untuk tabung bantuan kepada persatuan bolasepak negeri itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails