Geng Aku

Rabu, 25 November 2009

Nizar V'8! Isu Nik Aziz dan menantu selesai - Hadi


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menganggap isu berhubung kedudukan menantu Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) telah selesai.


Beliau berkata campur tangan PAS pusat untuk menasihatkan Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul AM PAS bertujuan untuk menjaga nama baik parti dan juga kepimpinan parti.

"Menteri Besar dah buat keputusan supaya pegawai berkenaan (Abdul Ariffahmi) letak jawatan sebagaimana pandangan (yang diberikan) Pas pusat. Ini menunjukkan semangat musyawarah yang ditanam dalam parti kita," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat pimpinan tertinggi pakatan pembangkang di bangunan Parlimen di sini.


Abdul Hadi juga berkata keputusan yang dibuat oleh Nik Abdul Aziz adalah berdasarkan kehendak keseluruhan anggota parti dan bukannya berdasarkan kehendak individu.

Semalam, arahan untuk Abdul Ariffahmi meletak jawatan tersebut dikeluarkan oleh Nik Abdul Aziz selepas satu rombongan Pas pusat bertemu dengan beliau selama sejam di kediaman rasminya di Kota Baharu, Kelantan. BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails